Tuesday, January 29, 2013

Kalau tak memberi...

Salam ukhuwwah..

Dalam hidup ini...cuba renungkan sesekali....kalau kita tidak memberi untuk orang lain atau untuk makhluknya yang lain bagaimana DIA mungkin dia akan memberi kepada KITA? Walaupun hakikatnya ialah, DIA Maha Pemurah...DIA tetap akan memberi kepada kita...akan tetapi jika kita tidak sahut seruanNYA untuk menginfakkan harta@khidmat@pertolongan ke jalanNYA...bagaimana mungkin DIA memberi kepada kita?

Itu soalan saya buat kalian!

Terpulang apa yang kita hendak beri kepada dunia dan isinya, sesama kita. Sama ada nak beri sekecil kecil senyuman mahupun sebesar besar budi. Soal besar atau kecilnya sesuatu pemberian bukan ukuran kerana ia sangat subjektif. Ada yang kita rasa besar pemberian itu akan tetapi dihadapan Allah ia sangat kecil. Ada yang kecil pemberian akan tetapi dihadapan Allah ia sangat besar. Pemberian tidak diukur dengan berapa jumlah ringgit atau nilai sesuatu barang.


Prinsip mudah ialah:

  • pemberian itu mesti kerana Allah (niat kerana Allah)
  • mesti ikhlas 
  • mesti sesuatu yang paling kita sayang (bukan benda buruk atau benda yang kita tidak perlukan lalu kita berikan kepada orang lain atas dasar kita sudah tidak mahukan benda tersebut)....
  • mesti bukan dengan tujuan lain atau niat lain, tentunya jika ia dengan apa jua tujuan atau alasan sekalipun maka pemberian itu sudah menjadi tidak bernilai samada untuk tujuan pemasaran (marketing), tujuan menunjuk nunjuk atau tujuan PR (public relation)
  • ia dilakukan dengan sembunyi sembunyi...seolah olah gambaran yang diberi melalui hadis Nabi saw ialah, tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tidak tahu pemberian tersebut...
Pemberian juga sangat berkait rapat dengan sedekah...sedekah itu adalah suatu perbuatan yang mulia. Ia juga 'menarik' rezeki...bersedekahlah sentiasa agar kita murah rezeki. Bersedekahlah dikala kita susah, kerana saat itu ia lebih bermakna disisi Allah. Bersedekahlah juga saat kita senang kerana ia bukti bahawa kita insan yang bersyukur atas anugerah!

Ingatlah bahawa, apa yang kita ada, apa yang kita miliki pada hari ini BUKAN MILIK KITA SEBENARNYA....ia adalah anugerah dariNYA...justeru, jangan jadi insan yang 'perasan' bahawa apa yang ada itu milik diri sendiri. Ia adalah pemberian dariNYA. Ia suatu amanah dan pinjaman dariNYA. Jika kita RASA bahawa sesuatu itu adalah MILIK kita...ketahuilah saat itu bahawa kita telah berjalan ke jurang TAKBUR DAN BONGKAK disisiNYA....perkara yang sama berlaku kepada QARUN dizaman Nabi Musa a.s.  

Beza antara orang yang bertaqwa dengan kurang atau tidak bertaqwa ialah RASA MEMILIKI...tiada apa pun di dunia ini adalah MILIK kita, samada harta, pengetahuan, wang ringgit, malah isteri dan anak anak itu pun bukan milik kita. Buangkan RASA MEMILIKI itu kerana hakikatnya ialah KITA TIDAK MEMILIKI APA APAPUN.....

Jika kita selalu dan menyegerakan sedekah atau pemberian seikhlas dan semampu yang mungkin....tidakkah mungkin bahawa Allah juga akan menyegerakan anugerahNya buat kita?? Bersangka baiklah dengan Allah, redha lah dengan sedekah atau pemberian kita!~ ameen!

No comments: