Assalam semua...
Sejak dulu sampai sekarang, sejak kecil sampai tua dah ni...tak habis habis. Tiada kemuktamadan. Masih dibincang dan dibahas bukan dibincang untuk difahami hikmah dan 'ruh' nya...atas alasan mencari kebenaran, tetapi sebenarnya, HATI kita tidak betul.
1. Sambutan maulidul rasul - tiada nas! Betul saya setuju tiada nas. Cuma soalan saya ialah, salah ke berselawat ke atas nabi. Salah ke berselawat beramai ramai. Salah ke mengingati Nabi saw. Walau sebenarnya kita diseru sentiasa berselawat dan berzikir kepadanya sentiasa.
2. Sujud sejadah setiap hari Jumaat - tiada dalam nas ia mesti dilakukan setiap kali subuh Jumaat. Boleh sahaja ia dilakukan atau surah Sajadah itu dibaca pada waktu solat Mahgrib, Isyak atau pada waktu solat Jumaat....cuma praktisnya di Malaysia, ia sudah menjadi skima atau aturan atau kebiasaan, setiap kali subuh Jumaat ada sujud sejadah, boleh juga kalau nak baca surah atau ayat lain yang perlu dibuat sujud sejadah pada hari hari lain tidak termaktub kepada hari Jumaat. Tetapi ini dipertikai...kalau nak sujud sajadah buat sahaja, kalau tak nak tak perlu buat. Isu ini sama juga dengan bacaan Yassin setiap kali malam Jumaat...ia dilakukan secara kebiasaan, tak salah nak baca dan tak salah tak nak baca. Kalau baca lagi bagus dan dapat pahala. kalau tak baca dan tak buat tiadalah pahala dan amalan...sudahnya malam Jumaat yang sepatutnya dipenuhi dengan amalan amalan zikir dan membaca alQuran...dihabiskan melepak kedai mamak menonton perlawanan bolasepak (agak2 dapat pahala ke menonton bolasepak/atau dapat dosa? Fikirkan sendiri!)
Dan segala macam isu dan perbahasan remeh. Adakah sesat kalau membaca Yassin setiap malam Jumaat dengan niat kerana Allah (disamping tidak menafikan bahawa perlu baca alQuran setiap detik dan ketika terluang).....adakah sesat juga berselawat beramai ramai ke atas Nabi saw. Itulah sebahagian, malah ada bermacam lagi isu yg ditimbulkan oleh sesetengah golongan.
Inilah kita, membahas dengan sedikit ilmu....sedikit ilmu itu ialah untuk diamalkan bukan untuk dibahas dan mengelirukan orang lain, dengan alasan Bid'ah...secara peribadi, saya muak dengan perbahasan sedemikian. Lebih baik tenaga fikiran dan masa yg diguna buat berbahas samada di dalam Facebook atau wadah komunikasi yang lain diguna untuk membangun JIWA UMMAH, JIWA MUDA MUDI...patutnya gunakan masa dan tenaga fikiran itu untuk membantu menarik minat muda mudi ke surau dan masjid, mendidik anak anak sendiri, anak anak jiran tetangga dan masyarakat seluruhnya ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Bukan membicarakan sesuatu hal yang sifatnya furu' atas alasan untuk mencari kebenaran....benar kita perlu mencari kebenaran...akan tetapi lebih mencari kebenaran yang bersifat MENDIDIK UMMAH, berdakwah untuk ummah!
No comments:
Post a Comment