Tuesday, October 12, 2010

aku ...engkau punya pemikiran yg berbeza..namun kita tetap bahagia!!!


Nukilan dari rakan di kejiranan dunia maya yg lain.....yg ku rasakan amat bermakna. Justeru..rileks la..jangan gaduh gaduh..bersikap matang la...jgn aku aku..tapi jadilah kita kita, baru perhubungan kan lebih bererti dan bermakna, barulah rahmat kan mendatangi persahabatan...
Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.
Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana iamencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
What you see is what you get
Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yang  cerdik dalam  member pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.
Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.
Ikhtilaf - perbezaan pendapat

Ponder over it.........

Read this statement....for better or worst..learn something from it...it is hard to emulate..but at least it reminds us not to be too excessive in life...

Umar al Khattab: “no one, no matter how important, should live in a way that would distinguish him from the rest of the people.” often wore “worn-out shoes and was usually clad in patched-up garments,” or would sleep “on the bare floor of the mosque.” early attempt at erasing “class distinctions which might inevitably lead to conflict.”

Monday, October 11, 2010

Perlu tahu sejarah pembangunan institusi baitulmal dalam Islam....


Salam semua.....


Maklumat ini penting untuk dikongsi bersama..ia penting juga. Lihat fatwa Umar al Khattab dihujung artikel ini..pemberian pencen kepada bukan Islam....


Bayt al-mal is an Arabic term that is translated as “House of Money” or “House of Wealth.” Historically, it was a financial institution responsible for the administration oftaxes in Islamic states, particularly in the early Islamic Caliphate. It served as a royal treasury for the caliphs and sultans, managing personal finances and government expenditures. Further, it administered distributions of zakah revenues for public works. Modern Islamic economists deem the institutional framework appropriate for contemporary Islamic societies.
History
Bayt al-mal was the department that dealt with the revenues and all other economical matters of the state. In the time of Muhammad there was no permanent Bait-ul-Mal or public treasury. Whatever revenues or other amounts were received were distributed immediately. There were no salaries to be paid, and there was no state expenditure. Hence the need for the treasury at public level was not felt. In the time of Abu Bakr as well there was not treasury. Abu Bakr earmarked a house where all money was kept on receipt. As all money was distributed immediately the treasury generally remained locked up. At the time of the death of Abu Bakr there was only one dirham in the public treasury.
Establishment of Bait-ul-Maal
In the time of Umar things changed. With the extension in conquests money came in larger quantities, Umar also allowed salaries to men fighting in the armyAbu Huraira who was the Governor of Bahrain sent a revenue of five hundred thousanddirhams. Umar summoned a meeting of his Consultative Assembly and sought the opinion of the Companions about the disposal of the money. Uthman ibn Affanadvised that the amount should be kept for future needs. Walid bin Hisham suggested that like the Byzantines separate departments of Treasury and Accounts should be set up.
After consulting the Companions Umar decided to establish the Central Treasury atMadinah. Abdullah bin Arqam was appointed as the Treasury Officer. He was assisted by Abdur Rahman bin Awf and Muiqib. A separate Accounts Department was also set up and it was required to maintain record of all that was spent. Later provincial treasuries were set up in the provinces. After meeting the local expenditure the provincial treasuries were required to remit the surplus amount to the central treasury at Madinah. According to Yaqubi the salaries and stipends charged to the central treasury amounted to over 30 million dirhams.


The coins were of Persian origin, and had an image of the last Persian emperor, Muslim added the sentence Bismillah to it.
A separate building was constructed for the royal treasury by the name bait ul maal, which in large cities was guarded by as many as 400 guards. In most of the historical accounts, it states that among the Rashidun caliphsUthman ibn Affan was first to struck the coins, some accounts however states that Umar was first to do so. When Persia was conquered three types of coins were current in the conquered territories, namely Baghli of 8 dang; Tabari of 4 dang; and Maghribi of 3 dangUmar( according to some accounts Uthman ) made an innovation and struck an Islamic dirham of 6 dang.
Welfare state
The concepts of welfare and pension were introduced in early Islamic law as forms of Zakat (charity), one of the Five Pillars of Islam, under the Rashidun Caliphate in the 7th century. This practiced continued well into the Abbasid era of the Caliphate. The taxes (including Zakat and Jizya) collected in the treasury of an Islamicgovernment were used to provide income for the needy, including the poorelderly,orphanswidows, and the disabled. According to the Islamic jurist Al-Ghazali(Algazel, 1058–1111), the government was also expected to stockpile food supplies in every region in case a disaster or famine occurred. The Caliphate can thus be considered the world’s first major welfare state.[1][2]
During the Rashidun Caliphate, various welfare programs were introduced by CaliphUmar. In his time, equality was extended to all citizens, even to the caliph himself, as Umar believed that “no one, no matter how important, should live in a way that would distinguish him from the rest of the people.” Umar himself lived “a simple life and detached himself from any of the worldly luxuries,” like how he often wore “worn-out shoes and was usually clad in patched-up garments,” or how he would sleep “on the bare floor of the mosque.” Limitations on wealth were also set for governors and officials, who would often be “dismissed if they showed any outward signs of pride or wealth which might distinguish them from the people.” This was an early attempt at erasing “class distinctions which might inevitably lead to conflict.” Umar also made sure that the public treasury was not wasted on “unnecessary luxuries” as he believed that “the money would be better spent if it went towards the welfare of the people rather than towards lifeless bricks.”[2]
Umar’s innovative welfare reforms during the Rashidun Caliphate included the introduction of social security. This included unemployment insurance, which did not appear in the Western world until the 19th century. In the Rashidun Caliphate, whenever citizens were injured or lost their ability to work, it became the state’s responsibility to make sure that their minimum needs were met, with the unemployed and their families receiving an allowance from the public treasury.[2] Retirementpensions were provided to elderly people,[1] who had retired and could “count on receiving a stipend from the public treasury.” Babies who were abandoned were also taken care of, with one hundred dirhams spent annually on each orphan’s development. Umar also introduced the concept of public trusteeship and public ownership when he implemented the Waqf, or charitable trust, system, which transferred “wealth from the individual or the few to a social collective ownership,” in order to provide “services to the community at large.” For example, Umar brought land from the Banu Harithah and converted it into a charitable trust, which meant that “profit and produce from the land went towards benefiting the poor, slaves, and travelers.”[2]
During the great famine of 18 AH (638 CE), Umar introduced further reforms, such as the introduction of food rationing using coupons, which were given to those in need and could be exchanged for wheat and flour. Another innovative concept that was introduced was that of a poverty threshold, with efforts made to ensure a minimum standard of living, making sure that no citizien across the empire would suffer from hunger. In order to determine the poverty line, Umar ordered anexperiment to test how many seers of flour would be required to feed a person for a month. He found that 25 seers of flour could feed 30 people, and so he concluded that 50 seers of flour would be sufficient to feed a person for a month. As a result, he ordered that the poor each receive a food ration of fifty seers of flour per month. In addition, the poor and disabled were guaranteed cash stipends. However, in order to avoid some citizens taking advantage of government services, “begging and laziness were not tolerated” and “those who received government benefits were expected to be contributing members in the community.”[2]
Further reforms later took place under the Umayyad Caliphate. Registered soldiers who were disabled in service received an invalidity pension, while similar provisions were made for the disabled and poor in general. Caliph Al-Walid I assigned payments and services to the needy, which included money for the poor, guides for the blind, and servants for the crippled, and pensions for all disabled people so that they would never need to beg. The caliphs Al-Walid II and Umar ibn Abdul-Azizsupplied money and clothes to the blind and crippled, as well as servants for the latter. This continued with the Abbasid caliph Al-Mahdi.[3] Tahir ibn Husayn, governor of the Khurasan province of the Abbasid Caliphate, states in a letter to his son that pensions from the treasury should be provided to the blind, to look after the poor and destitute in general, to make sure not to overlook victims of oppression who are unable to complain and are ignorant of how to claim their rights, and that pensions should be assigned to victims of calamities and the widows and orphans they leave behind. The “ideal city” described by the Islamic philosophersAl-Farabiand Avicenna, also assigns funds to the disabled.[4]
When communities were striken by famine, rulers would often support them though measures such as the remission of taxes, importation of food, and charitable payments, ensuring that everyone had enough to eat. However, private charity through the Waqf trust institution often played a greater role in the alleviation of famines than government measures did.[5] From the 9th century, funds from the treasury were also used towards the Waqf (charitable trusts) for the purpose of building and supporting public institutions, often Madrassah educational institutions and Bimaristan hospitals.[6]
Treatment of conquered peoples
Caliph Umar was the first Caliph to provide Allowance to non-Muslims, or Dhimmi, after they reached old age. The very first Non-Muslim to receive pension from the Rashidun Administration was a Jew from the following documented record:
Once Caliph Omar was in the streets of Madina when he saw a man begging. He went to him and asked him; “why are you begging? Are you not receiving maintenance (allowance) from Bait al-mal”. The man replied; “I am a Jew and I am doing this so that I can pay the Jizya”. Hearing this the Caliph Omar took him by his hand to the Bait al-mal and decreed “In the name of Allah you pay Jizya all your life and then you get betrayed when you reach old age.” He ordered to provide that man Pension and from that day it was so ordered for all Jews and Christians and others.
This is how non-Muslims were being given relief from Jizya, though Jizya was not abolished.
References
  1. a b Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political ThoughtEdinburgh University Press, pp. 308–9, ISBN 0748621946
  2. a b c d e Shadi Hamid (August 2003), “An Islamic Alternative? Equality, Redistributive Justice, and the Welfare State in the Caliphate of Umar”,Renaissance: Monthly Islamic Journal 13 (8)  (see online)
  3. ^ Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political ThoughtEdinburgh University Press, p. 307, ISBN 0748621946
  4. ^ Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political ThoughtEdinburgh University Press, p. 308, ISBN 0748621946
  5. ^ Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political ThoughtEdinburgh University Press, p. 309, ISBN 0748621946
  6. ^ Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political ThoughtEdinburgh University Press, pp. 309–10 & 312, ISBN 0748621946
See also

Saturday, September 4, 2010

aku pasrah dihadapan mu Ya Rabb dalam Tarbiah Ramadhan ini....

Mendengar dan melihat kehingaran manusia dan suara memuja muji Illahi adalah saat saat yang indah dan mengagumkan serta mengusik jiwa nurani...dipagi dinihari itu saatnya sungguh mengujakan..lautan manusia tekun menapak dan mengorak langkah mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh pusingan atas pelbagai niat dan tujuan... ada yg umrah ada yg tawaf sunat ada yg tawaf widak...berbagai bangsa dan keturunan, lelaki dan perempuan, berbagai ragamn bahasa dan doa, cara dan persembahan, tua dan muda, yg capik mahupun yg segar bugar..semuanya menekuni seruan Illahi menjadi tetamuNya di tanah yg penuh berkah ini...

Kaabah kelihatan cukup gah ditengah tengah dataran itu..dataran yg menjadi saksi jutaan manusia malah sesiapa sahaja yg melewatinya...aura Kaabah juga sangat mengujakan dan memikat sesiapa sahaja. Ia mampu menggugah jiwa manusia....pertama kali menatapinya..air mata berjuraian, ada yg terus meratapinya, ada yg jatuh terjelepuk sebaik sahaja menatap Kaabah yg mulia ini..ada yg menangis berhamburan sebaik sahaja pandangan tertumpu kearah Kaabah....ada yg meratapi penuh emosi dan makna didinding dinding Kaabah...memanggil yg Esa kerana ini ialah rumah Allah yg suci...mengkhabarkan nasib dan derita, malah segalanya galanya..ada yg mengadu nasib, ada yg menyesali apa sahaja perbuatan lampau..ada yg cukup bahagia lalu meratapinya kerana merasa sungguh teruja kerana berpeluang menjadi tetamuNya. Ada yg terus memaut maut dinding Kaabah walau ketika masih berihram kerana kerterujaan yang amat mendalam, sebenarnya perbuatan sedemikian adalah dilarang kerana masih berihram..malah umrahnya tidak sah dan perlu diulangi lalu dikenakan dam akibat rasa keterujaan yg amat saat sehingga berpaut didinding Kaabah. Itulah aura Kaabah ug usianya sudah mencecah mungkin jutaan atau ribuan tahun. Ia mudah sahaja meruntun jiwa manusia yg mengunjunginya, membuatkan setiap susuk itu sangat rindu untuk mengunjunginya lagi buat sekian kalinya...tiada kunjungan yg lebih bermakna didalam hidup ini melainkan kunjungan ke Kaabah mu Ya Rabb...tiada percutian yg amat indah kecuali kunjungan menjadi tamuMU Ya Rabb...tiada galang gantinya nikmat dan kepuasan mengunjungi Kaabah dan tentunya tidak boleh disamakan sekali walau seindah melihat warna pelangi di Niagara Falls, mahupun keletah ikan lumba lumba di Teluk Tasmania, ataupun berkelah di Gold Coast atau melayari saat indah di kawasan pergunungan sekitar Auckland dgn pancuran geiser wap panas gunung berapi....

Kunjungan ke Kaabah dan menjadi tamuNya akan sentiasa membaw erti baru dalam kehidupan seseorang. Relakan diri untuk menerima apa sahaja pengajaran dan pelajaran di sepanjang tarbiah menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah dan Madinah...setiap saat dan ketika adalah pengajaran penuh bererti..ambillah ia denga positif dan redha....nikmatilah hakikat diri ditengah lautan manusia..justeru kan terpancar kesedaran mendalam terhadap diri dan betapa kerdilnya jiwa, kerdilnya rohani disisi Allah. Pandanglah dengan mata hati bukan dengan perasaan tertutup lalu mengomel tentang perkara remeh yg langsung tidak berkaitan...lantas ia hanya mengundang padah 'terlepas cakap' di Tanah Haram yg penuh berkat itu. Pengalaman manusiawi dan ukhrawi dalam perjalanan rohaniah di Mekah amatlah mengujakan buat susuk yg sanggup menerima dan redha dengan kehendak Illahi.Ia akan pasti diperoleh susuk mana sahaja yg mengunjungi rumah Allah ini....namun jika hanya sekadar memenuhi tuntutan ibadah semata tapi hati dan jiwa penuh mendongkol, keras bak umpama batu granit, tentunya pengalaman kerohanian dan kunjungan sebagai tetamu Allah tidak membawa makna dan erti apa apa..ia kelihatan seperti cuma tuntutan rutin tanpa ada rasa seronok dan nikmat, rasa bahagia dan rahmat, rasa rindu dan takut, rasa rugi dan sesal  kerana tidak bersegera ke masjid dan masih berkelumit di atas katil di hotel walau panggilan azan telah berlalu beberapa ketika....alangkah ruginya jika menjadi tetamu Allah tapi kita tidak mendapat secebis pengajaran dan nikmat serta kepuasan sekalipun...alangkah ruginya susuk yg hanya menambah dosa dengan mengeromet tentang apa sahaja perkara yg tidak kena sepanjang berada di Tanah Suci...

Itulah resam menjadi Tetamu Allah..ada yg hadir dan kembali penuh makna, mengubah diri dan jiwa, meluas pemahaman dan pandangan, ada yg biasa biasa sahaja tanpa ada apa apa..cuma letih kesana kemari, sengal tubuh dek kerana berulang alik berjalan jauh....ada yg seperti memperolehi hadiah yg sangat besar dariNya, tersenyum gembira, penuh kepuasan dan keazaman untuk kembali menjadi tetamu Allah di masa mendatang, malah ada yg sentiasa takut dan cemas mengingatkan kemampuan dan peluang utk kembali menjadi tetamu Allah di tanah suci ini, dan ada pula yang tidak terdaya mengungkap perjalanan kerohanian yang dilalui, segalanya penuh pengajaran dalam pelbagai bentuk.

Justeru, nikmatilah ia, hargailah ia, dlm keadaan sedar dan pasrah bahawa setiap satu adalah tarbiah Allah secara bertahap di sepanjang menjadi TamuNYA di Tanah Suci ini...kerana modul kerohanian yg dilalui oleh setiap susuk sangat berbeza. Rasailah sendiri dan berilah nilai dengan hati penuh insaf dan terbuka bahawa kita hanya insan yg kerdil disisi ALLAH swt.

Ayuh!!! Tanamkan azam dan tekad agar kita diberi peluang, diberi penghormatan menjadi TamuNYA di Tanah Suci Mekah dan Madinah yang penuh keberkatan dan kemuliaan... insyaallah amiin ya rabbal aalamiin

Monday, August 9, 2010

Sejenak kita toleh kembali kesilapan diri jika ada....

Setiap ketika, bila mana jari jemari ini menekan setiap patah huruf, mengungkap rasa, menagih simpati, mendesak mahupun mengecam atau mengutuk sesiapa sahaja dalam platform dunia baru seumpama 'facebook', di blog-blog mahupun memberi komen atas kupasan prang lain atau mengupas isu mengikut layanan perasaan sendiri. Setiap kali itulah jari jemari yg sama akan ditanya, disoal kemudian hari nanti jika ada cercaan, makian, kutukan tidak bertapis, ajakan mahupun kempen yg menjerumus kemaksiatan, kritikan mahupun cercaan berbalas terhadap orang lain, samada individu itu mengetahui atau tidak cercaan terhadapnya, kutukan kepada dirinya atau sikapnya. Fikirkan berapa banyak patah perkataan yg telah kita tulis. Belum tentu kita punya kesempatan dan ruang masa untuk menemui dan memohon kemaafan kepada sidia yang telah kita hamburkan kejian dan segalanya. Tidakkah kita sedar perkara sedemikian? Tidak kita mengerti bahawa pada waktu yang sama tulisan/nukilan kita dibaca dan ditambah perencahh dan perisa oleh orang lain, lalu fitnah, kabar berita, keburukan semakin luas tersebar...tidakkah dosa berangkaian ini amat besar utk seseorang memikulnya namun hari ini, kita masih bersikap 'selamba' seperti tiada apa yg berlaku dan merasa bersalah terhadap apa yg telah kita tuliskan tanpa kekangan nilai moral, nilai kemanusiaan dan nilai iman? Aduhai..inilah yang bakal menggugah keharmonian msyarakat..inilah fitnah akhir zaman..inilah yang diperkatakan firnah diakahir zaman lebih berleluasa tanpa mengenal sempadan. Masyaallah..marila muhasabah diri dan fikirkan walau siapa anda, marilah kita renungkan....SALAM RAMADHAN AL MUBARAK.

Tuesday, July 6, 2010

Para graduan.....

Salam kasih sayang kerana Allah....

Wahai gerangan para GRADUAN KEMATIAN.......! Inilah antara perkara besar yang pasti dalam hayat kehidupan buat kita semua. Kita semua kan bergelar graduan kematian kerana kita pasti MATI. Maut dan ajal itu akan menjengah kita dimana jua kita berada, hatta dalam bilik kebal mahupun saat kita sujud kepadaNYA. Berbahagialah mereka yang lulus cemerlang dan meranalah mereka yang selalu ponteng, tidak cukup kelayakan CGPA untuk mencium hatta bau syurgaNYA. Lihat kembali, toleh sedikit kebelakang...

........dikala kita punya kemampuan untuk mengikuti yg disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...adakah kita melakukannya?
.......dikala kita punya segala kuasa dan keupayaan untuk mengubah yg mungkar namun kita secara tidak sedar berdolak dalik atas nama apa sekalipun....atas alasan apa sekalipun..atas method dan objektif apa sekalipun.....adakah kita melakukannya??
.....dikala kita masih gagah berjalan dan bergerak ke sana sini, namun adakah ianya dilakukan demi kehidupan selepas kematian atau hanya kerana menuruti kehendak nafsu demi keseronokkan dan kemewahan dunia..adakah kita melakukannya?
......dikala kita masih mampu mengungkap dan bicara, penuh bijaksana dan ilmiah namun ia hanya mainan dibibir mulut, hanya kata kata kosng yang tidak pernah diterjemahkan dalam perbuatan...adakah kita melakukannya demi menuruti perintahNya.....atau ungkapan sekadar memenuhi dan menjaga kepentingan tembolok....
.......dikala kita punya masa dan waktu lalu kita menghabiskannya demi harta dan hiburan dunia, tidak langsung barang sedikit untuk apa yang akan diperkira, untuk apa yang akan ditanya diakhirat kelak?

Wahai Graduan KEMATIAN.....hargailah kehidupan dengan seadanya, bukan hidup demi kehidupan..mahupun hidup demi sesuatu yang sangat sementara......

Wahai Graduan KEMATIAN...hargailah kehidupan demi sesuatu yang kekal abadi....demi redhaNYA........demi kehidupan yang abadi.

Aku mengingatkan diriku dan mengharap ia juga membantu kalian semua.....kerana agama itu adalah nasihat....dan peringatan.

Tuesday, June 29, 2010

Think about it.....

Dear all....may Allah bless u.

Ponder it over and over.....then u may regret...hahahahahaha..i got it from someone..then I post it here...and you can cut it and paste it somewhere else......huhuhuhu....if I am given the same AP through the same process, surely I am now a young, exemplary entrepreneur in Malaysian automative industry...can be what???!!!!no need to go for entrepreneurship course w MARA, PUNB etc..huhuhu pity me, I am not.....  

AN AD IN UK SAYS...............


Toyota Estima Emina 2.4 Latest Edition.
5 Doors, Automatic, MPV, Petrol, 49,000 miles, Pearl White, 02 Reg year 2002, Air Conditioning, Anti-Lock Braking System, Central Locking, Compact Disc Player, 8 Seats, Electric Mirrors, Electric Windows, Adjustable Seat Height, Adjustable Steering Column, Air Bag, Alarm,

£8595
This car will sell for RM 160,000 in KL.
But £1 = RM 4.794
£ 8595 = RM 41,204.
So cheap ? Cannot be !

OK. The pound took a dip. Lets use the old old rate of £1= RM 7
Then £ 8595 = RM 60,165
So cheap ? Really ? Why are we Malaysians paying RM 160,000 ?

The costing is :
Vehicle CIF ── RM 60,000
Duty.Taxes/profit ── RM 60,000

The other RM 40,000 ? 
Goes to the notorious AP.

If I sell 1 AP per month, my income is higher than the monthly salary of a CEO of a listed company. More than 1.5 times the annual salary of a fresh graduate.

If I sell 2 APs per month, I am a millionaire by definition : million dollar income.

Now I know why the AP gets extended again and again, and again .......

Monday, June 28, 2010

Sentiasa menangkan pengguna.....

Salam sejahtera...salam muhibbah

Krisis gula yg berlaku dan sememangnya telah berlaku sejak sekian dulu secara bermusim benar benar menggugat semua pengguna. Begitu juga sebenarnya ia menggugat Kerajaan, seolah olah yg lebih berkuasa adalah 'towkey' gula. Justeru, penyelesaian yg kukuh dan mapan perlu diambil oleh kerajaan agar krisis gula ini tidak berlarutan. Aga pelik sebenarnya, sememangnya ada mainan tarik tali antara syarikat pengeluar gula dengan kerajaan dalam hal ini. Pengguna buat sekian kalinya terus menjadi mangsa. Tujuannya hanya satu, untuk menaikkan harga gula yg kononnya kos pengeluaran telah meningkat. Jika difikirkan lebih lanjut, kelakar sebenarnya. Mengapa?? Cuba fikirkan? Cuba bayangkan, ada seramai 27 juta penduduk di Malaysia, tu tak termasuk 2,3 juta PATI. Semuanya menggunakan gula samada dalam makanan dan minuman. Relatifnya hanya beberapa peratus dari 27 juta yang tidak mengambil gula termasuk mereka yg sakit kencing manis dan sebagainya dalam diet harian, itupun tidaklah menolak pengambilan gula seratus peratus, cuma mengambil dalam amaun yg kecil, namun hampir sebahagian besar dari kita mengambil gula dalam diet seharian. Manakala pengeluar gula pula hanya dimonopoli oleh sebahagian kecil syarikat, ada 2,3 syarikat. Syarikat syarikat inilah yg menjadi pengeluar gula. Rakyat jelata lah yg menjadi pembeli. Cuba fikir, jika syarikat anda adalah salah satu dari 2,3 pengeluar gula di Malaysia, agak agak anda, akan rugi ke syarikat anda?? Umpama jika syarikat anda ialah pengeluar tenaga elektrik, semua orang membeli dari anda, syarikat anda pula menentukan harga lalu mendapat pengiktirafan kerajaan (kononnya harga sebenar itu berdasarkan kos pengeluaran dan lojistik dsb, dalam kes ini bagi sepeket gula Ikg atau bagi tarif tenaga elektrik yang telah ditentukan)....agak agak anda akan rugi ke syarikat anda? Cuba fikirkan....

Justeru, kerajaan mesti tegas dan tidak tunduk kepada pengeluar gula...tarik sahaja lesen pengeluar gula jika mereka berdegil...milik negarakan syarikat gula tersebut. habis cerita. Alasan bahawa pembekal menyorok bekalan agak tidak berasas.....jika benar, buatlah serbua sentiasa di gudang gudang dan tempat simpanan.....gerakkan pihak penguatkuasa untuk membuat serbuan...rampas gula tu hari hari di tempat tempat berlainan....kemudian bekalkan gula yg dirampas kpd orang ramai..hasil jualan diguna buat menampung kos operasi....habis cerita.

Sentiasalah memberi kemenangan kepada rakyat jelata..bukan memangsakan rakyat jelata.Moga ada perubahan selepas ini.....

Sunday, June 27, 2010

Pendidikan ialah Tarbiah....

Salam kasih sayang....

Kita keliru dalam memahami bahawa pelajaran, ilmu dan pendidikan adalah suatu proses mendidik diri dan insan untuk menjadi insan kamil....ia bukanlah bermotifkan siapa yg pandai dan bijak. Justeru perlu diukur keberkesanannya dalam aspek yang lebih meluas. Tiada gunanya melahirkan golongan bijak pandai tetapi merosak masyarakat dek tiadanya akhlak yg dibawa bersama dalam proses pendidikan keilmuan tersebut. Bijak tetapi rosak moral, tiada akhlak terpuji sebenarnya langsung tidak memberi manfaat kpd diri dan masyarakat malah agama mahupun negara. Rugilah kita melahirkan bijak pandai tetapi meruntuh nilai moral masyarakat.

Oleh itu, demi memastikan bahawa proses keilmuan itu dilaksanakan dengan lebih bermakna demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia, wajib kita fahami bahawa tujuan pendidikan itu. Fahami motif dan objektif pendidikan. Fahami bahawa kecemerlangan pendidikan perlu seimbang segi aspek rohani dan jasmani, keperluan emosi dan rohani, bukannya menumpu kepada kejayaan bersifat duniawi semata mata.

Tercari cari....adakah kan ketemu

Salam ceria...salam kasih sayang.

Sebarkan kasih sayang, sebarkan cinta, kasih mengasihi sesama insan..bukanlah cinta si monyet kepada bunganya..bukan lah cinta yang merosak diri dan kehidupan akan tetapi cinta yg hakiki kpd RABB, Penguasa alam ini...kerna pabila kita mengasihi Rabb, maka cinta lain akan tururt hadir dan bermakna...akan tetapi jika kita membelakangi cinta kpd RABB maka cinta yg lain akan hanya lebih merosak diri dan kehidupan, memusnah hubungan dan meruntuh kasih sayang yang sebenarnya. Tiada yang lebih bermakna melainkan cinta hamba kpd TUANnya..kerana manusia itu sentiasalah ia menjadi hamba kepada Tuhannya, bukan hamba kepada kehidupannya, bukan hamba kepada keperluan hawa nafsu dan keperluan dirinya, bukan hamba kepada harta dan pangkat. Malah harta, pangkat, kedudukan, kemewahan adalah suatu cubaan dan dugaan buat dirinya, samada insan yang bernama manusia itu mampu mengguna amanah yg diberi itu untuk lebih dekat kepada Tuhannya, lebih menyendiri dan menyesali kegagalan dirinya untuk memperguna apa yg dimiliki demi mencari redhaNya....

Friday, June 11, 2010

Berkesankah dengan menyalak sana sini...???

Dari sudut hati ini...aku merasa sangat pedih dan luluh melihat kekejaman Israel kpd saudar saudara seagama kita di Palestin. Ditambah dengan beberapa insiden baru baru ini. Tentera Yahudi dengan sewenang wenangnya, dengan kejamnya telah melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan termasuklah membunuh sukarelawan sukarelawan yg cuba membantu menyalur bantuan kemanusiaan ubat ubatan dan makanan kepada penduduk di GAZA Palestin..malah mereka digelar pengganas oleh rejim Yahudi laknatullah. Ini bukan pertama kali, ini sudah sekian kali dan berkali kali. Bukan itu sahaja, kekejaman mereka telah tersohor di merata dunia sejak dahulu lagi. Kepedihan ini turut aku kongsikan di sini lantas membuat aku terduduk dan berfikir sejenak...berfikir dengan sedalam dalamnya.

Beberapa persoalan timbul selepas insiden berdarah di kapal Marmara serta insiden yg melibatkan kapal Rachel Corrie. Dimana OIC? dimana PBB? dan akhirnya di mana kita semua selama ini. Kita benci tindakan Yahudi, tapi kita sokong produknya secara tidak langsung mahupun langsung. Kita benci kekejaman yg dilakukan terhadap Israel namun kita masih melanggani produk produk mereka. Kita yg sebenarnya menyokong mereka secara langsung tapi secara tidak langsung kita telah tidak menyedarinya. Kita sokong mereka dengan membekalkan mereka kemampuan untuk melaksanakannnya. Kita dayus, kita mengungkap dibibir tetapi tidak melakukannya dengan perbuatan. Kita hanya menyalak semata mata...

