Friday, March 1, 2013

Siri 1: Jodoh siapa?

Salam Jumaat dan salam ukhuwwah!

Jodoh siapa? Sampai bila? Berapa lama? Pastikah atau betulkan jodoh ini? Ini antara beberapa lontaran soalan yang menjadi dilemma para Pencari Jodoh diluar sana....saya juga berbicara tentangnya dengan isteri saya yang saya kasihi saat beliau dalam proses menyiapkan buku jodohnya "Apabila Dia Menyapa,Jodohkah Namanya" yang kini telah diulang cetak kali ketiga oleh PTS Publications....buku ini boleh didapati di toko toko buku atau boleh dibeli secara online melalui www.myorbitcafe.com

"A simple why"....jodoh bukan mudah! Bukan kita yang menentukan...Allah yang menentukannya!





Kita punya pilihan, dan insan@manusia kalau boleh, dengan sifat memilihnya, mahukan pilihan pilihannya sendiri, ditentukannya sendiri, bukan oleh orang lain! Inilah antara sebab mengapa isu jodoh ini sentiasa menjadi dilemma, perbincangan, perbualan dan persoalan kehidupan para Pencari Jodoh! Bukan sahaja setakat itu, malah turut dibincang oleh Pencari Jodoh veteran iaitu mereka yang sudah punya jodoh namun ingin, teringin, berkehendak untuk berjodoh lagi......!!

Ia dibualkan bersama teman teman, rakan rakan dan sahabat! Malah pilihan pilihan itu kemudiannya diajukan kepada ayah dan ibu sebagai suatu bentuk 'approval' malah selalunya 'approval' yang diharapkan itu pula dibangkang@tidak dipersetujui oleh ibu dan ayah! Semakin bertambah pula dilema dalam diri!

Tujuan nukilan ini ialah sekadar bicara santai tentang jodoh....bukan ingin mencorak atau menentu pilihan jodoh para Pencari Jodoh! Apapun, kembali kepada perkara yang asas....dalam soal mencari jodoh, hakikatnya jodoh bukan kita yang menentukannya akan tetapi Allah yang menentukan jodoh dan pertemuan kita! Prinsip asas dalam pemilihan jodoh ialah-pilihlah jodoh kalian kerana faktor AGAMA! Jodoh kita itu dipilih berdasarkan sahsiah agamanya, solatnya, puasanya, zakatnya, mengaji Quran, hormat ibubapa, memahami dan faham hak hak suami dan isteri dan itulah yang dimaksudkan dengan pilihlah jodoh kerana agamanya! Bukan harta, bukan, rupa paras, bukan keturunan@status keluarga....jika tidak mahu mengalami masalah yang amat menyakitkan selepas berumahtangga....pilihlah jodoh kerana faktor agamanya!

Lihat dan baca suratkhabar...baca kisah rumahtangga....lihat sekeliling, lihat perlakuan! Kalian akan dapati terlalu banyak petanda petanda Soal Jodoh Siapa ini dari Allah swt yang kalian akan perolehi!

Lihat faktor jodoh dipilih berdasarkan paras rupa! Jika jodoh dipilih kerana paras rupa, kalian akan rugi! Mengapa rugi? Kalian juga akan menyesal? Banyak sebabnya! Cuba fikirkan lontaran ini! (Harap jangan bersikap negatif terhadap perbincangan isu dan faktor ini):

1) Paras rupa akan susut! Paras rupa akan menua! Akan berkedut manakala ia perlu dijaga dari masa ke semasa (tidak mengira lelaki@wanita), manakala kos penjagaan pula berbeza beza jika dilihat dari senario hari ini! Walhal kita bukan berumahtangga untuk tujuan singkat, niat dan tujuan kita bersama ialah sehingga akhir hayat!

Bayangkan jika isteri kalian asyik bermekap dan bercermin muka dek kerana dia mementingkan kecantikan dan penjagaan paras rupa sepanjang masa, sentiasa ingin cantik (benar ia fitrah wanita..saya tiada masalah!) hingga si isteri tidak mengendahkan perkara lain, soal rumah tangga, soal anak anak, soal suami@soal masak memasak, atau mengambil masa terlalu lama bersolek hanya untuk keluar ke kedai atau pergi membeli belah! Bayangkan jika ini adalah situasi yang perlu kalian hadapi untuk tempoh 30 tahun-40 tahun atau 50 tahun hidup bersama! Itu belum dikira soal kos membeli barang kecantikan sebagai set kecantikan mereka! Bulanan? Mingguan? Total kos sepanjang tahun?

Maaf, saya tidak bermaksud bahawa wanita tidak punya hak untuk menjaga kecantikan, bukan menafikan bahawa itu sebahagian fitrah mereka! Saya hanya sekadar cuba melontarkan senario senario yang sedemikian rupa agar kita terhindar dari perkara perkara yang tidak utama dan lebih terarah kepada perkara perkara yang lebih utama lalu mengundang redha Allah!

Kita akan bincangkan dari masa ke semasa tentang SIRI BICARA: Jodoh Siapa ini...buat panduan bersama dimasa masa akan datang!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










No comments: