Emosi paling penting dan utama dalam dunia ini ialah kasih sayang. Sebab itulah Allah mengajar permulaan segala perbuatan dengan basmalah, ini lah yang sangat dianjurkan oleh kekasihNya, Nabi Muhammad saw. Mengapa BASMALAH? Cuba fikirkan kandungan yang ada dalam perkataan BASMALAH. Itulah sebabnya.
Basmalah itu ialah ungkapan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Kata kata mulia yang menunjukkan refleksi kasih sayang Allah buat umat manusia....jika Allah memulai hubungan dengan hambanya dengan kalimah basmalah, mengapa tidak kita?
Landas basmalah ialah segalanya keranaNYA lalu apabila segalanya kerana Allah lantas ia disulami dengan rahman dan rahimNYA iaitu kasih sayang Allah buat umat manusia.
Apa maknanya? Ia bermakna bahawa 'set up' minda perlu dibuat bahawa segalanya KERANA ALLAH dan dengan keranaNYA lah kita berkasih sayang. Maksud berkasih sayang ini dalam konteks pembentukan pemikiran dan sikap diri ialah - kita semarakkan minda positif, membuang kotoran pemikiran negatif dan bersikap terbuka sentiasa.
Mana mungkin kasih sayang akan wujud jika kita sulami hubungan sesama insan dengan sikap negatif, rasa dan emosi negatif malah perlakuan negatif.
Hubungan akan gagal dan kasih sayang tidak akan bersemarak apabila 'set up' minda kita tidak bermula KERANA Allah dan menggunakan perisian KASIH SAYANG.
Dakwah Islamiah juga adalah menyebarkan kasih sayang. Kita disarankan SENYUM sebagai langkah mula. Memberi salam sebagai doa agar hubungan itu selamat dan diberkati. Sebab itulah kita disaran sebagai suatu ikutan atau Sunnah untuk sentiasa menyebarkan salam.
Soalan saya! Mengapa kita tidak berkasih sayang?....apakah dengan memaki, menyindir, mengata yangg buruk2, mengeluarkan kata kata negatif itu adalah berkasih sayang? Hatta walau orang@individu itu telah melakukan kesilapan sekalipun samada silap besar@kecil. Justeru berkasih sayang lah.
Sebenarnya, kita tiada hak untuk membenci sesiapa. Kita hanya berhak untuk tidak menyukai perbuatannya@perlakuannya, bukannya individu itu.
Di sini kita selalu silap, jika tiada keterbukaan sikap dan pemikiran positif, kita lebih cenderung membenci individu berbanding membenci perbuatannya sahaja! Tidakkah kita bersaudara iaitu saudara seagama??
Atas alasan apapun kita tidak boleh membenci seseorang. Nabi saw tidak pernah ajar sedemikian. Malah apabila Nabi saw berpaling dari melayan seorang wanita tua, dan lebih mementingkan orang lain, baginda telah ditegur oleh Allah swt. Ini membuktikan bahawa seadilnya kita perlu meraikan hubungan sesama manusia, tidak kira siapa pun mereka, apa status mereka mahupun pangkat mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment