Sunday, September 18, 2011

ISA.....detention without trial!

Assalam semua....


Memang zalim jika ia terus dilaksanakan dan dikekalkan. Apabila ia dimansuhkan, maka amatlah bagus sekali sebab selama ini telah ramai mereka yang dizalimi kerana AKTA ISA ini. Syukur alhamdulillah. Ada pihak yang mengerti dan mengambil maklum tentang ini.


Apabila ia dimansuh, dikatakan ada 2 akta baru akan diperkenalkan, harapannya ia tidaklah terlebih zalim dari ISA yang tekah dimansuh. Jangan lah wawaran bahawa ISA dimansuh itu hanya berupa 'manis mulut' tapi 'buruk siku'. Akta yang lama dimansuh namun yang baru diperkenalkan...timbul kekhuatiran bahawa yang baru tidaklah terkurang zalimnya dari yang lama (apapun ini hanya sangkaan yg sifatnya amat buruk kerana ia buruk sangka) namun sedikit sebanyak perlu ada peringatan agar yang baru itu lebih progresif dan bermakna untuk kebebasan bersuara rakyat jelata. Manakala rakyat jelata pula, apabila diberi ruang bersuara dengan kebebasan yang sebenarnya, janganlah berupa 'diberi betis hendakkan peha' pula. Jagalah adab dan akhlak apabila berkomunikasi dan mengkritik. Benar, saya setuju bahawa yang salah tetap salah dan perlu diperbetulkan dan yang benar tetap benar dan perlu ditegakkan. Dalam proses menangani keduanya iaitu membetulkan yang salah dan menegakkan kebenaran perlu ada 'hikmah bil hal', perlu ada akhlak dan kaedah. Terkadang kita selalu lupa bahawa proses proses utk mencapai sesuatu itu berlangsung bukan dalam masa yang sebentar, ia berlaku lama, ia berlangsung beberapa ketika, dan dalam proses mencapai sesuatu objektif itu, perlu sabar.


Saya mengambil peristiwa Perjanjian Hudaibiah dalam sirah Nabi saw. Pada ketika itu Islam telah kuat, bila bila masa sahaja Islam boleh 'merempuh' melalui kaedah peperangan untuk masuk ke Mekah...akan tetapi pendekatan Rasulullah saw ialah dengan penuh hikmah dan sabar, penuh strategi...maka terjadilah Perjanjian Hudaibiah...kerana apa? Ia kerana Islam bukan berkembang dengan peperangan, ia berkembang dengan dakwah, kompisisi dakwah terkandung didalamnya ialah siasah, politik dan ekonomi serta sosial. Dakwah diutamakan dan bukan politik diutamakan. Dalam konteks yang lebih umum hari ini, kita perlu utamakan dakwah kerana ia SUNNAH Nabi saw. Jangan membelakangkan sunnah kelak kerana jika Islam berjaya pun menguasai takhta, ia tidak kekal, kerana proses proses pengukuhan jiwa setiap susuk yang ada dalam kerangka Islam sebagai daulah itu belum utuh. Adakah kita sudah utuh? Utuh apa, segi apa? Itu persoalannya?


Semua persoalan ini perlu kta jawab dan pada wkatu yang sama perjuangan tetap perlu dteruskan. Keduanya ada 'wasatiah' iaitu keseimbangan, jangan terlalu menumpukan yang satu dan meninggalkan yang lain, kerana hadirnya Islam itu ialah membentuk keseimbangan. Keseimbangan dari segenap segi kehidupan. Insyaallah.

No comments: