Tuesday, March 5, 2013

Bermula...

Salam ukhuwwah...

Cuti yang panjang telah berlalu...hari ini para pelajar memulai kuliah disemester yang baru. Jadual kuliah saya agak ketat semester ini...pagi hinggalarut ke petang, malah ada kelas malam lagi. Tak mengapalah! Itulah resminya profesion ini.



Kugagahi diri melangkah ke bilik kuliah. Para pelajar sedang berkumpul diluar bilik kuliah sambil menanti bilik kuliah dibuka seawal pagi ini. "Assalamualaikum Encik" ujar seorang pelajar! Aku tersenyum sambil menjawab salam itu. Fikiran aku memikirkan isteri yang perlu menempuh kesesakan lalulintas pagi ini menuju ke Maktab Kerjasama Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya. Telah lama dia tidak berkejaran pagi pagi begini atas tuntutan kerja. "Ermmm, agaknya pukul berapa la sampai tuh" getus hati ku.....program bermula seawal jam 8.30 pagi. Aku sendiri tidak pasti jam berapa dia akan sampai! Fikiran menerawang sambil terus menuju ke bilik kuliah.


"Assalamulaikum Encik...terimakasih banyak banyak:" Tiba tiba aku disapa oleh pelajar ku yang menghadiri kuliahku semester lepas. "Waalaikumsallam....Ni senyum senyum ni mesti sebab result ok kan!" sambil menjawab salam aku menyahut! "Tahniah semua...teruskan lagi usaha, ingat apa saya cakap "if you performed well, you deserve to get good result but remember....that never comes easy"" ujar ku lagi.

Jauh disudut hati aku bangga lalu aku tersenyum puas! inilah nikmatnya menjadi pendidik! Jadikan ia bermakna untuk orang lain! Moga moga ia menjadi suatu pengajaran yang sangat berguna buat mereka, agar mereka lebih berjaya dalam kehidupan dan mampu mengubah nasib diri lalu membina negara dan menjulang ummah! Mabruk alaikum!
Post a Comment