Assalam semua....
Pergerakan.....ialah denyut nadi hidup.....dan kehidupan.
Begitulah jua manusia...darahnya berGERAK mengalir keseluruh tubuh...membekalkan tenaga dan segala keperluan nutrien bagi membolehkan susuk itu berGERAK...
Sedutan dan hembusan ialah impresi lain bagi perGERAKan...iaitu sebuah kehidupan...untuk membolehkan kehidupan dan hidup itu berGERAK, susuk itu harus memastikan bebanan yg dibawanya tidak berat....utk lebih pantas berGERAK, jgn bawa bebanan yg berat...bawa apa yg perlu sahaja...bawa keperluan yg penting sahaja...pasti susuk itu kan lebih cepat sampai ke destinasi dan tujuan.....
Bebanan yg berlebihan akan hanya membuatkan perGERAKAN susuk itu lambat...ya benar, dia mungkin tetap kan sampai ditempat yg ditujui, cumanya masa yg diambil lebih lama...malah usaha yg dibuatnya lebih berat berbanding dengan susuk yg membawa bebanan ringan...
Manakala, bagi susuk yg tiada membawa apa apa bebanan langsung...itu tidak bererti kerana tentunya ada keperluannya yg perlu dipenuhi disepanjang perjalanan dan apabila susuk itu telah sampai ke destinasinya....
Jika susuk itu ingin membawa segala keperluannya dgn anggapan bahawa segalanya amat diperlukan lantas itu membuatkan susuk itu membawa bebanan yg berlebihan...tidakkah ada kemungkinan besarnya susuk itu langsung tidak akan sampai ke destinasi kerana bebanan yg amat berat amat mustahil bagi susuk itu untuk berGERAK.
Ada juga susuk yg mewujudkan bebanan yg sememangnya tidak diperlukannya dalam perjalanannya menuju destinasi...samada secara disedari atau tidak susuk itu membawa bebanan sendiri atau mungkin juga membawa bebanan orang lain...itu juga harus difikirkan...
Justeru, fikirkan apakah bebanan yg perlu dan tidak perlu anda bawa...
Fikirkan juga destinasi anda itu apa....apakah ia tempat percutian, rumah di kampung atau tempat bertugas?...walau apapun destinasinya...faktor bebanan yg dibawa hendaklah sentiasa diambilkira....
Fikirkan jua keperluan disepanjang perjalanan....
Akhirnya...pastikan siapa yg kalian akan temui...kerana ia tidak dapat tidak menentukan jenis bebanan yg kalian perlu pikul..jika ternyata yg akan kalian temui ialah al Khaliq, Yg Maha Agung...bawalah bebanan yg bermakna utk tujuan bertemuNYA kerana sering kita membawa bebanan yg langsung tiada kepentingan sebagai persiapan utk bertemuNYA..
Insyaallah....laa hau la walaaa quwwata illa billah...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Sunday, May 29, 2011
Saturday, May 28, 2011
bolehkah kita menyangka....!!!
Assalam semua.....
terimakasih kepada semua yg setia menjejaki blog ini setiap saat dan ketika terluang....terimakasih kepada yang menyukai apa yg terkandung di blog ini......terimakasih jua kepada yg telah berpaling kerana sekurang kurangnya kalian pernah bersamaku di mayapada ini.....moga kan ada terselit pengajaran yg berbekas dihati dan benak fikiran kalian, dan ku doakan kalian sukses selalu....
.....itulah kehidupan...ada yg datang dan ada yg pergi....secara mutlak kita tidak boleh mengatakan bahawa yg pergi tak lah lebih baik dari yg datang atau lebih buruk dari yg datang dan sebaliknya......kerana bukan urusan kita sebagai manusia utk menentukan hakikat dan kesimpulan kehidupan seseorang.....
.......teringat aku kpd Umar Al Khattab....siapa menyangka dan tiada siapa pernah menyangka bahawa sipembunuh anak perempuan ini suatu ketika dulu, akhirnya beriman dan menjadi insan mulia dan disanjung tinggi dalam sejarah sahabat Rasulullah saw.....bahkan Rasulullah saw sendiri hanya mampu menadahkan tangan kehadratNYA memohon antara dua Umar agar Allah memberi hidayah untuk membantu menguatkan dakwah Islamiah.......nah kalian semua....tidakkah itu pengajaran dalam kehidupan kita bahawa kita tidak boleh menyangka apa apa tentang apa yg akan berlaku terhadap individu lain termasuklah menyangka bahawa sifulan itu demikian sikapnya, akan jadi sedemikian dan sebagainya....
jika ditelusuri sejarah, kita menyangka sepatutnya pengakhiran skrip untuk Abu Talib, bapa saudara Rasulullah saw. adalah beriman kepada Allah, namun ia tidak berlaku sedemikian, kerana bukan hak dan kuasa Rasulullah saw utk membuatkan seseorang itu beriman hatta bapa saudaranya sendiri...ia hak mutlak Allah swt. Walau dikenal orang bahawa Abu Talib itu bapa saudara yg sangat membela Rasulullah saw. saat baginda dalam kesusahan dihimpit oleh cabaran dakwahnya....Abu Takib lah yang sentiasa melindungi dan membela Nabi...beliau umpama bapa sendiri kpd Rasulullah saw.
.........bukan manusia, bukan kita yang menentukan hakikat kehidupan.....kita hanya diberi kebebasan untuk memilih, kebebasan untuk berusaha, kebebasan untuk merancang dalam usaha memenuhi objektif kehidupan masing masing......

Thursday, May 26, 2011
Malay sketches - Frank Sweettenham
Assalam semua....
Harus anda baca dokumentasi tepat tentang susur galur dan sikap kita oleh omputih ni (Frank Sweettenham) dari kacamata dan pengalaman dia.
Kelakar dan sangat bertepatan, ada kekuatan dan kelebihan disebalik semua catatan catatan yg dibuat olehnya, ada juga fakta yang mengejutkan dan tanpa kita sedari itulah kita "MELAYU".
Bagus juga kalau ini menjadi antara senarai wajib bacaan selain dari yg utama sekali(buat sekian kalinya saya nyatakan iaitu Alquran Al Karim)....berkaitan dengan Melayu...
....jika anda mencari "welteunscheung" tentunya anda harus bermula dan anda cari, serta gali dari Al-Quran...tidak cukup itu, saat koreksi dan pembetulan diri penuh makna juga boleh anda dapati dari buku catatan dan nukilan Dr Aidh Al Qarni....terutamanya yg menimbulkan pasrah dan keinsafan iaitu JAGALAH ALLAH, mungkin anda juga ingin mewajibkan diri dengan bukunya yg terkenal JANGAN BERSEDIH (aku tidak pernah khatam buku ini...kerana aku bukan jenis yg bersedih hingga perlu dituntuni jalannya....kesedihan terbuku dalam hati dan jiwaku semata mata tanpa perlu aku menjamah apa apa pautan rohani dan vitamin jiwa...kerana aku dididik utk 'back to square one' iaitu menjaga hubungan dgn Allah dan insan lain dikala aku kesedihan...hablum minallah, wahablum minannaass) mungkin juga sedikit dodoian sang isteri sudah cukup untuk ku menghapus kesedihanku...ataupun berbicara ibu dan ayahku sudah cukup inspirasi buatku....selain dari itu...kuatkanlah diri dengan zikrullah, itulah ubat diri yg paling mujarab, jgn di lakukan saat ditimpa malang semata mata, jadikan zikrullah makanan harian utk jiwa dan roh agar utuh dan kental.
....jika pencarian anda berupa bantuan untuk mengenali diri sebagai bangsa iaitu Melayu, harus saya sarankan bacalah catatan Frank Sweettenham ini "Perihal Melayu atau Malay Sketches" dan juga catatan Dato Senu Abdul Rahman - Revolusi Mental ia cukup serius dan sarat, malah menjerihkan untuk mengkhataminya kerana ia 'heavy materials'.....saat minda sudah terkesima dengan bacaan sedemikian, kalian kan terasa nikmatnya....namun jika minda terdodoi dengan bacaan murahan..pasti anda kan mudah jemu, mudah culas utk meneruskan perjalanan bacaan kalian.
jika mencari sumber lain bersifat kendiri aku sukakan catatan Dr. Kenneth Spencer "WHO MOVED MY CHEESE"...ia antara bacaan wajib yg ku sarankan buat para pelajarku (akan ku bicara tentangnya kemudian nanti).....
masyaallah...wa insyaallah..laa haula walaa quwwata illa billah....

Wednesday, May 25, 2011
ku tumpang kasih dan naungan kebaikkanmu
Assalam semua....
Kalian tonton 360 sebentar tadi...
Sedih, sayu dan pilu melihat mereka yg ditinggal itu semua...berlinangan airmata...
Sebenarnya...kami masih ingin menumpang kasih kalian semua yg telah pergi..... kalian lah sebaik baik insan, kerna itulah tuhan amat menyayangi kalian, justeru DIA memanggil kalian disaat kami belum dpt menumpang kasih kalian sepenuhnya.....
Kami tangisi pemergian kalian, dlm peristiwa tragis dan saat mengejutkan...
Lalu kalian meneruskan kembara dan penghidupan baru disisiNYA...
Kami tangisi pemergian kalian kerana kami masih rindu menumpang kasih kalian...kami rindu mendengar alunan kalimah suci yg Agung, kami rindu mendengar alunan nasyid kalian, kami rindu alunan qasidah kalian...tiap saat dan ketika saban hari dan waktu.....kami masih terasa kehadiran kalian saban waktu...moga roh kalian mekar disisiNYA
Alfatihah utk kalian semua...doakan kami jua disini agar kami kan bisa menuruti kalian dan ditempatkan bersama sama kalian....insyaallah.

setiap kalinya "tersembelih" dek masa......
Assalam semua....
terpaling dek masa yg telah berlalu...alangkah ruginya...benarlah sumpah Illahi terhadap masa....
kita sangat kerugian dek masa yg berlalu lalu kita mengira ngira masa yg mendatang seolah olah gambarannya masih berbaki lagi saat dan masa itu...itulah kesilapan akal yg dipandu nafsu......kerana aku sendiri tidak terlepas dari yg sedemikian.
lalu tidakkah kita mengira bahawa saat yg diperuntukkan olehNYA utk kita menjalani nafas kehidupan ini sangat genting sekali panjang dan pendeknya...tiada istilah panjang dan pendek utk masa kecuali istilah yg disandarkan atas tafsiran duniawi...
saat jemari ini mengetuk papan kekunci ini...ia kan terkujur lesu jika saat terhentinya masa itu telah sampai....
aku bimbang aku tidak punya apa apa jawapan yg utuh jika aku diterjah soalan olehNYA...untuk apa masa yg diberikan kpd mu engkau perbuat wahai siFulan bin siFulan...
masyaallah.....laa haula walaa quwwata illa billah.....
Tuesday, May 24, 2011
tolehlah sebentar dan setiap kali.....
Assalam semua....
ku kutip ungkapan ini dari dinding ucapan temanku Sdra Hilmy Shamsur Abd Rahim (Hilmy,2011): "ada ketikanya kita tidak boleh terus jd diri sendiri jika ianya sesuatu yg buruk & ada ketikanya kita perlu jd diri org lain jika dlm diri org itu adalah ikutan yg baik kpd kita.."
(Hilmy,2011): Firman Allah Taala bermaksud:Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang).
(Surah al-Ahzab: ayat 21).
.....sebab itulah ada konsep 'Qudwatun Hasanah'............. bermakna contoh ikutan yang baik...ikut yang baik dan tinggalkan yang buruk.....pada waktu yang sama ia berkait juga tentang penilaian kita terhadap mana mana individu.....hendaklah apa yg dinilai atau apa yang dilihat itu ialah perbuatan yang baik....perkataan yang baik...yang positif...bukan melihat susuk dengan pandangan negatif, melihat kesalahan yang dilakukan oleh susuk itu...selalu kita amat teruja untuk mengetahui dan menilai kesalahan dan kesilapan orang lain berbanding kebaikan dan nilai positif tersebut.

selalu juga org kata 'be yourself' memberi konotasi jangan hipokrit...cuma salah faham "be your self" ialah mengekalkan sikap buruk dan perangai buruk dalam diri...kalau perangai kita dok comel...pahtu kito pung sokmo buat perangai hok huduh tu...itu buke "be youself"...sepatutnya perangai yg tak elok tu kena ubah...dengan sentiasa melakukan muhasabah diri....
....jika tidak melakukan muhasabah diri......jangan bimbang, akan tiba saatnya modul modul Allah akan menjengah dlm kehidupan kita, ia berupa peristiwa dan insiden yg menyebabkan kita 'terngadah'(masa tu pakej dia mahal dan lain mcm sikit....)...ia sangat istimewa dan unik lalu berbeza antara satu sama lain antara susuk....ada modul tahap kehilangan penglihatan dan jadi buta baru lah kesedaran kan menerpa dalam jiwa...ada yg sekadar sakit berterusan, demam pulih demam balik.....ada juga tahap kehilangan orang yang disayangi.....
walau apapun modulnya, harus diingat pentafsiran akal kita sangat dangkal..... perlu kita turun jauh ke dalam, jauh ke dalam perjalanan lalu membongkar hikmah dan menyelami erti dan makna tersirat dan tersurat bagi setiap peristiwa (aku pun terkadang tertewas dalam menerima hakikat lalu menghadirkan redha dalam diri)...yang hanya boleh dirasai dan dilakukan dengan muhasabah berterusan, berkhalwat dan berzikir lalu fikir........mengertilah bahawa ia penuh hikmah yang tersembunyi....mengapa sedemikian?

sebab Allah sayangkan kita....supaya kita sedar, dan insaf, supaya hidayah datang menusuk kedalam hati, supaya kita berubah sikap.....supaya iman kita diperteguhkan, supaya iman kita dipertingkatkan....supaya kita dapat membuktikan tahap kekuatan iman kita...dan berbagai lagi sebabnya...
jangan bimbang, anda boleh menyatakan apa jua sebabnya apa jua hikmahnya....cuma anda harus pasti ia menjurus kepada kebaikan sebab Allah itu tidak akan sesekali menjerumuskan hambanya dalam keburukan melainkan atas tangan hambaNya sendiri...maknanya bukan Allah penyebab kita jadi buruk perangai, ditimpa malapetaka, bencana, kesusahan dan sebagainya...tetapi sendiri punya pasal....kena ingat tu!
lalu hendaklah kita bersegera mengubah sesuatu yang buruk itu, perangai yang buruk itu, sikap yang buruk dengan sentiasa melakukan MUHASABAH (supaya susuk itu sendiri segera menyedari kesilapan sendiri berbanding mengetahui kesilapan tersebut melalui peristiwa peristiwa yang berlaku dalam kehidupan samada berbentuk ujian, bencana, malapetaka, kesusahan, kepayahan, tidak tenteramnya jiwa) agar dapat kita mengelakkan dari menerima modul modul ketuhanan yg didatangkan khas dari Illahi yg berturutan menimpa kita dalam apa jua bentuk sekalipun samada dalam bentuk 'kaffarah' sebagai menghapus dosa kita terdahulu mahupun ujian, cabaran yang datang bertimpa....
Sunday, May 22, 2011
Pasti tempat kalian disisiNYA adalah yg terbaik..
Assalam semua,
Alfatihah kpd semua arwah yg menjadi mangsa timbusan tanah runtuh di Pusat Anak Yatim Al Takwa Hulu Langat....Allah lebih menyayangi kalian, dan moga kalian berbahagia disisiNYA, dia lebih mengetahui yg terbaik buat kalian...
Sabarlah kpd mangsa yg terselamat! Syukur kpd Illahi kerana kalian selamat.
Terimakasih kpd semua yg bertungkus lumus membantu,walau sekecil atau sebesar manapun usaha kalian, moga Allah membalas jasa kalian sebaiknya di dunia dan akhirat.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alfatihah kpd semua arwah yg menjadi mangsa timbusan tanah runtuh di Pusat Anak Yatim Al Takwa Hulu Langat....Allah lebih menyayangi kalian, dan moga kalian berbahagia disisiNYA, dia lebih mengetahui yg terbaik buat kalian...
Sabarlah kpd mangsa yg terselamat! Syukur kpd Illahi kerana kalian selamat.
Terimakasih kpd semua yg bertungkus lumus membantu,walau sekecil atau sebesar manapun usaha kalian, moga Allah membalas jasa kalian sebaiknya di dunia dan akhirat.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Parang itu takkan tajam!
Assalam all!
Ingin bicara pasal anak...bukan kerana aku seorg pendeta anak,@ kerana aku tiada masalah anak@pandai urus anak. Sekadar berkongsi..
Banyak telah diperkatakan,banyak telah diungkapkan oleh pakar mahupun sesiapa shj. Penyelesaian tentang masalah anak anak...mcm2 masalah.
Anak obes (jika bukan kerana penyakit)...kerana kita sendiri ajar makan mcm2 tanpa kawalan,sebab dasar dan polisi sibapa@siibu ingin memberi segalanya kpd anak...akhirnya merentas batas disiplin makan..bagi duit belanja makan banyak,sehari rm5-rm7 atau lebih..konon supaya anak tak lapar. Boleh beli makanan di kantin. Dah la makanan yg dijual dikantin bukan semuanya 'asli',byk juga yg jenis segera, sosej lah,burger lah dan mcm2 lagi,sbb ia senang disediakan, fast food katakan! Lalu nasi lemak disalahkan. Dirumah, 'junkfood' tersedia...dimakan bila bila masa. Sibapa dan siibu sibuk bekerja..jadi utk memastikan segalanya ada,maka tersedialah berbagai jenis kelazatan 'pura-pura',disediakan awal awal lagi...soal zat dan keseimbangan makanan dilupakan, dek kerana tuntutan kehidupan yg pelbagai...lalu bila berlaku isu obes dikalangan anak2 ini...kita spt biasa mengangkat tangan dan menuding sana sini...
Kehidupan sudah sgt berbeza,mengadap tv saban hari sambil memamah makanan adalah aktiviti kegemaran...lalu ia menjadi tabiat. Sekali lagi,budaya baru muncul,itu belum lagi dgn hadirnya teknologi PS1,PS2,PS3 dan mcm2 lagi..natijahnya amat kurang sekali aktiviti fizikal dikalangan anak anak..mereka leka berbaring disofa bersama gajet mainan selama berjam2..lalu bila lapar,memamah makanan apa yg ada.
Parang itu takkan tajam sendiri,jika mahu tumpul,biarkan ia begitu,jika mahu tajam...asahlah ia setiap hari....kita lah yg menentukan natijah kehidupan dan akibat yg terhasil dr tindakan kita.....ubahlah gaya hidup sendiri dan akhirnya gaya hidup keluarga dan anak anak akan turut berubah. Amiin!!

Saturday, May 21, 2011
jika kita mengerti.....
Assalam semua......
erkkk....ahhh....I am lost....
bila lagi kan kita mampu utk menebarkan kebaikan....adakah menunggu kita sudah jadi baik baru saat itu kita melakukannya.....
jikalah kita mengerti!......bahawa setiap saat yg dilalui, gerak denyut nyawa dan nafas...haruslah gerak laku kita berupa DAKWAH...berupa contoh agar ia disenangi susuk manusia yg lain, agar ia biasa dicontohi oleh orang lain...walau susuk diri ini tidak sempurna, banyak lompongnya, namun biarlah ia terus terusan diperbaiki selagi nyawa dikandung badan, namun kerja DAKWAH itu terus dipikul....
jika kita mengerti!.....bahawa hatta ungkapan salam dan senyuman manis dibibir mulut juga adalah suatu dakwah......lalu kita mengajak diri dan menebarkan senyuman keserata alam...bayangkan alangkah indahnya kepuasan yg susuk itu akan kecapi.
jika kita mengerti!.....sakitnya dahi dibaling batu....dikeronyok oleh kanak kanak dan orang dewasa......merasa hinanya diri....bukan sekali bukan dua kali...malah berkali kali....bagai sipengemis yg dihujani segala macam makian, cemuhan dan cercaan, dihalau dan dikejar....bersamanya batu kerikil mengenai tubuh dan kulit....darah merah mengalir dek balingan batu tajam, sakitnya luka itu, sakitnya hati diperlakukan sedemikian rupa........hanya kerana menjunjung amanah Sang Penguasa Yang Maha Agung.......alangkah sedihnya! Itulah nasib yg diterima oleh sipendakwah agung...Junjungan Rasulullah!! Namun mundur sekali bahkan tidak...kerja dakwah terus terusan dipikul dibahunya....
jika kita mengerti!...apa jawab manusia agung itu bilamana Jibril turun dan bertanya, mahukah kiranya dua gunung disebelahnya itu diterbalikkan ke atas kaum itu...lalu apa jawabnya wahai saudara saudari sekalian...apa jawabnya??? "biarkan mereka wahai Jibril...mereka belum mengerti dan faham kebenaran Islam ini!" ujar Rasulullah saw.
"Apa!!!Biarkan mereka!!!"...itu ujarku suatu ketika dahulu...saat aku menelusuri jejak sejarah manusia agung ini...yg sehingga kini aku ingati....kalau aku berada dalam kedudukan yg sama....tentunya bermacam macam usaha utk membalas tindakan mereka akan aku lakukan...tetapi tidak bagi Rasulullah saw, kerana, baginya, itulah DAKWAH....
jika kita mengerti!!....saat ini, ketika ini....apalah kiranya memberi salam dan menguntum senyuman itu...hanya perkara biasa, tidak sesukar mana..kita lakukan sentiasa......kerana itulah jua DAKWAH....
........marilah kita insaf...lakukan dakwah dengan "bil Hikmah wal Mauizatul Hasanah".......dakwah dengan hikmah dan penuh contoh teladan yg baik...
.......jadi tunjukkanlah contoh yg baik...jika tidak mampu menunjukkan contoh teladan yg banyak...buat lah yg termampu...jgn ditinggalkan langsung misi dakwah...tidak semestinya kepada orang lain, lebih baik kpd diri sendiri dan ahli keluarga...insyaallah....
jika kita mengerti!!!

Thursday, May 19, 2011
Adab solat....`
Assalam all...
Bicara kali ini sedikit berbeza....sekadar menyampai utk diri sendiri dan anda semua.
Kita semua solat, bukan?....insyaallah setiap lima waktu...cuma sekadar memberi teguran sedikit buat peringatan kita semua.....
Allahuakbar.....sambil mengangkat dua tangan dan memusatkan fikiran kpd Rabbul Jalil!!
....kita takbir dan bermulalah perjalanan spiritual dalam tempoh masa yg hanya kita sendiri tentukan....jika ia penuh bererti...biasanya solat itu akan sedikit panjang...jika jiwa tidak menyerap nikmatnya solat...biasanya pendek dan sekejap ajer!(tak pe lah...yg ini akan ku bicarakan dilain waktu dan kesempatan)
sesetengah dari kita...dek kerana kebiasaan mungkin...lalu mula kumat kamit dengan deraman suara terkadang antara dengar atau tidak, terkadang agak kedengaran, terkadang bacaannya agak nyaring walhal susuk itu sendiri sedang bermakmum tapi bacaan disebelah telinga kita seolah olah dia sedang menjadi imam umpamanya....suara kedengaran membaca doa iftitah...lalu alfatihah...telah selesai terus diam...sambil menunggu imam menghabiskan bacaan.
ingin juga dihati bertanya..."sdra o sdra!....sdra seorang ker yg baca doa iftitah.....sdra seorang ke yg baca alfatihah dalam jemaah ni!!!"
aduhh!!! mulalah dihati ini menggumam berbagai sangkaan dan perasaan...asalnya fokus...terus hilang fokus sendiri (apapun, diri sendiri perlu belajar utk tidak menghiraukan keadaan sedemikian, terus fokus dan ingatkan bacaan apa yg disebut dilidah dengan makna dan maksud serta ingatan kpd Sang Penguasa didalam hati)
Seharusnya membaca apa apa bacaan sekalipun didalam solat hendaklah dalam keadaan yg sangat perlahan, hanya kedengaran dihati dan telinga sendiri, khuatir mengganggu jemaah disebelah kanan dan kiri....itu adab dan akhlak solat!! Cuba kalian semak dan muhasabah sendiri yea!

Monday, May 16, 2011
Terimakasih Cikgu.....!
Assalam all....
bagiku setiap hari adalah Hari GURU, begitu jua setiap hari adalah Hari Ibu dan Bapa.......
terimakasih kepada mereka semua......tak terhingga dan tak terucap dgn kata......
sekadar ucapan tidak memadai tapi perlu.....
mengenang sambil duduk senang lenang juga bukanlah satu penghargaan yg sewajarnya.....
utamanya ialah untuk kita beramal dengan segala ilmu yg dicurahkan.....segala pengalaman yg dikutip sepanjang perjalanan kehidupan samada disekolah, di menara gading mahupun dimana jua....
harus diingat bahawa...sesiapapun ialah guru kita asalkan ada sesuatu yg kita pelajari dari susuk itu......
aku lebih menyukai jika Hari Guru ini...kita kan mampu untuk menterjemah segala kebaikan dan menebarkan ia ke serata alam sebagai usaha kebaikan yang berterusan....
sedih sekali jika kita menjadi insan yg sentiasa melewati batas dalam apa jua keadaan sekalipun, hatta pengajaran dan pendidikan guru guru kita terdahulu umpama tidak bermakna dan berbekas sama sekali.....
binalah keberkatan dari ilmu yg diperoleh dengan mengamalkannya dalam kehidupan....lalu itu aku fikir kejayaan yg sangat bererti buat para guru kita.....
terimakasih semua wahai guruku dan ibubapaku (kerana mereka jua adalah guruku).........moga syurga menjadi balasan untuk kalian semua
ku ungkapkan kata kata yg ku kutip dari blog rakan dan sahabatku...sdra TEMBAKAU:
terimakasih kepada mereka yang bertanggungjawab memberikan kami ajaran yang cukup untuk kami yang kurang ajar ketika itu. memberi kami faham akan nilai untuk menjadi insan. memberi kami peluang untuk menyelami ilmu. dan juga, memberi kepercayaan kepada kami akan diri sendiri. semoga syurga untukmu, wahai guru sekalian, walaupun kami tahu yang pencarian itu tidak akan sempurna hingga ke akhir usia kami nanti.
terimakasih Ustaz Suhot (arwah), Ustaz Ramli, Ustaz Zawahir, Ustaz Hasan, Us Amin, Us Zahidan, Ustaz2 dan Ustazah2 yg lain, Ustazah Solehah, Cikgu Anita Azlina Yahya, Cikgu Romlah Hamid, Cikgu Samsudin, Cikgu Fatimah, Cikgu Mat Sahuri, Cikgu Anuar, Cikgu Zaini, Cikgu Mustapa Kamal Yunus, Cikgu Saifuddin, Cikgu Halim, Ciikgu Miskiah, Cikgu (ngajar Bahasa Melayu di Gunung Rapat-xingat dah nama), Cikgu Hood, Cikgu Ghani, dan semua Cikgu2 yang pernah memberi "sentuhan ajaib" dalam hidupku......terimakasih kalian semua

Sunday, May 15, 2011
Lakukan sahaja...
Assalam all...
Ada tika dan saatnya...
Aku diburu oleh sibuknya hari...banyaknya tugasan...seolah olah segalanya hanya mampir begitu sahaja tanpa henti...
Hatta perut lapar pun hampir lupa utk ditangani...otak seolah olah menjerit minta dibelai..tp bukan itu rasminya otak berfungsi..ia perlu terus diperah!
Tekanan! Itu biasa dan normal,harus ditangani sebaiknya...hela nafas panjang...sedalamnya buat seketika...kan ada beza,kan surut bebanan dan terus fikir dan memandang kehadapan.
Eh, tetiba teringat...langkah ku sudah 12tahun disaat Hari Guru ini disambut...simpulnya apa? Aku bahagia dgn apa yg kubuat...entah berapa ramai bekas pelajarku di luar sana...harapnya kalian sukses dgn apa yg kalian kerjakan...tanpa tahu kerna tiada berita dari kalian melainkan sebilangan kecil...aku harap kalian berjaya dan berbahagia...itulah kejayaan buat diriku...begitu jua buat semua guru2ku...tanpa kalian aku bukanlah sesiapa di mukabumi ini...aku hanya mengambil yg terbaik dari kalian semua wahai guru2ku...dan aku titipkan yg terbaik buat para pelajarku semua..tinggalkan yg buruk dariku,lalu kalian cedok yg baik...moga rantaian kebaikan dan keberkatan ini akan terus menjadi turun temurun, melata di atas mukabumi..yg akhirnya mengundang umpama jemputan mesra ke majlis-belas, kasih dan sayang Illahi buat kita semua...sesungguhnya begitulah bagaimana rahmat dan rahimNya turun buat umat manusia, melalui kebaikan yg menjalar di segenap pelosok...ameen!! Tanpanya, hanya kemurkaan Allah lah yg kita undang...nauuzubillah!

Saturday, May 14, 2011
Terpedaya...Melayu oh Melayu
Assalam all...
Aku tak tahu samada kalian akan setuju atau tidak...namun terpulanglah...ia sekadar pandangan peribadiku. Tulisan ini bukan utk meraih sokongan@persetujuan.
Kalau ada dua puak org Islam, puak A dan puak B,rasa rasanya lah...jika anda memusuhi keduanya sbb anda memang musuh keduanya...agak2 la...apa anda akan buat utk lagakan keduanya??
Senang bukan nak lagakan keduanya...keduanya ada bijak pandai masing2...bukan makin padu..makin berlaga...anda sbg musuh mereka...tersenyum girang.
