Salam ukhuwwah...
Ku sambung bicara...bukanlah aku ini pintar berbicara tentang jodoh, sekadar berkongsi pengamatan dan pemerhatian yang diterjemah melalui pemahaman yang Nabi saw tunjukkan melalui cara hidupnya dan sunnahnya....
Jumaat, tanggal 1 Mac yang lalu, ku bicara kriteria pemilihan tentang paras rupa....apapun sekali lagi ingin ditegaskan, hakikat yang selalu kita cuba nafikan dek kerana menuruti hati lalu membelakangkan hadis Nabi saw...pilihlah kerana agamanya! Paras rupa wanita atau lelaki solehah tetap akan berseri dek kerana agamanya....pernahkah kalian temui samada seorang lelaki mahupun wanita yang apabila dipandang tidek jemu memandang, wajahnya berseri, 'sejuk mata memandang', diri merasa bahagia memandangnya dek kerana 'aura' amal dan kesolehannya....itulah sinar iman yang muncul di riak wajah seorang insan...lalu pernah kah kalian lihat kesuraman wajah seseorang, nur cahaya telah tercabut dari wajahnya...fikirkan sendiri mengapa!
Pencari Jodoh...carilah kerana agamanya bukan memilih berdasarkan harta. Kelak harta menjadi rebutan, kehidupan yang indah, tenteram dan bahagia kan porak poranda dek kerana perebutan harta, tamakkan harta walhal bak kata Ustaz Ismail Kamus yang pernah menerjah ke cuping telingaku "yang dikejar kan ditinggal, yang ditinggal kan dibawa"...maksudnya, manusia mengejar harta dan duit dalam kehidupan sehari tanpa menyedari bahawa saat dia mati, apa yang sebenarnya dibawa ialah amalnya...lalu bagaimana mungkin harta kan dibawa ke kubur....tidakkah kain kafan yang kasar dan putih itu sahaja yang akan menyelimuti tubuh seorang bangsawan, seorang elitist, seorang jutawan, seorang saudagar dan hartawan, seorang insan biasa biasa...semuanya sama...hanya kain kafan itulah yang menyelimuti tubuh, malah tidak mampu menahan libasan seksaNYA.....
Lalu katakan....bagaimana mungkin bahagia kan mendatangi jika harta yang dicari. Bagaimana mungkin mawaddah warahmah kan menyelimuti kehidupan suami isteri jika dalam soal pemilihan calon sekalipun kita membelakangkan sunnah Nabi saw...lalu pada masa yang sama kita ungkap kita sayangkan Nabi saw??? Ya benar, mungkin sebahagian dari kalian mengungkap..."Ah...Penulis ini boleh dan mudah sahaja mengungkap...urusan jodohnya telah selesai"....alhamdulillah, DIA telah mengurniakan yang terbaik buat diri ini, aku bersyukur atas apa jua kelebihan dan kekurangannya.....kerana aku terlebih punya segala kekurangan berbanding dengannya...takdirNya juga, siDia adalah ibu buat putra putriku semua...alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment