Assalam semua.....
Jika ditanya, "are we ready?"...we are far from ready! But we must continue to strive on!
Mengapa saya katakan demikian, sedangkan ingin berpersatuan pun masih bercakaran apatah lagi memimpin ummah? Sedang duduk dalam komuniti kejiranan pun masih bercakaran itu ini apatah lagi soal etika bermasyarakat secara keseluruhan. Segala teori dan ilmu dipelajari, bermacam macam konsep diperkenalkan dewasa ini, tapi kebejatan masih berlaku didalam masyarakat. Perkara perkara yang asas dan paling kecil pun kita umat Islam masih tidak mampu bersatu, seia dan sekata apatah lagi perkara perkara yang besar. Banyak lagi kisah dan contoh yang boleh diberikan. Lantas ummah bagaimana yang harus didirikan nanti?
Contoh yang paling mudah sahaja. Berbelanja di kedai Islam dan kedai bukan Islam, atau kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam, apatah lagi yang dimiliki oleh Melayu Islam dan Cina atau India....bolehkah kita bersatu hati tidak pergi berbelanja/ber'shopping' ke kedai yang diurus dan dipunyai oleh orang bukan Islam (Cina dan India)...kecuali dalam keadaan penuh terdesak dan terpaksa......sebab MEREKA PUN SANGAT JARANG NAK BERBUAT YG SAMA KEPADA PENIAGA PENIAGA KITA.....
Sebagaimana mereka tanpa kita sedari tidak juga berkunjung ke kedai yang dimiliki oleh orang Islam atau kedai Melayu Islam....pengalaman saya sendiri membuka kedai terbukti, juga pengalaman ayah dan beberapa orang saudara terdekat membuka kedai terbukti. Boleh sahaja jika kita berniat membantu saudara seagama dalam perniagaan, menegakkan ekonomi dan memgukuhkan ekonomi ummah dengan harapan bahawa tuan punya kedai atau empunya perniagaan itu apabila sudah maju dan menjadi kaya, dia boleh menyumbang kembali kepada ummah melalui zakat dan sedekah (jgn terlalu diharap yg ini hingga perlu melihat bukti mereka-empunya kedai/perniagaan menyumbang). Sebenarnya, jika diajuka persoalan sebegini, kita umat Islam, terlalu banyak kerenah, terlalu banyak persoalan walhal ianya mudah. Semacam sudah menjadi trend 'mengikut perangai Bani Israel yang mempertikai itu dan ini apabila diperintah oleh Allah swt melalui para nabi. Masyaallah, jangan jadi seperti mereka.
Para cendekiawan, para ilmuwan, para pakar strategi, pakar politik dan ekonomi Melayu Islam....hampir keseluruhan sikap mereka serupa. Bersikap sinis terhadap perniagaan yg dijalankan oleh bangsa sendiri. Sy juga akui ramai juga yang bersikap menyokong, ada yang menyokong penuh malah ada juga yang menyokong penuh SYARAT dan ada yang tidak ambil peduli semua itu. Mereka yang menyokong penuh syarat ini meletakkan standard tertentu dan piawaian tertentu untuk menyokong perniagaan Melayu Islam ini...apapun ia bagus sebab standard dan piawaian ini akan meningkatkan tahap profesionalisma, akan tetapi jangan terlalu 'rigid'...perlu sentiasa ada timbang rasa.
No comments:
Post a Comment