Sunday, February 5, 2012

Kami malu mengaku umatMU Ya Rasulullah

Salam ukhuwwah....


http://www.youtube.com/watch?v=XvQ4uNRNTm0&feature=related


Kami malu Ya Rasulullah mengaku umatmu
Walhal, yang syubhat kami dekati
Yang haram kami lintasi
Yang halal kami jauhi
Yang sunat kami hindari

Jika engkau melihat kami hari ini
Pasti engkau kan tunduk sedih melihat kami
Walau engkau tinggalkan keduanya
Namun kami hanya ambil sebahagian
dan melakukan sebahagian yang kami senangi

Kami ramai Ya Rasulullah
Namun kami berpecah
Kami 'makan daging busuk' saudara kami
Dengan umpatan, kejian dan cacian
Lalu kami gembira mengaib satu sama lain
Kami suka memenangi permainan adu domba ini
Walhal kami sedar Dikau larang kami berbuat sedemikian

Kami malu Ya Rasulullah
Mengaku umatmu
Mengharap syafaatmu
Mengungkap sejarahmu
Namun, tiada satu yang kami ikuti
Tiada apa yang kami tidak lewati
Tiada batas umpama bagi kami

Kami malu mengaku umatmu Ya Rasulullah
Namun kami tahu engkau amat mengasihi kami
Engkau redha memberi syafaat mu buat kami
Maafkan kami Ya Rasulullah
Berilah petunjuk buat kami Ya Allah
Ampuni dosa kami Ya Allah!

Sollu alaika Ya Rasulullah....kami malu!

Salam ukhuwwah.....

Darah itu mengalir deras dari dahimu...
Luka luka kecil dan sakit disleuruh tubuh terasa berdenyut
Kanak kanak kecil dan orang tua masih mengejar dibelakang
Batu kerikil ditangan dilontar kepadamu
Tidak seperti mula tadi, mereka semakin menjauh
Akhirnya, dikau berteduh dibawah sepohon pokok
Mengusap darah yang mengalir
Tiba tiba Jibril mendatangi seraya berkata
Mahukah kamu jika aku timpakan dua bukit dihadapanmu ini kepada kaum Taif itu
Dikau perlahan menjawab....biarkan mereka wahai Jibril
Seraya menadah tangan ke langit biru
"Allahhummaa igfirlahum, innahum laa yaklamuun"(aw kamaa qaal)
Ampuni mereka Ya Allah, sesungguhnya mereka tidak mengetahui

Itulah mulianya dirimu, mengasihi mereka yang memusuhimu
Tentunya engkau lebih kasih kepada mereka yang menyayangimu!
Hanya sanya kami ini umat mu Ya Rasulullah
Gagal meniru akhlak terpujimu
Kami masih mengata dan menyakiti saudara seagama
Atas nama politik dan demokrasi
Masing masing 'menyerang' antara satu sama lain
Lalu musuh musuh kami ketawa melihat kami
Walhal, lau kanaa baina naa
Tentu engkau sedih melihat kami Ya Rasulullah!

Ampuni kami Ya Allah.....
Kami malu kepada Kekasihmu Ya Allah
Kami mengaku umat Muhammad
Tetapi kami tidak melakukan sepertimana mana yang ditunjukkan oleh Rasulmu Ya Allah
Berilah petunjuk
Berilah hidayah
Kurnialah inayah kepada kami semua Ya Rabb
Kami malu

Tuesday, January 31, 2012

Selesaikan masalah diri bersekali dengan jiwa/rohani!

Salam ukhuwwaah!


Jika diperhati, melalui berita di akhbar, radio dan tv banyak isu dan masalah tentang manusia yang timbul! Tidak perlu dinyatakan apa? Namun ia tidak selesai dan tidak habis habis! Beberapa solusi diambil namun tidak menyelesaikan masalah secara jangka panjang! Mengapa? Ini kerana kebanyakan penyelesaian yang diambil tidak mengambil kira aspek rohani dan jiwa! Tidak menyelesaikan masalah rohani dan jiwa sekaligus! Ia hanya menyelesaikan masalah fizikal atau diselesaikan dengan cara memfokuskan kepada aspek fizikal, duniawi dan bukan ukhrawi!


Ramai yang sakit rohani sebenarnya! Ramai yang jiwa mereka sakit! Dan kesakitan ini tidak pernah diambil kira mahupun dipedulikan oleh empunya diri kerana siempunya diri tidak sedar bahawa jiwanya sakit! Aduh! Terlalu sakit jiwa hingga tidak sedar bahawa diri sendiri sedang mengalami kesakitan jiwa yang bersangatan (aku mengingatkan diriku sendiri!) Ada juga yang sedikit sedar bahawa jiwanya sakit namun tiada apa yang dilakukan! Hanya berfikiran bahawa ia hanya mainan hati yang biasa biasa sahaja! Malah ada yang mengubati jiwanya dengan indahnya 'pura pura' duniawi! Menghibur diri dengan mainan duniawi! Bersenang senang dan merasa terubat dengan nyanyian dan alunan muzik yang mengasyikkan konon untuk mengubati jiw yang lara! Walhal itu bukan ubatnya untuk jiwa yang sakit...itu malah menambah kesakitan, mengikis nur cahaya yang semakin kelam dalam jiwa! Ia hanya menambah hijab dalam hati...kita tidak sedar bahawa kita terus terusan memadam nur cahaya keimanan dalam hati dan jiwa dengan perkara perkara maksiat! Masyaallah!


Jika jiwa sakit, jika jiwa kebulur, 'kelaparan'...ubatnya ialah zikrullah, samada solat, zikir malah mengalunkan ayat ayat suci alQuran! Jika jiwa tidak tenteram, tidur yang tidak lena, malah merasakan tidur itu lama namun apabila bangun darinya, terasa letih sekali, hubungan sesama, samada dengan isteri, anak anak, rakan dan teman, ibu bapa dan keluarga menjadi buruk dan kacau bilau....itulah tanda jiwa yang sakit! Apabila diri tidak puas dengan dunia dan segala isinya, apabila harta yang ada itu tidak mampu mencukupi kehendak diri, apabila berbagai makanan, lauk pauk serta kelazatan yang pelbagai tidak mampu mengubat LARA dihati...itulah tanda jiwa yang sakit.


Apabila perangai dan sikap terus terusan melakukan kemaksiatan kepada Sang Pencipta, apabila tiada langsung rasa belas dan kasihan kepada orang yang lain mahupun orang miskin atau anak yatim, itulah juga tanda jiwa yang sakit! Apabila luputnya kasih sayang terhadap sesama insan, apabila kita mudah menuding jari salah sana dan sini, apabila kiat mengaib saudara sendiri, menyakiti teman dan sahabat, malah jiran tetangga, apabila kita gemar menuruti khabar2 berita yang belum tentu benar isi dan faktanya, apabila kita sukakan cerita gosip dan aib orang lain...itulah tanda jiwa sakit! Apabila kita merasakan hanya kita sahaja yang betul, orang lain semua tidak betul, seolah olah tiada langsung cebis kebaikan pada diri orang lain, itu juga tanda jiwa yang sakit! ..........Maka jika terjadi yang sedemikian itu, ubatilah jiwa yang sakit dengan zikrullah! Nescaya, jiwa yang kering kontang, jiwa yang kebuluran, akan subur kembali dengan zikrullah! Kembalilah kepada alQuran dan asSunnah Nabi saw. Insyaallah!!  


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 30, 2012

Adakah kita telah mencontohi Nabi saw dalam hal nasihat menasihati sesama saudara seagama!

Salam ukhuwwah....

Utama dan mengutamakan! Apa yang lebih utama? Makanan ke pakaian? tentu makanan sebab kalau tak makan boleh mati! apa yang lebih utama, makanan ke minuman? tentu minuman, sebab kalau tak minum, badan akan 'dehydrate' dan dalam tempoh 3 hari, boleh mati!....Mana yang lebih utama, udara ke air? tentu udara sebab tanpa udara yang dengannya kita bernafas, tentu dalam tempoh beberapa minit kita akan mati sesak nafas sebab tiada udara!

Mengertilah ilmu keutamaan! Pelajarilah ia! Mana yang utama....beriman atau tidak? Tentu IMAN itu lebih penting berbanding TIDAK BERIMAN sebab kalau kita mati sesak nafas, mati sebab kebuluran, mati sebab kemalangan, sebab sakit atau apa sahaja, tetapi tiada IMAN, tentu ia tidak berguna langsung, namun jika sebaliknya, kita punya IMAN, maka mati dalam apa jua cara sekalipun (bukan mati bunuh diri sebab ia tanda mati dalam keadaan tiada IMAN), ia tentu berguna buat memulakan perjalanan yang baru, kehidupan selepas MATI....mungkin pada pandangan manusia, baik kita mati kebuluran, baik mati kerana dibunuh atau apa sahaja sekalipun, ia seolah olah menyedihkan! Namun jika kita punya IMAN, ia bekal yang amat berharga buat kita menemui Illahi!

Begitu juga, dalam senario kita bersaudara sesama Islam, dan saudara seagama kita itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan peraturan, suruhan dan larangan Allah dan Rasulnya, mungkin bukan semuanya, mungkin ada sebahagian tingkah lakunya  adalah bertentangan dengan Islam, malah menuruti jalan jalan munafik....apa yang lebih UTAMA? Adakah lebih lebih utama untuk kita menasihati saudara seagama kita itu berbanding kita mengecamnya, menyisihnya, membiarkan dia terus terusan berada dalam kesesatan atau jalan jalan mungkar? Bukankah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara seagama, untuk kita BERUSAHA dengan pelbagai cara untuk menariknya ke jalan yang LURUS kembali.....ini isah seorang sahabat Abdullah yang dikenal dengan panggilan 'Himar'....sering ditangkap dan dipukul oleh Rasulullah saw kerana kesalahan meminum arak.....lalu pada suatu ketika untuk sekian kalinya, Nabi saw menghukumnya, lalu sebahagian orang mengecamnya dan melaknatnya...lalu Baginda saw berkata "Janganlah kamu mengecam dan melaknatnya (si Abdullah) kerana aku tahu dia menyayangi Allah dan Rasulnya"......apa yang boleh dipelajari disini?? Sebenarnya, ini hakikat sebenarnya, namun KITA SERING LUPA/GAGAL MELAKUKAN MENGIKUT CONTOH NABI SAW (tanyakan kepada diri, adakah kita ini tergolong sebagai umat Muhammad saw jika kita tidak mencontohi cara Nabi saw) biarpun sahabat dan teman kita melakukan kesalahan, janganlah kita bersikap seperti seorang kafir mahupun berperangai seperti orang Yahudi, lalu dengan mudahnya kita mengecam dan melaknat teman dan sahabat kita, mahupun saudara seagama!

Bagi saya, jika kita lebih beragama, lebih berilmu, lebih beriman, lebih tahu dan sebagainya......lalu kita mengecam mereka yang berada, tergelincir dijalan yang salah dan bertentangan dengan agama, lalu kita MENGECAMNYA, mendedah AIBnya, tidakkah itu TANDA kita GAGAL menasihati agama, GAGAL berDAKWAH, menunjuk jalan yang benar dengan cara yang baik dan berakhlak kepada teman kita itu! Tidakkah kita nanti akan disoal oleh Allah swt "Apakah yang engkau lakukan disaat saudara seagamamu melakukan kemungkaran? Adakah engkau berbuat sesuatu untuk menariknya kembali ke jalanKU"....saya fikir, jenuh kita hendak berSOAL JAWAB dengan Allah swt. nanti!



Selagi kita...

Salam ukhuwwah!

Selagi kita masih mengelamun sia sia dan duk santai di kedai kedai kopi saat waktu solat tiba.......
jgn bicara soal memperkukuh ummah!

Selagi kita tidak mampu tersenyum buat meratakan ukhuwwah,
jangan bicara soal perpaduan!

Selagi kita bermasam muka antara satu sama lain dalam hal dan isu isu kecil mahupun besar
jangan bicara soal keutuhan persaudaraan sesama!

Selagi kita tidak kembali kepada apa yang disuruh dan apa yang dilarang, lalu mengambil@melakukan sebahagian dan meninggalkan@tidak melaksanakan sebahagian yang lain,
jangan bicara soal kebangkitan umat Islam!

Selagi kita menyempitkan pandangan, tidak bersikap terbuka, malah egois dan emosi,
jangan bicara soal Islam itu universal, Islam itu global!

Selagi kita masih menyakiti sesama sendiri dengan celaan, hinaan, kutukan, saling berbalas balasan,
jangan bicara soal kepercayaan sesama, keharmonian perhubungan mahupun kuasa politik!

Selagi kita dok syok sendiri, terhibur dan sukakan hiburan, menjadikan penyanyi sebagai idola, menjadikan nyanyian mereka sebagai pengisi masa lapang,
jangan bicara soal memperkukuh iman dan jiwa!

Selagi kita menjadikan pekerjaan seharian bukan kerana mencari redhaNya,
jangan diharap soal mendapat imbuhan akhirat!

Selagi kita sibuk bicara soal orang lain, berbanding soal bicara kelemahan diri sendiri-amalan yang kurang, ibadah yang lompong sana sini,
jangan diharap kita kan menjadi Mukmin sejati!

Selagi kita sibuk fitnah memfitnah, mengaib dan membuka keaiban orang,
jangan bicara soal menjadi Mukmin sejati!

Selagi kita alpa terhadapNya, jangan harap DIA kan mengingati kita, walau Dia sememangnya mengetahui apa yang kita lakukan samada yang tersembunyi mahupun yang nyata!

Ini kerana kita masih lagi belum benar benar sejati menjadi seorang Islam, belum meresap ajaran Rasulullah saw dalam diri lalu membina diri menjadi seorang mukmin!

Masyaallah, aku ini hambaMU yang lemah Ya Rabb! Ampuni aku dan bantu aku! Aku hanya cuba memperingat diriku sendiri dan kalian semua!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 27, 2012

If only ALL OF US can hold firmly to this....!

Salam Ukhuwwah......

PROPHET MUHAMMAD'S LAST SERMON

This sermon was delivered on the ninth day of Dhul Hijja 10 A.H. (around the year 623 Christian era) in the valley of Mount Arafat, Makkah.

After praising and thanking Allah (the One God) he (peace and blessings be upon him) said: “Oh People lend me an attentive ear, for I know not whether after this year I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and TAKE THESE WORDS TO THOSE WHO COULD NOT BE PRESENT HERE TODAY."

Oh People, just as you regard this month, this day as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Harm no one so that no one may harm you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. Allah has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligations shall henceforth be waived. Your capital however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer inequality. Allah has judged that there shall be no interest and that all the interest due to Abbas ibn Abd'al Mutallib shall henceforth be waived.

Beware of Satan, for the safety of your religion, He lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

Oh People, it is true that you have certain rights with regards to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.

Oh people listen to me in earnest, worship Allah, perform your five daily prayers (Salah), fast during the month of Ramadan, and give of your wealth to the poor due (Zakat), Perform Hajj (Pilgrimage) if you can afford to.

All mankind is from Adam and an Arab has no superiority over a non-Arab, nor does a non-Arab have any superiority over an Arab: also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over a white, except by piety and good action. Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not therefore, do injustice to yourselves.

Remember, one day you will appear before Allah and answer for your deeds, so beware, and do not sway from the path of righteousness after I am gone.

Oh People, no prophet or apostle will come after me and no new faith will be born. Reason well therefore Oh People, and understand the words which I convey to you. I leave behind me two things, the Quran and my example (the Sunnah ) and if you follow these you will never go astray.

Mengintip aib orang!

Salam ukhuwwah!

Dipetik dari buku Abdurrahman Asy-Syarqawi...Satu ketika Umar alKhattab pergi ke rumah Abdurrahman bin Auf diwaktu tengah malam! "Ada apa Amirulmukminin datang pada waktu tengah malam ini?" Tanya Abdurrahman. Umar menjawab "tadi aku melihat serombongan orang menuju ke pasar, aku khuatir mereka akan mencuri, mari kita pergi menjaga pasar mereka"

Saat di pasar itu, sambil duduk duduk mengawasi pasar, Umar ternampak cahaya lampu dari kejauhan, dia bertanya, "Mengapa mereka tidak mematikan lampu jika mereka sudah tidur?". Mereka berdua mendekati lampu yang masih bernyala tersebut dan mendapati ada beberapa orang sedang berjaga sambil minum khamar@arak! Umar berkata, "Mari kita pergi, aku sudah tahu siapa mereka."

Esoknya, Umar memanggil orang itu dan menanyakan dengan pertanyaan yang keras, "Malam tadi dirimu dan beberapa kawanmu minum minuman keras!" Orang itu bertanya, "Dari mana Amirulmukminin tahu?" Umar menjawab "Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri!" Orang itu malah mengingatkan Umar, "Bukankah Allah berfirman dan melarang kita semua untuk mengintip orang lain?" Umar sedar dia telah melakukan kesalahan kerana telah memeriksa rumah orang tersebut tanpa pengetahuannya sehingga dia tidak jadi menghukumnya! Umar tidak ingin membuka aib dan cela orang lain, sebagaimana dia juga tidak ingin mengintip kekurangan rakyatnya. Bahkan sebaliknya, dia selalu menutup kekurangan kekurangan mereka, dan seboleh mungkin memperbaiki kesalahan mereka dengan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

Bagaimana kita? Adakah kita menutupi aib dan keburukan orang lain? Adakah kita menghentikan kata kata yang mengumpat orang lain? Contoh diatas adalah contoh dan fakta sejarah yang perlu menjadi rujukan dan sandaran perbuatan yang perlu dilakukan dalam hidup bermasyarakat! Insyaallah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 26, 2012

Kaedah menanggapi insan lain....

Salam ukhuwwah....


Ada suatu cerita sejarah, saat Aisyah r.a difitnah, oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, tokoh kaum munafik di Madinah, bahawa Aisyah r.a telah melakukan perbuatan 'serong'...Umar alKhattab r.a telah mencadangkan kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, suruh Ubbad bin Busyr untuk membunuhnya (Abdullah bin Ubai bin Salul)". Rasulullah saw menjawab "Bagaimana nanti kalau orang mengatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya? Bersabarlah, kita lihat sahaja nanti". Lalu tidak lama kemudian turun ayat (An Nur, 24:11-16)-sila rujuk ayat alQuran tersebut.

Lalu Rasulullah saw selepas turun ayat itu, bertanyakan kepada Umar alKhattab r.a. "Wahai Umar, bagaimana menurutmu sekarang? Kalau sahaja aku menuruti sarananmu untuk membunuhnya (saat diketahui perbuatan fitnah oleh Abdullah bin Ubai bin Salul itu sebelum turunnya ayat itu) ketika dikau meminta izin membunuhnya, orang ramai pasti akan membelanya".....Umar menjawab "Sekarang aku benar benar yakin bahawa keputusan Rasulullah saw lebih baik dan lebih berkah dari keputusan saya".....dipetik dari karangan cerita sejarah oleh Abdurrahman Asy-Syarqawi!


Lihatlah sikap Rasulullah terhadap para pemfitnahnya! Adakah kata kata fitnah dilayan dengan kata kata buruk? Lihat kita pada hari ini! Bagaimana kita meladeni sikap pembuat fitnah dan penyebar fitnah! Contohi Rasulullah saw! Contohi para sahabatnya dalam usaha kita menempuhi kehidupan ini! Masyaallah!

Genta rasa.....!

Salam ukhuwwah!


Jika mampu....tanyakan dirimu agar genta rasa itu tidak pupus dalam rona hidupmu!


Tanyakan jika mampu....


......langkah kakimu diatas lantai bumi ini kerana Allah atau bukan!
setiap hela nafas yang engkau hirup itu untuk Penciptamu atau bukan!
setiap denyut nadimu itu penuh dengan zikrullah kpd Sang Khaliqmu atau bukan!
malam tidurmu itu keranaNya atau bukan!
setiap kalimah dari kalam mulutmu itu demi Dia atau bukan!
setiap perbuatan dari seluruh anggota tubuhmu itu demia redhaNya atau bukan!


Jika ya....tangisilah kesilapan dan pohon ampun segala dosa dan keterlanjuranmu!
Jika pasti.....berbahagialah!
Jika tidak....maka kembalilah jadi insan yang mendapat redhaNYA.....


Bila waktu tekah terhenti.....temanmu nanti hanyalah sepi yang gelap!


Monday, January 23, 2012

Imbau kenangan!

Salam ukhuwwah!


Sebentar merasa diri semakin muda apabila terusik kenangan bersama teman2 suatu waktu dulu....sesi mengimbau kenangan sambil ketawa suka bersama teman2 Abdul Halim Saad (Kuta), Budi alFahmi (Mat Bud), Halimi Sanusi (JJ), Azhar Ahmad (Ariyon aka Tembakau)...antara watak penting dlm cerita kartun Kartini (yon n kuta)....masa berlalu begitu pantas! Berbagai cerita dan ragam manusia kami sembangkan!


Ketawa dan lucu mengisi kenangan! Malah kisah kisah syahdu membangkitkan nostalgia! Aku terkesima! Persahabatan terjalin lama! Cerita dan kisah memupuk hubungan! Ia membangkit ghairah kebersamaan suatu ketika dulu! Siapa yang kami tidak sebutkan....hampir semuanya! Mereka yang tiada semalam....tidak mengapa, akan tiba waktunya kita berbicara dan gelak ketawa semula! 

Aku mengerti masing masing dengan haluan tersendiri dalam hidup dan kerjaya! Namun, sesekali perlu jua duduk sebentar mengimbau kenangan yang membentuk rasa! Sekarang masing2 bertempiaran dengan halatuju masing2....ada yang biasa biasa (tidak mengapa!kita tetap serupa), ada yg sangat luarbiasa...ada yang jutawan, ada yang Dato (dah 2,3 orang...maaf jika kami masih memanggil kalian bukan dengan pangkat dan status akan tetapi kemesraan nama yg dahulu)..


.....ada yang sudah jadi Pengarah besar! Ada yang duduk di AG Chambers, mengurus isu Batu Putih suatu ketika dahulu-teman merempit bersama.....dia salah seorang yang buat aksi 'superman' dengan motor ber'clutch'...Yamaha RXZ)........ada yang duduk setaman! Ada yang dulu lain, sekarang jadinya lain...ada yg dulu, kini dan selamanya 'otai Motor', lalu meneruskan kerjaya membuka kedai motor, entah berapa ramai 'protege' yang telah dilahirkan olehnya....semua kami imbau satu persatu! Herrmmmm....ada yg isterinya ramai! Ada yang tetap 'otai' 'modified kereta' dengan turbo dan segala macam! lalu menjadi Presiden Kelab Proton Saga seMalaysia!...ada yang kelihatannya suatu ketika dulu jenis yang 'tiada harapan' tetapi sekarang semua orang berharap kepadanya, hahahaha!! (kita tidak boleh menjangka...kerana segalanya takdir dan ketentuan Allah) 


Ada yang jadi kontraktor besar! Jutawan.....Ada yang punya banglo besar! Ada yang 'prominent criminalist lawyer' selalu menang kes! Semuanya hebat hebat! Tuah manusia siapa yang tahu! Moga kalian bahagia dan berkati olehNya dalam kehidupan kalian, namun, teman teman masih di sini! Mengingati kalian! Ada yang perlu kalian bantu, kerana lemas tidak timbul timbul! Apa salahnya membantu memberi pancing berbanding memberi ikan! Itulah sahabat sejati!


Aku terkesima! Aku akur dan bersyukur ke hadratMU ya Rabb!....kerana mereka semua ni teman dan sahabat yang mewarnai hidup ku.....lalu ku sedar, betapa ia zaman yang tekah berlalu!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 22, 2012

Telusuri sejarah!

Salam ukhuwwah!

Memang benar bahawa sejarah membawa pengalaman baru, pemahaman dan pencerahan kepada kejumudan! Ia bisa merungkai permasalahan dalam kita menempuhi kehidupan beragama pada hari ini!

Apabila kita tidak membaca sejarah, kita hilang perkaitan makna 'contextual meaning of an issue/problem'! Inilah yang berlaku dalam konteks ibadah, feqah dan amalan amalan seharian dalam kehidupan seorang Islam.

Kita tidak akan tahu mengapa begini dan begitu jika kita tidak membaca, tidak menelusuri sejarah! Sebagai contoh, amalan solat terawikh berjemaah tidak dilakukan dizaman Nabi saw, akan tetapi Saidina Umar alKhattab lah yg berijtihad dan berfatwa agar ia dilakukan secara berjemaah dengan 20 rakaat! Contoh lain, azan 2 kali tidak dilakukan ketika solat Jumaat, namun Saidina Uthman alAffan lah yg berijtihad dan berfatwa agar azan 2 kali dilaksanakan! Begitu juga soal doa qunut ketika solat Subuh, ia dilaksanakan oleh Saidina Umar alKhattab setiap kali solat Subuh!

Jika kita tidak merujuk sejarah, sejarah ijtihad dan fatwa, maka kita hilang makna perkaitan mengapa hukum dan kaedah amalan menjadi sedemikian rupa! Siapa kita untuk mempersoal ijtihad dan fatwa Saidina Umar alKhattab dan Saidina Uthman alAffan atau sahabat sahabat mahupun ulamak ulamak dan imam imam muktabar! Ilmu kita setakat mana dibandingkan dengan ilmu mereka semua! Tentunya mereka lebih mendalami dan memahami segala aspek berkaitan pengambilan hukum dan segala proses untuk sampai kepada ijtihad yang sedemikian rupa!

Amatlah dikhuatiri, kita tanpa sedar mempersoal dan meremeh ijtihad yang telah dibuat oleh semua para sahabat Nabi yang mulia malah ulamak muktabar, lalu memperkecilkan keupayaan mereka, gara gara kita tidak faham serta tidak mengetahui proses pengambilan hukum, lalu kita mencela, mempersoal fatwa dek terbawa bawa akibat kejahilan kita sendiri! Masyaallah! Berhati hatilah....

'Fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa tak lamuun' Tanyalah kepada mereka yang lebih mengetahui jika kamu semua tidak tahu! Itulah firman Allah! Moga kita semua mendapat kebaikan dari nukilan ini! Wassalam!

Abu Iman
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 21, 2012

terobos lah dirimu.......

Salam Ukhuwwah.......


Kita semua perlukan satu sama lain, perlu mendorong satu sama lain, perlu sokongan antara satu sama lain...tidak mungkin sendirian, tidak mungkin berseorangan dlm menghadapi cabaran hidup. Jika sendirian maka kekuatan dalaman, kekuatan emosi dan fizikal, rohani dan jiwa akan luntur, hanyut ditelan ombak kehidupan. Kita perlu ALLAH, kita perlu rakan dan teman serta sahabat! Bagaimana? Jagalah hubungan! Itulah kaedah mencapai kekuatan!


Menjaga hubungan adalah sumber kekuatan yg selalunya tidak kita sedari, hubungan dgn Sang Pencipta, kerana Dialah sumber kekuatan kita. Hubungan sesama, antara teman, rakan taulan, sahabat malah adik beradik, suami isteri...itu juga merupakan sumber kekuatan dalaman yang menjana semangat dan menaikkan moral serta motivasi.


Sedari atau tidak, membawa diri hadir ke seruan berjemaah, lalu berdiri bersama sama para jemaah yg lain dalam eksplorasi diri bermunajat kepada Sang Pencipta adalah sumber kekuatan dalaman yg membina motivasi, meningkatkan kasih sayang, menyuburkan persaudaraan dan menjana perpaduan sesama. Hati terpaut, kasih sayang terjalin dalam satu takbir, satu kalimah, satu rukuk, satu sujud dan satu salam.....itulah punca dan sumber kekuatan jemaah dan persaudaraan Islam. Justeru, teroboslah diri, pujuklah hati agar sentiasa menyatukan kasih sayang dan perpaduan serta persaudaraan di setiap ketika tiba waktunya tiba, samada di rumah rumah Allah mahupun dalam perjalanan. Serulah keluarga, anak beranak dalam eksplorasi diri munajat kepada Illahi.


Jika inginkan mahabbah antara suami isteri serta anak anak....lakukanlah solat berjemaah secara istiqamah!...kelak kalian kan mendapati bahawa, kehidupan kan lebih tenang dan tenteram, masalah dunia kan sedikit demi sedikit kan menjauhi! Bahagia kan mendatangi kalian!.....beratnya amanah kehidupan yang dipikul, akan Allah ringankan! Ia mampu merungkai masalah kehidupan, ia membina sahsiah, ia mendidik sifat dan akhlak, ia mentarbiah jiwa seluruh ahli keluarga!


Kalian kan mendapati bahawa, lebih banyak senyuman kan terukir dibibir mulut seluruh ahli keluarga berbanding muka yang masam dan bengis penuh amarah! Kalian juga kan mendapati, kesejahteraan mendatangi kehidupan, kebahagiaan kan singgah lebih lama di dalam hidup berbanding kesengsaraan! Manakala, kesengsaraan kan bingkas bangun menjauhi kehidupan kalian.....solatlah berjemaah! Istiqamahlah! Perbanyak yang solat sunat yang sunnah, perbanyak membaca al-Quran!....nescaya kalian kan mendapati bahawa tiada yang lebih baik dari dunia dan isinya, melainkan imbalan imbalan yang diperoleh walau ia sama sekali tidak kelihatan kerana ia bukan berupa wang dan harta........akan tetapi suatu rasa, suatu kehidupan yang cukup, kerana DIA mencukupkan buatku dan kalian semua!


Insyaallah! Ameen!

Thursday, January 19, 2012

Ketahui tentang hati!

Salam ukhuwwah!


Aku telah belajar berpuasa sejak umurku 7 tahun, iaitu darjah 1! Awal tu! Mungking ada orang lain lagi awal! Ini pasal pendedahan dan pendidikan!


Apabila tiba penghujung Syaaban! Hatiku sudah mula bergolak! Kalau Nenek ngan Atuk mula puasa berturut turut 3 hari jer, aku dah tahu, ni nak masuk bulan Ramadhan! Adoiii! Tengok mak 'set' makan malam time maghrib, aku dah tahu, ni nak masuk Ramadhan!


Bukan apa! Kalau boleh mahu sahaja aku hentikan masa agar tidak bergerak! Aku tak mahu puasa! Aduiii! Kena berlapar la pulak! Dahaga lagi! Lapar lagi! Tidur tak cukup dah kena bangun sahur la pulak! Malam malam kena solat banyak rakaat! Jenuh tu...kemudiannya aku tahu, tu namanya solat tarawikh! Jam 4.30 pagi kena bangun...Mata duk mengantuk, mana selera nak makan! Itu yang aku cakap kat mak! Kalau tak makan nanti lapar la pulak! Kalau tak minum banyak, nanti dahaga! "Mak! Kalau minum banyak pun tak guna juga, kejap lagi keluar la tu, jadi air kencing!"ujarku kat mak!... Alaa mak, tak nak la puasa! Mak jawab "kena puasa, abah suruh! Nabi suruh! Allah suka orang puasa!" "Alaa...susahla macam ni! Matila kalau puasa, tak leh makan minum!" Itu ujarku! Nenek dan mak terus terusan memujuk dan cuba 'conditioning' mindset!


Dulu aku tidak tahu hikmah puasa! Rupa rupanya, indahnya bila berpuasa! Ia antara kita dengan Allah! Tiada siapa tahu kecuali Allah, orang lain tak tahu kita puasa atau tidak kecuali kita yang beritahu atau orang nampak perbuatan kita yang tak puasa tu! Sebab itu ia indah! Nak tahu kita ni macam mana dengan Allah, maka cubalah berpuasa! Terutamanya puasa sunat Isnin-Khamis!


Dah la ia sunnah Nabi, ia juga adalah saat manis hamba dengan Khaliqnya!...sebab ia melibatkan urusan hati antara kita! Ia rahsia kita dengan Maha Pencipta! Kalau nak tahu kita ni, tahap betapa ikhlasnya kita dengan Allah ialah dengan berpuasa! Terutamanya puasa sunat Isnin-Khamis! Kenapa? Sebab masa tu orang lain tak puasa! Silap gaya kita jer yang puasa!


Bila kita jer yang puasa, ia benar benar menguji! Ia ujian keikhlasan kita kepadaNya, ketahanan dan kesabaran menahan diri! Puasa Ramadhan pula lebih berkat penuh dengan segala pahala dan janji janji Allah, ada seribu bulan didalamnya...semua orang berpuasa ketika itu, ramai juga yang tak puasa, kalau budak budak tidak mengapa, ini orang tua pun tak puasa! Hahahaha!


Dulu masa kecil, aku tak suka puasa sebab aku tak faham kenapa kena puasa! Tapi bila aku tahu bahawa berpuasa ini umpama kisah cinta seorang hamba dengan Maha Pencipta, maka aku semakin suka berpuasa! Bukan nak kena puasa tiap tiap hari pun....isnin khamis jer, lagi pun, kalau buat secara jemaah lagi best! Suami temankan isterinya berpuasa! Apapun hendaklah niat puasa itu kerana Allah! Kalau puasa sebab nak temankan isteri@suami, itu sia sia!


Ketahuilah isi hati kita sebagai hamba Allah dengan berpuasa! Jika tidak, kita takkan tahu isihati sendiri walaupun kita rasa kita tahu isi hati kita!


Latih lah diri, melembutkan hati dan jiwa melalui puasa sambil berzikir! Tatkala kita berpuasa, akan kalian merasai perasaan syahdu, sayu diselang seli perasaan lapar, lalu timbul persoalan didalam hati, "tidak mengapa aku lapar sedikit...Allah tahu aku berpuasa...tentu ia membawa banyak kebaikan buat diriku, sedangkan Nabi saw, manusia terpuji dan yang dijanjikan syurga itupun turut berpuasa Isnin-Khamis...kenapa tidak AKU umatnya!"


Jangan bimbang, Allah tidak perlukan pun puasa kita! Allah tidak berkehendak pun dengan puasa kita! Allah hanya nak tahu kita sanggup atau tidak melaksanakan ibadah kerana DIA! Allah mahu tahu adakah kita benar benar ikhlas sebagai hambaNYA, Allah mahu kita dekat dengan DIA, dan Allah mahu memberi segala kebaikan untuk kita melalui puasa! Maka, marilah kita berpuasa sunat agar kita tahu ISIHATI kita! Insyaallah ameen!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.