Friday, March 22, 2013

Jannatii fi sadrii!

Salam ukhuwwah...

Para pembaca yang dikasihi dan budiman.....

Pada suatu peringkat dalam kehidupan kita...sedari atau tidak, mahu terima atau tidak, pasti kita cari bahagia! Samada ingin bahagia, ingin tenang, bahagia dalam hidup....lalu pencarian bahagia itu kebiasaannya, kita cari dalam bentuk yang berbeza beza, berbagai rupa...namun, ramai juga yang tidak pedulikan soal bahagia, kerana definisi bahagia buat mereka ialah 'seronok' dengan hidup lalu keseronokan itu dianggap bahagia! Allah kurnia buatnya nikmat 'seronok' lalu sebenarnya dia alpa dengan 'keseronokkannya' itu!



Lalu dalam pencarian bahagia, ada ramai insan yang menyangka berbagai bagai tentang bahagia! Tafsiran bahagia sangat berbeza beza bagi mereka, maka dengan tafsiran berbeza inilah, insan sering 'tertipu' dek keseronokan dunia. Kenyataan diungkap, berbagai bagai tentang bahagia, walhal kebanyakannya merupakan ungkapan yang palsu! Antara contohnya ialah.....bagi Si Pencari Jodoh akan mengungkap bahawa dia akan bahagia jika bertemu wanita yang cantik jelita, yang memenuhi ciri ciri yang dia kehendaki atau bertemu dengan lelaki yang diidami...seorang usahawan akan berkata jika usaha niaganya berjaya dan menguntungkan maka dirinya akan bahagia, bagi ibubapa, ada yang berkata mereka kan bahagia jika anak anak berjaya cemerlang dalam peperiksaan@hidup dan berbagai lagi....

Kenyataan sedemikian itu silap dan salah...hakikatnya ia adalah faktor luaran semata mata! Mengapa?? Ini kerana, hakikat kebahagiaan itu adalah dalam diri....wujud dan ditemui dalam jiwa yang tenteram dan bahagia.....kita mencari cari bahagia, walhal bahagia itu perlu dicari dalam diri! Bahagia itu ada pada hati dan jiwa! Bukan dibeli dan didapati di luar sana! Percayalah, dunia dan isinya ini tidak akan membahagiakan jiwa manusia walau insan itu punya segalanya dalam hidup ini.

Kesenangan, kemewahan, harta, pangkat, status, anak anak, isteri yang cantik jelita mahupun apa apa sekalipun tidak akan membahagiakan seorang insan! Ianya didalam HATI@JIWA.......pabila terbina kebahagiaan dalam diri....segalanya diluar@isi dunia ini tidak bermakna lagi....

Jika hati@jiwa bahagia....kemiskinan bagai tidak ada apa makna buat insan yang bahagia ia akan hanya mendekatkan insan itu kepada Rabbnya...jika hati@jiwa bahagia, kekayaan dan kemewahan akan hanya membuatkan dirinya lebih tawadhuk, malah khalayak ramai,byang miskin dan yatim akan merasa tempias kekayaannya....jika hati@jiwa bahagia...kesusahan hanya menjadi teman kesyahduan bahawa ia adalah ingatan Khaliqnya untuk mengangkat darjat dirinya.....itulah hakikat bahagia!

Bahagia bukan pada dunia, bukan pada orang lain, bukan boleh dibeli dan dikejar atau dicita citakan....bahagia wujud pada jiwa@hati manusia....bak kata Ibnu Taimiyah...syurgaku dalam dadaku-Jannatii fii sadrii!

Kata Ibnu Taimiyah lagi...'tiada siapa kan dapat mencabut syurganya iaitu bahagia jiwanya' kerana ia didalam dadanya! Malah beliau mengungkap saat dipenjara, adalah peluang terbaik baginya beruzlah, berkhalwat dengan Rabbnya! Itulah insan yang memahami hakikat BAHAGIA.....dia menukar musibah menjadi peluang....menukar sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang sangat positif!

Lihatlah pula Elvis Presley, manusia yang punya segalanya dalam hidup, memiliki semuanya....terkenal di seluruh dunia, digilai manusia menjadi idola, namun akhirnya hayatnya habis, tersungkur di dalam bilik air, dek kerana mengambil dadah berlebihan! Jiwanya kosong, bahagia tidak ditemui dalam hidupnya...hidup dan hatinya tidak tenteram...mencari cari ganti dan isi kepada 'kelompongan' dalam hidupnya! Segalanya telah dicuba, malah akhirnya tiada suatu apa pun yang dapat mengisi kekosongan itu......Segala yang dimiliki tidak mampu mengisi ruang kosong dalam jiwa dan hatinya...hinggalah keakhir hayatnya! Itulah Elvis Presley!

Tidakkah kita sedar, kita ungkap ingin mencari BAHAGIA, akan tetapi nista dan cerca kita ucapkan seharian, sindiran dan aib orang kita bicarakan sewenangnya, dengki dan hasad jadi mainan, kritikan negatif dan hinaan kita lemparkan....lalu kita harapkan BAHAGIA??? Bahkan kita berlaku zalim terhadap diri malah orang lain dengan tingkah negatif dan buruk! Hindarilah akhlak buruk......atas dasar dan tujuan apa sekalipun!

Oleh itu, binalah Khalifah Jiwa dalam diri, agar BAHAGIA mendatangi hati dan hidup.....agar kalian kan bisa mengungkap "jannatii fii sadrii"....syurgaku ada didadaku@hatiku! Maka dengannya kalian kan sentiasa punya kemahuan untuk berbakti untuk dunia ini demi kebaikan akhirat!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









No comments: