Tuesday, May 28, 2013

Ada hadnya bersoal!

Assalamualaikum wrt wbt.

Rakan rakan pembaca sekalian. Kita dihadapkan dengan persoalan yang banyak dalam kehidupan. Insan atau manusia dilahirkan penuh dengan RASA INGIN TAHU. Inilah hikmah akal! Hinggakan diberi titik noktah tentang apa yang perlu dipersoal@dikritik@ditanya@difikir@dianalisa....




Bagaimana itu? Titik titik noktah ini diberi untuk menghadkan persoalan yang boleh menjerumus kesesatan atau dholaalah! Akal manusia ini hebat akan tetapi terhad! Satu saat yang akan datang itu sahaja pun tidak mampu aqal untuk mengetahui apa yang akan berlaku! Kita tidak tahu bila mahu sedawa! Kita tidak tahu bila mahu kentut! Ia perilaku yang tidak berjadual! Begitu juga aqal diberikan had tentang persoalan ROH!

"dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu dari urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja”. (Surah al-Isra: 85)"....tulisan ini bukan pasal roh akan tetapi tulisan ini mengajak kalian berfikir bahawa kita punya had dalam berfikir, bersoal jawab, beranalisa, kritik dan mengkritik!

Sebab utama ialah, apabila kita menganalisa sesuatu, kita perlu maklumat yang cukup dalam pelbagai segi. Jika maklumat tidak cukup, maka analisa kita tidak tepat, menyimpang dan boleh membawa maksud yang sangat menyimpang atau berbeza! Ia boleh menambah perit salah faham!





Dalam konteks bersosial di laman sosial seperti Facebook, inilah yang selalu berlaku! Maklumat tidak cukup, asal usul cerita tidak diketahui, konteks dan kaitan sesuatu maklumat tidak difahami, lalu kita memberi komentar komentar yang menyesatkan dalam sesuatu perkara lalu ianya dikongsi merata merata melalui butang klik 'share'!

Kita turut membuat orang lain sesat bersama kita, lalu dosa menyesatkan atau menyimpangkan insan lain dalam soal kebenaran, hak, hakikat, isu dan apa jua sekalipun menjadi beranak pinak! Begitu juga dosa dan kesilapan yang terhasil di dalamnya. Ia menjadi beranak pinak! Tak tertanggung rasanya jika kita fikir fikirkan!

Rasa ingin tahu pada diri insan inilah yang menyebabkan diri seseorang mempersoalkan tentang roh lalu Allah turunkan ayat di atas sebagai larangan berlebih lebihan dalam mengetahuinya! Ilmu yang diberi buat kita hanya sedikit sekali! Begitu juga soal qada dan qadar, soal jodoh, soal kematian (bila kita mati) dan soal rezeki! Kita hanya diberi panduan untuk melakukan usaha dan perbuatan berdasarkan pimpinan pimpinan wahyu dan sunnah Nabi saw! Itulah yang kita perlu perbuat!



Begitu juga dalam soal berfikir ini.....kita punya had! MASA DEPAN adalah sesuatu yang kita tidak tahu, perkara ghaib adalah sesuatu yang kita tidak tahu! Justeru, jangan memandai mandai! Kelak merosakkan diri!

Apa kaitannya persoalan ini dengan tujuan tulisan ini! Had yang dimiliki dalam proses mengetahui sesuatu membataskan keupayaan diri! Jangan menghukum orang lain sebagai sombong, sebagai dengki, sebagai tidak amanah, sebagai tidak ikhlas, sebagai berlagak, sebagai iri hati, sebagai tidak bertaqwa dan berbagai lagi kerana itu diluar kemampuan aqal untuk mengetahuinya! Orang putih kata "dont judge the book by its cover'.....siapa kita untuk tahu rakan kita itu ikhlas atau tidak! Siapa kita untuk tahu seseorang itu khusyuk atau tidak? Siapa kita untuk tahu bahawa sifulan itu akan masuk syurga atau neraka? Siapa kita untuk tahu bahawa sifulan itu sesat atau tidak? Tidaklah saya melarang untuk tahu akan tetapi jangan begitu mudah menetapkan suatu ketetapan tentang orang lain melainkan perkara yang dilihat secara fizikal!

Mengapa? Saya katakan begini supaya kehidupan kita tenteram. Tidak berlaku perasaan yang tidak senang hati terhadap orang lain dalam hidup ini! Supaya kita sentiasa positif terhadap kehidupan! Sesungguhnya, ada hadnya dalam mempersoalkan sesuatu! Lebih baik habiskan daya usaha akal untuk berfikir tentang nasib diri, tentang kesilapan yang perlu diperbaiki, kelemahan yang perlu dibetulkan, kesilapan yang tidak perlu diulangi, kebaikan yang perlu diperbanyakkan, amal yang perlu dilipat gandakan, ilmu yang perlu ditambah berbanding berbicara dan mempersoal terlalu banyak tentang orang lain kerana ia hanya membawa kepada pemikiran pemikiran yang negatif dan melemahkan sikap dan menumbuhkan sikap cela terhadap orang lain!

No comments: