Mengapa sesat fikiran? Atau mengapa mudahnya fikiran kita sesat??
Sebenarnya perlu difahami apa makna sesat fikiran! Sesat fikiran bagi saya ialah kehilangan arah dalam berfikir! Lalu kehilangan ini menjadikan individu tidak dapat berfikir dengan waras dan matang! Ianya menyebabkan fikiran fikiran itu menjerumuskan insan dalam pilihan pilihan yang salah dan merosakkan dalam kehidupan!
Apa tanda tanda sesat fikiran?
Indikator sesat fikiran adalah pelbagai!
Seperti mana jatuhnya kota Konstantinople ke tangan Islam adalah suatu proses yang panjang. Akhirnya dizaman Sultan Muhamad el Fatih barulah Konstantinople berjaya dikalahkan! Usaha memenanginya dimulai dari zaman dan generasi sebelumnya lagi! Akan tetapi kejayaannya ialah dizaman Sultan Muhamad el Fatih, dan bukan ayahnya mahupun datuknya!
Contoh lain, pohon durian yang ada pada hari ini bukan ditanam oleh kita, ia ditanam oleh generasi sebelumnya, generasi datuk dan nenek moyang kita! Hari ini selepas bergenerasi maka pohon durian ini berbuah dan menghasilkan buah sepanjang musim, maka hari inilah kita berjaya menikmati akan sedap dan enaknya isi buah durian itu!
Hindarilah sesat fikiran....
- Berpandulah dengan wahyuNya dan Sunnah Nabi saw
- Perhatikan yang tersurat dan yang tersirat
- Nilai dengan neraca timbangan alQuran dan Sunnah namun fahami ia dengan dinamika PROSES......sesuatu bukan terus terjadi begitu sahaja, ia punya asal usulnya, susur galurnya, insan tidak boleh mengharapkan ia terjadi seumpama 'kun fayakun' kerana HAK 'kun fayakun' hanyalah MILIK ALLAH swt, kita disaran berusaha dan terus berusaha maka usaha itu adalah suatu proses yang panjang, soal terhasil atau tidak adalah Hak NYA.
Catatan ini dibuat dalam perjalanan bersama pelajar pelajar ku menuju ke NAHRIM (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan), iaitu siri lawatan sambil belajar pada tanggal 4 Rajab 1434H jam 9.05am
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment