Friday, February 1, 2013

Saat kebesaran!

Salam ukhuwwah...

Tiap kali pabila waktunya tiba....saat takbir diangkat, saat insan mahu ketemu Rabbnya...saat solat didirikan, maka kalimah Allahu Akbar meluncur keluar dari mulut insan insan beriman....namun, sedari atau tidak, cuba kalian berhenti dan amati seketika akan maknanya...Allah Maha Besar! Mengapa Allah Maha Besar?


Allah Maha Besar itu diungkap kerana pada saat itu sepatutnya hati dan jiwa serta aqal terfokus kepadaNYA kerana dia yang Maha Besar, perkara, benda atau makhluk lain hanya kecil sahaja...segalanya yang ada pada kita, yang ada disekeliling kita, yang kita simpan di akaun bank, yang kita miliki di rumah, di kampung, yang hidup bersama kita (isteri, anak anak, keluarga, saudara mara)...semuanya seolah olah kecil sahaja...tiada makna tiada ertinya segalanya kerana saat takbir diangkat......Allah lebih utama...segalanya menjadi kecil kerana DIA Maha Besar.

Apa maknanya solat kita jika, saat sekujur tubuh berdiri menghadapnya...hati berfikir soal dunia, soal kerja, soal perut, soal harta, soal kasut@selipar mahal yang kita tinggalkan di perkarangan masjid tadi sebelum masuk ke dewan solat...tentunya, jika sedemikian itu berlaku, kita telah memBESARkan dunia berbanding Allah yang Maha Besar!! Tidakkah begitu! Ayuh renungkan....


Itulah maknanya saat kebesaran tiba....iaitu kalimah Allahu Akbar...segalanya adalah kecil, dan perkara atau benda yang kecil itu, kita tinggalkan seketika lalu kita beri tumpuan kepada DIA yang Maha Besar, Maha Agung....cuba fikirkan, adakah patut, kita mahukan syurga milikNYA (yang bukan milik kita pun, kita hanya diJANJIkan olehNYA untuk masuk syurga dengan SYARAT SYARAT tertentu) namun kita permainkan kebesaranNYA! Adakah patut, kita mahukan redha dan rahmatNYA lalu kita kecilkan takbiratul ihram saat solat didirikan, saat kita ber'temu' denganNya.... fikiran melayang ke tempat dan perkara lain samada perkara yang akan kita lakukan atau yang telah berlalu...hati tidak terfokus kepada Allah!

Fikirkan sejenak, renungkan sejenak..agungkan DIA, besarkan kalimahNYA....kalian kan ketemu bahagia dan lazatnya IMAN!! Hebatnya komunikasi antara makhluk dengan Khaliq hinggakan anugerah solat ini diberi kepada insan hebat Rasulullah saw secara terus, apabila Nabi saw mengadap Rabbul Jalil. Tentunya peristiwa sedemikian bukan calang calang erti dan maknanya betapa solat ini dan proses memBESARkan Khaliq ini adalah sesuatu yang sungguh istimewa. lalu mengapa kita begitu cuai setiap kalinya! Ah begitu juga aku ini....sentiasa cuai dan curang dalam solat...fikiran mudah melayang, hati terkenang perkara duniawi berbanding merasa kecil dan hina dihadapanNya....

Aku berpesan dan mengingatkan diriku dan juga kalian agar hati kita tidak berbolak balik dan sentiasa tetap mengingatiNya samada didalam solat mahupun diluar solat! Ameen Ya Rabb.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: