Tuesday, March 12, 2013

Daya yang pudar....

Salam ukhuwwah...

Berapa kali kalian mengira akan terpejam atau terlelap kerana menghadap perkara ilmiah berbanding sesuatu yang bukan ilmiah?

Cuba lihat perbezaan otak bekerja dan hadam khazanah ilmu yang ilmiah berbanding dengan maklumat dan informasi picisan?




Cuba baca sesuatu yang dianggap berat pada otak dan kemudian cuba baca sesuatu yang dianggap ringan pada otak! Lalu lihat samada kalian langsung tertidur atau hanya mengambil masa yang singkat untuk merasa sungguh penat dan leltih berbanding membaca sesuatu yang bersifat ringat atau hiburan lalu perhatikan berapa lama kalian boleh fokus?

Semua ini adalah soal minat, soal kemampuan otak hadap kepada bahan bacaan berkualiti! Ada yang berminat kepada sesuatu bersifat ilmiah atau picisan. Ada yang mampu menelaah selama berjam jam kerana dia minat dan sebaliknya. Apapun, minat tersebut boleh juga dilatih, dididik dan ditekuni jika sejak dari kecil kita melatih otak dengan perkara dan ilmu yang bermakna. Maksud saya, jika hanya sekadar minat sahaja ia tidaklah juga menjana fokus yang lama dan panjang berbanding dengan minat dan latihan yang berterusan terhadap sesuatu bahan ilmiah.


Kalian akan dapati bahawa jika kita punya minat lalu ia digabungkan dengan kebiasaan, latihan dan didikan yang berterusan, tentunya otak kita akan mampu hadap bahan bahan yang pada sesetengah orang lain adalah sesuatu yang amat membosankan dan menjerihkan otak....ia umpama makanan yang kita makan setiap hari. Jika terbiasa makan makanan ringan atau 'junk food' maka itulah yang kita cari setiap ketika walau baru sahaja menelan makanan 'berat'....seolah olah badan telah 'ketagih' dengannya. Begitu juga dengan otak! Jika input picisan yang diberi maka respon, sikap dan cara berfikir juga akan terbentuk dalam kerangka picisan!


Sebab itulah ada kenyataan yang menyatakan kita adalah apa yang kita fikir! Kita juga adalah apa yang kita baca! Malah ayat agung dalam bentuk wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Nabi saw ialah perkataan "BACALAH"-kunci kepada gedung ilmu samada ilmu yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat mahupun ilmu yang menjerumuskan kita ke neraka. Maka buatlah pilihan yang sebaiknya untuk dunia dan akhirat!


Jangan biar daya dan upaya yang ada ini kian pudar! Lalu kita tersepit dalam wahana sia sia dalam kehidupan ini!

No comments: