Monday, September 5, 2011

Menyorot kebenaran sejarah Melayu

Assalam....semua. salam eid al mubarak dan salam kemerdekaan....


Kita antara satu satunya negara yg merdeka dengan mencapainya melalui perundingan....mengapa? kerana bangsa Melayu suka perdamaian (kalian boleh tidak setuju dengan ini...tiada masalah bagi saya walaupun perkataan amok itu telah diserap dalam kamus bahasa Inggeris yg memaparkan sikap sebenar org Melayu namun itu hanyalah bagi saya suatu propaganda...atau proses pengkayaan kata dalam kamus kerana amok berlaku apabila org Melayu sudah tidak sabar lagi utk menahan sabar dan perasaan itu diterjemah dlm perlakuan yg menggila)


Tetiba kita digemparkan oleh isu Sejarah Melayu...a distortion in the history of the Malays and Tanah Melayu...to me there are some distortions indeed not only in the history of the Malays and this LAND but also other's history as well. Cumanya, apakah tindakan pembetulan yg telah diusahakan, menjerit sana sini dan mempolitikkan isu untuk meraih sokongan bukanlah sesuatu yg saya MINATI (walau sesiapapun yg menjerit sebegitu, sy memang tidak meminati tindakan sedemikian). Saya lebih mempersetujui tindakan dan langkah yang diambil untuk membetulkan fakta....jika ia fakta dan ia tidak menyebelahi kita, tidak bolehkah kita menjadi profesional dan menerimanya sebegitu tanpa ada rasa 'kehilangan' sokongan politik!! Manakala jika ia fakta sebenar, jangan disembunyikan....ataupun bagi saya sebaiknya sesuatu fakta itu biarlah ia sebegitu dan tidak perlu diinterpretasikan secara negatif...lebih melihat kepada positif.


Tidak dinafikan banyak fakta fakta dari cerita cerita yang saya dengari sejak saya kecil kecil dulu, lalu saya semak dengan orang lain, orang2 lama di tempat saya, cerita di Sg Manik zaman komunis dahulu....malah beberapa kajian dibuat melalui 'oral history' yg transkripnya boleh didapati di Arkib Negara Malaysia dan  sebahagian koleksi transkirip itu ada dan wujud di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam....
Cerita susahnya hidup di zaman komunis, tiada beras dan makanan, jika ada mereka rampas...pengakuan dari 2,3 orang yg lari dari Batu Pahat, hadir menetap di kampung saya, dia lari kerana dia adalah talibarut komunis, dan penduduk kampung mengejar dan mencarinya, justeru dia tiada pilihan lain kecuali mencari tempat tinggal baru....kebenaran hakikat dari mulutnya, hanya kerana sedikti beras, gula, garam dan ikan masin...dia menerima arahan oleh si komunis(al-maklum-siapa mereka?)....(maafkan saya, saya tiada berniat menghasut hanya bercerita kisah dahulu....agar kita tidak sewenangnya sembrono yang bukan bukan, namun saya masih mengharap kedamaian ini di negara ini terus berkekalan!!), saya sambung kembali cerita....dia telah diarah untu menghapuskan si fulan dan sifulan di kampungnya di Batu Pahat...dan dia telah meyembelih mereka sekeluarga...upahnya ialah beras, garam, gula, ikan masin....itulah nilai nyawa manusia yg tidak bersalah....siapa dia...? dia orang Melayu kita sendiri....Melayu menyembelih Melayu...orang lain bertepuk tangan dan ketawa. Kita yang rugi. 


Jadi, saya tidak pelik jika ada orang Melayu telah terpengaruh oleh komunis dan menjadi talibarut mereka, malah berjuang bagi pihak mereka sebab orang Melayu memang setia dan mudah diperguna...jadi janganlah kita wahai generasi baru untuk mudah diperkotak katikkan oleh sesiapa pun jua, atas dasar apa sekalipun. Biarlah kita mempunyai pendirian yang tetap. Terkadang kebenaran itu hanya kan tersingkap dengan usaha yang berterusan untuk mencarinya, bukan hanya sekadar fitnah yang ditabur, cerita yang dijaja. Hari ini si A benar, akan tetapi tidaklah si A akan sentiasa benar sampai bila bila, dan hari ini si B kelihatan salah, namun begitu jua, dia tidak akan kelihatan salah sampai bila bila...Jangan jadi cemerkap dan mudah terikut ikut, kerana mereka yg mudah terikut dengan sesiapa jua adalah kerana mereka tiada ilmu, justeru, oenuhkan ilmu didada barulah insyaallah, kita tidak mudah terikut ikut dan terbawa bawa perasaan, manakala pertimbangan dan analisa menjadi lebih berimbang dan strategis...insyaallah, aku mengharapkan Allah menurunkan kebaikan kepada umat Islam Melayu ini...ameeen

No comments: