Wednesday, September 14, 2011

Label melabel....jangan berperangai hodoh!

Assalam semua....


Kita masih diberi anugerah syawal dan umur sehingga ke hari ini. Bersyukurlah!


Semenjak dua menjak ini, aku perhatikan (observational approach of societal patterns), melalui pengamatan media dan kelakuan masyarakat, kita mudahnya melabel dan membuat persepsi. Melabel ini termasuklah memuktamadkan dan membuat kesimpulan bahawa sifulan itu sedemikian dan sedemikian. Natijahnya gelaran yg buruk buruk. Tidakkah itu dilarang oleh Nabi saw utk menggelar sesiapapun dengan gelaran yg buruk, hatta sifulan itu adalah orang yg kita benci, kita musuhi (bahkan memusuhi org lain juga bukan ajaran Nabi saw), tidak kita sukai dan sebagainya. Hatta sifulan itu adalah orang yg memeras ugut orang lain, orang yg zalim, pencuri samada kaedah curiannya cara kuno mahupun cara moden, samada dia sesiapapun apatah lagi jika sifulan itu adalah orang kita (Islam) sendiri. 


Nabi saw mengajar dan memberi contoh melalui tindakan yang dibenarkan dalam syariat atau sunnahnya iaitu pertama; tidak menyukai perbuatannya yg buruk itu (bukan tidak menyukai individu-tetapi kita lebih cenderung utk tidak menyukai/membenci individu sehingga ke tahap keluarganya/anak beranaknya/cucu cicitnya kita benci dan kita musuhi), kedua; menegurnya dengan kata kata nasihat penuh hikmah atau tulisan tulisan yg mengandungi pengajaran penuh bermakna dan sebagainya, bukan teguran bersifat memalukan sifulan itu, mungkin sekali tiada berbekas, maka lakukanlah berkali kali, mungkin sifulan yang ditegur itu memberontak, maka ketika itu jangan kita turut 'naik minyak', sabarlah, teruskan usaha menegurnya dengan cara yg kreatif dengan mencari 'soft spot' sifulan tersebut, tentunya ini akan memakan masa, dan kesilapan kebanyakan dari kita ialah tidak sabar, dan mahu hasilan yg segera, ia tidak mudah, dan perlu istiqamah, hati yg keras perlu dilembutkan dengan cara berperingkat, itulah bijaksana namanya, ketiga; jika punya kuasa.autoriti, maka hendaklah menggunakan saluran undang undang dan hukum utk mengubah perkara perkara yg mungkar tersebut, namun menggunakan kuasa ini juga perlu dengan hikmah, bukan perlakuan biadap dan tiada bermoral, nilai kemanusian dan akhlak serta adab yang tinggi tetap perlu dijaga dan dilaksanakan.   


Persepsi adalah sifatnya tiada noktah timbangan kebenaran atau kesalahan. Ia tidak pasti dan tiada kepastian sampai bila bila. Ia tiada noktah kerana memberi persepsi begini dan begitu kpd mana mana susuk sekalipun bukan ajaran Islam. Nabi saw tidak pernah mengajar kita utk memberi kesimpulan 'conclusion' atau memaktubkan perangai kerana perangai dan sikap manusia itu sangat dinamik sifatnya. Ia boleh berubah esok dan hari ini, ia akan kembali pula ke takuk lama minggu hadapan. Apa yg perlu diutamakan ialah pendidikan jiwa dan hatinya, pembinaan akhlak...tidakkah Rasulullah saw itu diutus untuk 'makaarimal akhlak'..membina akhlak umatnya! Mengapa tidak kita menuruti sedemikian. Mengapa kita menjadi tidak sabar ingin mengubah manusia sekelip mata? Adakah kita lupa tentang prinsip pembinaan akhlak ini? Adakah sebenarnya kita menutup peluang 'kembali kepada fitrah' kepada seseorang itu? Siapa kita untuk menutup peluang sedemikian untuk (sebagai contoh) penzalim kemabli kepada fitrah dan bertaubat atas kezaliman yang diperbuatnya. Adakah kita punya hak untuk menutup peluang mereka? Sebenarnya kita tiada hak langsung!! Sedangkan memberi taufik dan hidayah...atau 'membuka pintu hati' pun kita tiada mampu kerana ia milikNYA, seperti mana conth pengajaran peristiwa Nabi saw berusaha untuk mengislamkan bapa saudaranya Abu Talib disaat saat sakratul maut? Itupun tiada Nabi saw mampu kerana hak (memberi hidayah/membuka pintu hati) itu milik Allah swt semata mata. Jadi siapakah kita pula dalam konteks dunia hari ini, dalam konteks hubungan sesama, hubungan sesama ahli keluarga, hubungan sesama jiran tetangga, hubungan sesama rakan sepejabat, dan hubungan antara kaum mahupun di atas pentas politik. Jagalah hubungan kita sesama dengan memahami hak dan batasan, begitu juga kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt. 


Jika hari ini sifulan itu tidak sedar, dia berlaku zalim, apakah hak kita itu menggelarnya? Tentunya perlakuan zalim itu sudah pasti. Namun berhak atau tidak kita menggelarnya penzalim? Berhak atau tidak kita membencinya...saya hanya bersetuju jika kita membenci perlakuannya dan bukan individu itu!


Jika kita suka memberi persepsi, suka melabel, memberi gelaran yang bukan bukan atas nama KEBENARAN sekalipun, walhal hakikat kebenran sebenarnya kita tidak tahu......cuba diam dan fikirkan sejenak adakah kita sebahagian dari 'khaira ummah' yang difirmankann oleh Allah swt itu? Apatah lagi gelaran dan label itu kita berikan kepada saudara seagama? Layakkah kita tergolong dalam umat Muhammad saw yang dikatakan sebagai 'khaira ummah' itu? Benar! Saya akui bahawa Allah memberi banyak gelaran untuk memberi pengajaran kepada kita semua, dan ini banyak dalam Al-Quran...akan tetapi hakikatnya, itu adalah hak Allah dan bukan hak kita sama sekali!


Jangan terikut ikut melabel sana sini kerana bagi saya ia perangai yang buruk dan hodoh...langsung tidak menggambarkan murninya akhlak seorang Islam!


Cuba fikirkan! Moga moga aku tidak sedemikian dan aku mengingatkan diriku sentiasa untuk tidak sedemikian...harapnya kalian juga sedemikian supaya kita tahu dimana batas hak kita. Ameen insyaallah! 

No comments: