Friday, March 29, 2013

Melantun pada diri..

Salam Jumaat dan salam ukhuwwah pembaca yg budiman dan yg dikasihi.....


Ada beberapa insiden yang terjadi sepanjang minggu ini, lalu nukilan ini dikarang untuk mengambil pelajaran dari insiden insiden hidup insani buat bekal panduan bagi yang mahu mengambil pelajaran. Sesungguhnya kehidupan atau "universiti pengalaman" adalah antara guru terbaik buat insani selain dari ilmu yang diajar oleh insan insan hebat yang sentiasa kita tekuni kalimah kalimahnya, butir bicaranya setiap ketika samada di kuliah kuliah, corong corong radio mahupun kitab dan buku buku tulisan mereka! Satu soalan...adakah kalian cerdik dan bijak? Mahukah kalian mengaku bodoh dan dungu atau mahukah kalian dikata sebagai bodoh dan dungu? Insan waras tentunya tidak mahu dikata bodoh dan dungu apatah lagi mengakui dirinya sebegitu!


Ada beberapa perkara dari soalan soalan di atas....jika kita cerdik dan bijak, matang dan waras maka tentunya;

1) Jangan berbuat tingkah dan tutur kata yang dianggap@mendorong insan lain menilainya sebagai bodoh dan dungu!

2) Jangan bertindak dengan tindakan bodoh dan dungu!

3) Jangan membuat keputusan yang dianggap bodoh dan dungu!

4) Jangan beritahu orang lain bahawa kita bodoh dan dungu dengan tindakan tindaka dan perlakuan bodoh dan dungu!

5) Jika insan itu cerdik dan bijak, maka seseorang itu akan bertutur kata, bertingkah laku, bertindak dan mengambil keputusan keputusan yang bijaksana, positif dan 'shariah compliance'......tiada makian, tiada kejian, celaan, sindiran menghina, kutukan, malah tiada perbuatan MELABEL atau MENGGELAR orang lain dengan gelaran yang buruk dan hina.....satu tindakan yang dilakukan samada menggelar dan menghina walau insan itu dalam keadaan marah dan geram sekalipun, maka dia sudah dikategorikan sebagai Bodoh dan Dungu malah menzalimi diri sendiri.....

6) Orang cerdik dan bijak, akan sentiasa mengawal marahnya, yang BURUK dibalas BAIK, yang BAIK dibalas dengan LEBIH BAIK.....hinaan dan cercaan dibalas dengan kata kata pujian malah senyuman! Sebaliknya orang yang bodoh dan dungu, ucapannya negatif, kata katanya kasar dan penuh makian, sindiran dan kutukan tanpa mengira siapa dia, setinggi mana ilmu dan taraf pelajarannya, walaupun dia seorang yang berstatus tinggi, dihormati dan dipandang tinggi, berjawatan tinggi, berpengalaman luas, berumur dan apa sekalipun!

Sebenarnya, walau setinggi mana sijil dan tahap akademik, walau siapa insan itu sekalipun, samada berstatus atau tidak, samada orang kampung atau orang bandar, samada berpelajaran tinggi atau biasa biasa, samada orang tua atau belia, dewasa atau kanak kanak....sebenarnya tindakan tindakan, perlakuan, tutur kata BODOH dan DUNGU ini boleh berlaku kepada sesiapa pun jika kita tidak berFIKIR! 

Bukan hanya berfikir sahaja, malah seseorang itu perlu memahami, menganalisa, menjustifikasi dan menilai keadaan agar tidak terjerumus dalam golongan bodoh dan dungu sepertimana firman Allah dalam alQuran (akan saya nyatakan ayatnya, perlu dicari terlebih dahulu)....malah Allah sebut lebih lagi, orang sebegini adalah orang yang menZALIMI diri sendiri!

Ada beza yang sangat besar antara berFIKIR dan berFIKIRAN WARAS, antara merasa berFIKIR dan benar benar berFIKIR lalu hasilan fikiran itru menatijahkan tindakan, tutur kata samada menepati atau tidak menepati kehendak shariah atau 'shariah compliance'......

Masalah akan sentiasa berlaku dalam kehidupan ini, samada masalah yang bersifat komunikasi sesama mahupun pengurusan dan pentadbiran organisasi keluarga, masyarakat malah organisasi kita bertugas....namun untuk mengelakkan tindakan dan tutur kata yang dikategorikan bodoh dan dungu malah menzalimi diri sendiri, maka tindakan, keputusan dan ucapan ucapan positif perlu menjadi hasilan sentiasa dalam komunikasi dan hubungan sesama! 

Jika MARAH menjadi landas diskusi....ketahuilah bahawa penyelesaian tidak akan berjaya walaupun usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu perkara! Nilailah secara terbuka, nilailah dengan neraca nilai agama! Bukan penilaian berpihak, merasa diri benar! Itu hanyalah keEGOan yang bodoh dan dungu!




Mereka yang lebih dewasa, lebih berpengalaman, lebih berumur, bersedialah menerima dengan terbuka, pandangan dan input, mereka yang lebih berjawatan, berpangkat, terimalah hakikat bahawa diri tidak sentiasa BENAR dan BETUL, perlu sentiasa insaf bahawa orang lain sentiasa melihat dan memerhatikan tindakan tindakan kita, malah ALLAH tetap sentiasa memerhatikan kita sepanjang masa! 

Jika kita insaf sedemikian, ketahuilah orang lain akan menyokong dan bersetuju dengan kita jika tindakan kita betul dan benar, begitu juga sebaliknya! Jangan mudah mengeluarkan kata kata negatif dan berbaur kecaman dan hinaan, jangan terlalu 'defensive' kelak ia MELANTUN PADA DIRI !

Ingatlah! Kalian bukan bodoh dan dungu! Kalian adalah insan istimewa yang Allah kurnia dengan aqal dan ilmu lalu menjadikan kalian cerdik dan bijak! Sekali sahaja kalian bertindak BODOH dan DUNGU, itulah saatnya insan lain menilai kalian!......6.46am 17 JamadilAwal 1434H

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments: