Tuesday, September 6, 2011

Aku hanya biasa biasa sahaja....Hilmy Shamsur


 

Aku ini orang biasa-biasa saja
Bila soal bola & kereta
Aku memang banyak bicara
Malu mengaku tapi itu hakikatnya
Walaupun dahulu sekolah agama

Bila soal tauhid & aqidah jadi tajuknya
Aku tertahan dari mau bicara
Hanya tahu Sifat 20 jadi asasnya
Dahulu hafal Asmaul Husna
Tapi sekarang ada yang ingat-ingat lupa
Maka mulut pun ternganga bila ada yang bicara
Tentang Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma’ wa Sifat dan sebagainya
Tapi syukur masih ada yang sudi kongsi cerita

Aku ini orang biasa-biasa saja
Tapi gemar membuka mata
Memerhatikan kebiasaan manusia
Yang gemar berfalsafah dalam berbicara
Bila soal tauhid & aqidah jadi tajuknya
Mungkin ahli kalam tapi tak pulak usul periksa

ilmu mantiq permulaannya
ilmu tabiat pelarasannya
ilmu hisab pencernaanya
ilmu ketuhanan pengakhirannya

Aku ini orang biasa-biasa saja
Mulanya kagum tapi penat kemudiannya
Sudahlah ilmu kurang di dada
Bertambah kusut bercelaru minda
Simpatiku kepada sibuta huruf & kurang cerdas akalnya
Bimbang tergelincir kalau tiada siapa yang bertanya

Tiada sehebat Rasulullah bila berbicara
Bila soal tauhid & aqidah jadi tajuknya
Sangat mudah dimengerti sesiapa saja
Tak kira tua muda tempat dan masanya
Kerana Al-Quran dan Sunnahnya tunjang segala

Bukanlah sesusah mana
Cuma bersaksi hanya Allah tuhan dan pencipta
Tapi adakah sudah lengkap segalanya?
Sedangkan musyrikin pun bersaksikan yang sama
Maka mutlakkanlah ibadah dan tauhid hanya kepadaNya
Kerana kemuncak tauhid ialah pengabdian diri semata-mata
Pengabdian diri kepada Yang Esa
Aku ini orang biasa-biasa saja

No comments: