Aku teringat akan program program yang ku gagahi untuk anak yatim mahupun pelajar pelajar ku...tiada jalan mudah dan singkat untuk sebuah kejayaan, perjalanan si Ayub masih lagi jauh namun perjalanan perlu sentiasa diteruskan, lonjakan perlu sentiasa diberi....aku doakan kejayaannya!
Kasih dan pengorbanan seorang ayah dan semangat sang ibu.....sokongan sang guru menjadi SATU dan tergabung dalam sebuah erti yang mampu diungkap sebagai kejayaan! Inilah dia kemanisan pengorbanan....
Bagi sang guru....memandaikan yang biasa biasa berbanding yang bijak pandai adalah dua konsep yang berbeza.....ia perit dan penuh cabaran, ia sukar namun tidak mustahil.....natijahnya ialah kepuasan diri!
Tidak menjadi suatu kepelikan jika gen pandai itu terus cemerlang akan tetapi berbeza sekali kepada yang biasa biasa. Memandaikan yang biasa biasa menjadi amat bernilai dan bermakna jika yang biasa biasa ini menjadi luarbiasa! Ia kerana yang biasa biasa ini deberi dorongan dan dipimpin agar menjadi luarbiasa pencapaiannya lalu menghadiahkan kejayaannya dalam bentuk mengubah kehidupan dirinya dan keluarganya.
Hakikatnya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.....hijrah tetap perlu diusahakan dan dilakukan dengan dokongan dan dorongan!

Kepada si Ayub...teruskan kejayaan mu, teruskan perjuangan mu.....moga kejayaan mengubah kehidupan ini menjadi realiti yang bermakna dan diredhai Allah....Insyaallah, Tuhanmu akan membantumu dalam usaha dan perjalanan kehidupanmu.....
Penuh pengajaran bagi diriku yang lemah ini.....aku punya tanggungjawab dan amanah yg sedemikian rupa!
http://hensemedia.blogspot.com/2014/11/kisah-menyanyat-hati-keputusan-upsr.html
No comments:
Post a Comment