Wednesday, February 27, 2013

Ujian itu jadi sejarah!

Salam ukhuwwah....

Semua manusia diuji dalam hidupnya! Tiada yang terkecuali. Ada berbagai jenis ujian. Ada yang besar dan ada yang kecil, ada yang senang dan ada yang mudah, ada yang sekejap dan ada yang panjang!


Ujian adalah resmi kehidupan. Tiada siapa boleh lari dari ujian! Ia sifat universal kehidupan di dunia ini! Jika tidak diuji maka bukan manusia namanya! Khususnya ujian itu tertimpa buat insan beriman! Ini adalah manifestasi kejujuran@kebenaran@pengukuhan IMAN seseorang itu! Bukanlah kita ini hambaNya jika tidak diuji! Justeru, berbagialah sesiapa yang sedang diuji, baik ujian kesusahan mahupun kesenangan! Ini kerana DIA sedang memberi perhatian kepada kalian! DIA sedang menyiapkan kalian agar bersedia menghadapi kehidupan!



Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan diuji dengan daya tahan SABAR, dia berjaya! Alhamdulillah syukur! Lalu dia diuji pula dengan kesenangan, dia gagal, dia lupa, dia alpa lalu Allah beri dia kesusahan kembali, DIA datangkan kemiskinan, kesusahan, kesempitan kerana dia gagal apabila diberi kesenangan! Ada pula sebaliknya, dia diberi ujian kesenangan, dia berjaya, dia berSABAR dan istiqamah dengan membelanjakan apa yang dimiliki....lalu Allah datangkan pula kesusahan dan dia gagal! Dia kufur kerana tiada sabar dalam kesusahan....

Para Nabi dan Rasul terdahulu termasuk Nabi Muhammad saw diuji dengan kesusahan, kesakitan, kesempitan, kesabaran, kesedihan, mereka semua tetap sabar dan akhirnya berjaya mengatasi semua ujian sebagai contoh kisah Nabi Ayub a.s. asalnya kaya raya, jatuh sakit, ditinggal anak isteri, sentiasa pasrah dengan Rabbnya akhirnya sembuh dan kembali menjadi kaya raya, anak isterinya kembali kepadanya begitu juga para Nabi yang lain.....justeru, siapa yang diuji dengan yang sedemikian rupa, ketahuilah bahawa dia sedang diuji dengan cara dan kaedah para Nabi, walau hakikatnya, nilai ujian itu tidaklah seberapa, tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan keatas para Nabi!


Berbahagialah sesiapa yang ditimpa sakit, sempit, susah, sulit dalam hidup! Allah sedang mengujimu, DIA sedang memerhatikanmu, DIA sedang meringankan seksa kubur dan seksa akhiratmu kerana segala ujian yang ditimpakan boleh jadi juga kaffarah atas dosa dosa lalu! Dan bagi Saidina Ali k.r.w. ujian ujian itu tanda Allah sayang dan kasih akan hambaNya....itulah tafsiran dan makna yang difahami oleh insan hebat ini! Justeru mengapa tidak kita tukarkan kesusahan yang menimpa diri sebagai suatu makna rahmat dan kasih sayangNya buat kita! Hanya insan istimewa disisiNYA sahaja akan diuji sedemikian rupa, manakala ujian ujian itu tentunya berbeza beza antara satu sama lain! Mengapa? Kerana kita insan istimewa yang diuji sedemikian rupa olehNya berbeza dari orang lain! Alhamdulillah, syukur!

Manakala ujian itu ditimpakan mengikut kadar kemampuan kita! DIA tidak timpakan sebarang ujian itu jika kita tidak mampu memikul dan menghadapinya! Justeru, berbahagialah!....kerana itulah tahap kita, tahap IMAN, tahap SABAR...jangan sia siakan natijah ujian itu! Jangan biarkan diri kalian gagal dalam ujian ujian kehidupan...ingatlah bahawa Allah bersumpah sebanyak dua kali dalam Surah alInsyiraah...sesungguhnya bersama kesusahan itu akan datang kesenangan dan sesungguhnya bersama kesusahan itu akan datang kesenangan!

Biarkan dan jadikan ujian ujian itu hanya sebagai sejarah semalam! Berbahagialah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




No comments: