Assalamualaikum wrt.wbt.
Sekadar retrospek!
Ini sebahagian kisah hidup ku, kisah yang berlaku samada puluhan atau belasan tahun lalu! Mereka ini sebahagian yang mencorak AKU menjadi AKU pada hari ini! Ia kisah yang masih ku ingati, masih ku ratapi saat pemergian mereka, kisah yang suka duka, kisah yang mendewasakan.......sebahagian mereka telah pergi buat selamanya, sebahagian mereka masih ada lagi hingga hari ini! Mengenang ini, airmata ku menitis syahdu! Kutitipkan doa buat kalian agar DIA mengampuni kalian, merahmati dan meredhai kalian dan menempatkan kalian dikalangan orang orang yang soleh dan solehah! Jasa kalian amat besar dan tidak terbalas, moga DIA membalas dengan sebaik baik balasan! Ku nukilkan ini sebagai sebahagian memori yang terpahat indah dalam kenanganku dan hidupku! Kalian adalah sinar yang menerangi hidupku! Kalian 'superb' buat ku! Tiadalah aku menjadi seperti ini hari ini tanpa kalian dan dengan izinNya!
Barang diingat....kita mensyukuri kehadiran dan tarbiyyah mereka bukan hanya pada hari ini semata mata akan tetapi hari ini adalah hari istimewa kerana segala ingatan itu tiba tiba kembali bertaut di kotak fikiran.....kisah dan peristiwa lalu bertaut kembali, kenangan ini menjadikan kita INSAN.....sebahagian cebisan kenangan ini aku coretkan di sini sebagai appresiasi buat mereka! Tahun hadapan, akan ku nukilkan kisah lain (jika aku diberi upaya umur olehNYA....)....inilah sebahagian dari kisah itu! Sesungguhnya ia kenangan yang sangat indah dan tidak terperi nilainya!
Perlahan2 dia mendatangi aku dari belakang.....lalu 'sekben' ku ditarik dengan tiba tiba!..."aduuh, sakit Ustaz"......."Time rehat, orang lain pergi berehat, awak main drum (ye la, aku tak de duit nak beli makanan kt kantin so aku layan kepala la)...dah dah jangan main lagi, ini melalaikan".....ini 30 tahun yg lalu! Selamat Hari Guru Ustaz! Allah mengampuni dan merahmati mu!......
.......suatu hari "Alwi, mari sini, bukak kitab nih, baca dgn kuat!" aku pun membelek kitab arab itu dan membacanya..."Ok, terjemah apa yg awak baca!" (menggelupur aku terjemah kitab tebal tu....aku bukan nak jadik Ustaz???tapi ustaz mengharap aku sambung ke Mesir huhuhuhu......walhal kedatanganku untuk menziarahnya saat aku mengambil keputusan peperiksaan SPM ku! Selamat Hari Guru Ustaz! Ini kisah 24 tahun lalu!...
"What Alwi?..you registered Rampaian Sains instead of Prinsip Akaun??"..."erkk cikgu..sy tak leh ikut la Prinsip Akaun" (saat aku diam diam daftar peperiksaan SPM Rampaian Sains pada Tingkatan 5 walhal ketika Ting 4 aku mengambil subjek Prinsip Akaun...borang dah hantar ke JPN Perak, xleh ubah dah)...Selamat Hari Guru Cikgu! Ini berlaku 23 tahun lalu! dan banyak lagi kisah lain! Selamat Hari Guru Cikgu Hood! Arwah Ustaz Suhot, Cikgu Anita, Cikgu Romlah, Ustaz Zahidan Abdul Wahab, Ustaz Mat Amin, Ustaz Ramli, Cikgu Zaini, Cikgu Zainuri, Cikgu Anuar, Cikgu Mustafa Kamal, Cikgu Hasnan, Arwah Cikgu Samsuddin Jamil, Ustazah Solehah dan semua Cikgu, pensyarah pensyarahku di UIA, para pensyarahku di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, para mentor ku yang mencorak dan membentuk diriku ini hingga AKU ADALAH AKU PADA HARI INI......! Kalian semua MURABBI buat diriku, moga2 Allah ampuni, rahmati, berkati, redhai hidup kalian dunia akhirat!
No comments:
Post a Comment