Thursday, March 7, 2013

Gembiralah kerana DIA sedang merahmatimu...

Salam ukhuwwah...

Dahulu saya pernah bicara tentang ini....kali ini sekali lagi saya ingin bicara tentangnya. Mungkin dalam perspektif yang berbeza. Moga moga ia kan mampu memberi input segar dan baru buat diri ini dan kalian semua!



Ia sesuatu yang biasa dalam kehidupan ini. Segalanya seolah bermusim. Ada saat naik dan saat turun. Umpama pasaran saham...bagai musim buah buahan. Setiap satu menzahirkan rasa yang berbeza, pengalaman yang berlainan mengikut pakej dan 'musim buah' tersebut. Ternyata, ada buah yg manis, sangat manis, manis biasa, ada yg manis kelat, manis masam@masam manis dan sebagainya. Begitulah juga keadaannya dengan kehidupan kita. Dugaan, cabaran, masalah, bahagia dan sengsara, gembira dan sedih silih berganti....itulah indahnya dunia! Dan itulah hakikat kehidupan yang diatur olehNYA....




Gembira dan bahagia tidak sentiasa, sedih dan susah tidak berpanjangan! Hanya solat, zikrullah dan doa yang dapat mengubat sengsara dan sedih, mensyukuri nikmat bahagia dan gembira. Jika suka jangan terlalu suka, jika bahagia, segera bersyukur, jika susah segera istighfar....terkadang Allah datangkan sedih dan duka agar kita menghadapNya dengan syahdu dan penuh khusyuk, terkadang Allah datangkan susah dan perit kerana Dia mahukan istighfar mu, ratap tangis mu, mahu mendekati mu, mahu mendengar rayu dan doamu walau hakikatnya DIA tidak perlukan segalanya yang kalian perbuat@lakukan! Bila bahagia, kita mudah lupa, lalu bersegeralah bersyukur kepadaNya....


Walau apa yang terjadi....berbahagialah kerana DIA sedang merahmati dan memberi perhatian kepada mu...buat kalian! DIA mahu mendengar rayu keinsafan kalian...DIA mahu menguji dan memberi pahala buat kalian! DIA mengasihi dan menyayangi kalian! Jangan sesekali berburuk sangka dengan DIA.....redhalah dan pasrahlah!

Allahumma yassir wa laa tuassir wa tammim bil khaiir!

Allahuma sahla illa ma jaaltahuu sahla, wa anta tajalul husna izaa syikta sahla!

Amiin ya rabb!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

ساريده سنين said...

Assalamualaikum..

nice info..muhasabah diri..

Alwi Mohd Yunus said...

Waalaikum salam...

Terimakasih kerana sudi dtg dan melayari blog saya...sekadar perkongsian, moga ada yang bermanfaat buat semua!