Sedikitpun anda tidak gundah walau ada seruan utk berdamai antara kedua puak sbb strategi melagakan keduanya amat berkesan dan mudah....terbukti sejak zaman berzaman...duit,kuasa,perempuan!!! Kah kah kah
Walau atas nama perjuangan apa sekalipun,kedua puak terkeliru sentiasa...jika tidak terkeliru diperingkat pimpinannya...pasti keliru diperingkat akar umbi.....walau perbincangan dan seruan diadakan...keduanya tetap bertelagah...ya mungkin juga keduanya kelihatan bertelagah,namun diam diam mereka punyai pakatan! Adakah benar sedemikian??
Renungkan.....jika anda memusuhi dlm diam kedua puak...anda kan tersenyum puas, biarkan drama itu terus berlaku...ia akan memenuhi apa jua skrip yg anda mahukan. Apa yg perlu anda lakukan ialah mengorak langkah memperkukuh barisan anda,mengaut keuntungan dgn sepenuhnya....berbaik dgn carta berpura dgn kedua dua puak...kaut keuntungan dari keduanya lalu kemudian tepuk tangan gembira!!!!
Melayu oh Melayu.....mudahnya terpedaya.
Maaf,ini bukan hasutan....sekadar membayangkan keadaan dan suasana yg berlaku dalam perspektif yg berbeza dan sudut yg berlainan agar kesedaran kan timbul,pola pemikiran kan berubah....lalu pepaduan dan kesepakatan bangsa atas nama perjuangan Islam kan tercapai....

Sukarnya utk faham
Assalam all...
Beberapa rakan FB mengecam dan menyalahkan beberapa pihak dek kerana pekan di kg halaman@mahupun kawasan kampung yg dikatakan tidak berubah langsung sejak berpuluh tahun,alasannya,tiada pembangunan...
Pada waktu sama,membandingkan dgn kawasan lain yg lebih maju...
Sukar utk membuatkan mereka semua faham secara menyeluruh...melihat dari perspektif keseluruhan, melihat dgn gaya dan akal 'constructive criticisms',bukan dgn gaya tuding jari sana sini...
Secara peribadi,sy suka jika kg sy kekal spt sekarang,tidak terusik dgn melampau oleh kemajuan sambil mengekalkan ciri ciri kekampungan disebalik kemajuan dimerata tempat. Sekurang kurangnya nilai dan ciri kekampungan itu kekal terpelihara,damai dan mengenakkan..
Jika anggapan bahawa pekan di daerah itu sama spt dulu tiada perubahan...masalahnya mereka ini mahukan perubahan apa? Deretan kedai disitu diusahakan oleh bangsa lain...org Melayu setakat menjadi pengguna/pelanggan yg hebat dan masyhur...jika mahu perubahan,usahakanlah diri utk berniaga,membuka apa apa perniagaan disitu dan memajukan pekan itu secara ekonomi....jgn diharap tongkat yg dihulur oleh kerajaan...lalu bila tiada tongkat itu...membebel buta menyalahkan kerajaan dan wakil rakyat disitu...bukanlah niat atau tujuan saya membela kerajaan mahupun wakil rakyat disitu...akan tetapi hanya ingin menjelaskan betapa buruknya sikap dan perangai bangsa yg masih ditakuk lama walau sudah berpendidikan tinggi....
Jgn pandai mengomel hanya sekadar telah berada diperantauan selama puluhan tahun....merentasi sempadan negara mahupun benua...lalu kembali dan membebel itu ini tidak betul ditempat sendiri,lalu turut menghasut org lain lantas mengganggu gugat keharmonian kehidupan dan perpaduan org lain tanpa pernah sedikitpun mencurah secara serius sumbangan tenaga,mahupun masa @ apa sahaja utk pembangunan atau perubahan di kampung....jgn hanya menuding jari salah org itu dan ini...sifulan tidak buat kerja itu dan ini...
Jika benar anda ikhlas...ayuh beri sumbangan tenaga,binalah keyakinan org kampung atau muda mudi...berilah panduan dan dorongan,bantu selesaikan masalah yg melanda di kampung,bantu muda mudi utk punya keyakinan dan jatidiri yg utuh serta mempunyai sikap,fikiran dan matlamat hidup yg betul di kampung kita....demi kemajuan kampung dan daerah kita....
Nukilan ini tertinta dek kerana aku jelak dengan sikap dan perangai@cara berfikir sesetengah dari kita begitu sempit,nampak bijak tapi jumud,kelihatan pandai dan matang tapi dangkal fikiran...maaf aku tidak pernah membenci sebarang susuk mana sekalipun... Aku hanya jelak dengan pandangan,cara berfikir yg diselaputi kesumat dan kebodohan...aku tidak membenci orangnya...hanya membenci mazhabnya yg dangkal....

Friday, May 6, 2011
antara itu dan ini......yg mana kita pilih!!
Assalam all....
Biasa kita dengar.....
....syurga dan neraka
....hidup dan mati
....susah dan senang
....tua dan muda
....sihat dan sakit
....kaya dan miskin
....yg lawa dan hodoh
....yg cantik dan buruk
dan bermacam lagi kan!
semuanya adalah pilihan...antara satu...antara yg itu atau yg ini....tidak boleh dapat kesemuanya kerana ia fitrah kehidupan manusia...tidak boleh pilih keduanya kerana ia adalah jua fitrah kehidupan
proses membuat pilihan itulah yg menjadi masalah, masalah yg memberi kesan langsung kepada seluruh kehidupan, kehidupan sendiri atau orang lain, hubungan kita sesama insan...yg akhirnya menuju kpd permasalahan yg mutlak iaitu hubungan hamba dangan Sang Pencipta...
proses membuat pemilihan ditentukan oleh SISTEM NILAI/PRINSIP/PEGANGAN/FALSAFAH pemikiran atau apa sahaja yg berkaitan dengannya, terbentuk oleh cara mana kita dididik/dibesarkan/diajar...inilah yg dikatakan sebagai memberi warna dalam lukisan kehidupan.....ia perlukan keseimbangan yang natijahnya ialah keseimbangan dalam membuat proses pemilihan dalam kehidupan.
jika terlalu duniawi, maka keputusannya akan duniawi sifatnya, kesannya juga duniawi malah imbalan dan corak kehidupan yg terkehadapan juga duniawi....begitu juga sebaliknya. Lalu ia umpama magnet yg menarik segala galanya yg sesuai dengan nilai/proses pemilihan/ natijahnya.
keduanya kan sentiasa bertembung...antara corak duniawi dan ukhrawi....yg saling cuba memenangi antara satu sama lain....akan tetapi telah tetap dalam wahyuNYA bahawa yg putih akan menerangi yg gelap, kebenaran akan meliputi kebatilan walau diperingkat awalnya seolah olah sisi yg gelap dan batil itu memenangi suatu 'peperangan' itu.
sistem nilai paling bagus ialah yang mengimbangi keduanya.....duniawi dan ukhrawi atas dasar bahawa dunia itu hanya 'tools' atau alat atau 'mazra'ah' tempat bercucuk tanam buat mencari bekalan yg abadi di akhirat......
aku insaf kerana setiap kali...aku terpaku dek pilihan yang meletakkan diriku dalam dilema....walau pada dasarnya aku tahu pilihan apa yg perlu dilakukan...inilah yg aku selalu silap!!!

Thursday, May 5, 2011
Assalam all....
Al Fatihah kpd saudara Osama Bin Laden....
Hanya ada 3 sebab....mengapa?
1. Dia seorang Islam
2. Kerana dia seorg Islam, maka dia adalah saudaraku!
3. Kerana dia saudaraku, justeru aku hadiahkan alfatihah ini untuknya...moga keredhaan Allah bersamamu...
Bukan sebab ini atau sebab sebab lain yg tak tertinta di blog ini...
1. bukan sebab aku sokong dia..sokong atau tak sokong itu soal lain
2. bukan sebab dia 'dikatakan pengganas' oleh org lain...definisi itu tak terpakai dlm kamus hidupku
3. bukan sebab aku setuju atau tidak dengan perjuangan dia kerana soal setuju atau tidak bukan kompas justifikasiku
4. bukan sebab sebab lain yg mampu di'ada ada kan' oleh orang lain untuk menjustifikasikan kenyataanku
Kalau bab bab perjuangan ni.....aku tabik kat dia!! Aku sendiri tidak mampu utk berperanan sedemikian rupa seperti dia.
Kalau bab perjuangan ini....jika dia benar! Sesungguhnya, sudah tertinta dalam catatan sejarah....setiap perjuangan yg didokong oleh kebenaran kerana Allah, maka secara peribadi aku rasa akan ada beribu lagi Osama yg akan menggantikan tempatnya, mungkin tidak serupa namanya, rupanya tetapi landasan perjuangan tetap sama...jika dia salah pula.....hanya Allah yg tahu...aku sendiri tidak tahu secara MUTLAK tetapi aku punya penilaian sendiri.

Sunday, May 1, 2011
Ya Rabb......aku cuai!!
Assalam all....
Tika dua tangan diangkat lalu takbir dialun.....saat itu fikiran sepatutnya hanya utk Yg Esa....namun hakikat manusia, sekonyong konyong takbir diucap....doa iftitah dibaca...fikiran terus menerawang entah ke mana...
Aduhai.....yang selalu ditemui dalam perjalanan doa dan solat setiap hari dan waktu adalah kesamaran dan was was fikiran yg menerawang jauh daripada siPemilik alam, jiwa dan roh ini. Walhal, tika itu, solat dan doa adalah untuk Nya......niat yg terungkap hanya keranamu ALLAH Taala....
Ungkapan memohon dan mengungkap...hati dan fikiran tidak fokus, terawang dibawa arah duniawi ...yg terucap semata mata skrip dan hafalan, yg teringat dibaca, menjadi suatu kelaziman sahaja, bukan datang dari sudut hati, memohon kpd yg Esa.
.....lalu buat seketika kemudian, hati mula mengumam.....Allah tidak mendengar doa ku.....Allah tidak memakbulkan doa ku...walhal tika doa dipanjatkan, zikir diucap....hati dan fikiran dimana???..... kekusyukan tiada, fokus tiada....lalu bagaimana?
Ya Rabb..aku insan dan aku 'nasia'...lupa dan lalai.....masyaallah!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)