Kita bakar bendera Israel sebagai simbolik kemarahan, kita pijak gambar dan poster pemimpin Yahudi serta melalak dengan takbir penuh iltizam, untuk menaikkan semangat perjuangan atau jihad menentang Israel dan Yahudi. Tapi kita lupa seketika bahawa perjuangan menentang Israel perlu dilakukan dengan kemas, tersusun, sistematik dan penuh strategi. Adakah kita bersedia untuk perjuangan yang sebegitu? Jika diperhati dan diteliti, kita sebenarnya tiada persiapan langsung. Kita hanya retorik semata mata. Perbuatan kita seharian tidak menggambarkan realiti jeritan, pekikan dan lolongan yang disahut dan disambut oleh rakan rakan seperjuangan yang lain diketika demonstrasi diadakan. Mengapa sedemikian??

Terlalu banyak faktor yang menjadi penyebab kegagalan kita untuk melaksanakan dan menyusun strategi berkesan melawan Yahudi dan Israel. Ini kerana kita telah tewas di MINDA kita. Pengaruh Yahudi telah menyelirat jauh dalam akal, perbuatan kita seharian. Sehingga kita langsung tidak perasan, tidak sedar keadaan dimana kita sokong dia secara TIDAK LANGSUNG dan kita menyuarakan kemarahan secara LANGSUNG.

Tidakkah kita sedar, perjuangan menentang Israel dan Yahudi dewasa ini bukan semata mata cukup dengan mengangkat senjata, juga bukan semata mata berada di meja rundingan. Cukuplah apa yang berlaku ke atas OIC yang masih terkapai kapai mencari penyatuan tindakan dan kesatuan pemikiran dikalangan negara anggota, cukuplah permainan 'badut' diperingkat PBB dan Majlis Keselamatan PBB. Cukuplah yang itu, jangan diharap orang lain akan membantu kita dan perjuangan kita. Kita sendiri perlu mengorak langkah untuk melaksanakan agenda perjuangan tersebut.

Sebenarnya, perjuangan menentang Israel, dalam konteks individu Islam boleh dilaksanakan secara peribadi melalui perubahan sikap dan minda kita, perubahan cara dan gaya hidup. Ada sebahagian kita yang tidak mampu untuk pergi sendiri ke Gaza, atau Palestin untuk turut sama mengangkat senjata. Namun, kita masih mampu untuk melaksanakan agenda perjuangan menentang Israel dengan cara lain, iaitu pemboikotan ekonomi.

Secara tidak sedar kita sokong Israel dengan membeli produknya, melalui apa apa yang ditawarkan syarikat syarikat Yahudi atau syarikat sekutu Yahudi, dari makanan, pakaian, kosmetik, hiburan dan bermacam macam lagi. Kita beli McDonald mahupun KFC dengan tujuan untuk meraikan dan 'belanja' anak anak kita sempena musim cuti sekolah, kononnya untuk sekali sekala, ataupun permintaan dari anak anak sendiri tapi itulah hasil keuntungan sekutu sekutu Yahudi di seluruh dunia. Tahukah apa yang berlaku? Kita budayakan kehidupan anak anak kita dengan makanan segera yang tentunya tidak sihat dari segi kesihatan, kita budayakan Coca Cola dalam kehidupan seharian anak anak kita, kita budayakan filem dan tayangan video saban minggu atau bulan atau hari kepada anak anak kita, kita merayakan produk kosmetik dan wangian jenama jenama antarabangsa milik syaraikat Yahudi, dan sebenarnya kita membina KESETIAAN generasi akan datang dengan produk produk sedemikian kepada anak anak kita. Maka akhirnya mereka menjadi PELANGGAN TETAP kepada syarikat syarikat milik Yahudi dan Israel hingga zaman berzaman.Begitu mudah agenda 'marketing' syarikat ini dengan membina suatu generasi yang TAAT dan PATUH kepada produk produk Yahudi. Lantas generasi akan datang akan lupa malah yang mereka kenali ialah Coca Cola, Pepsi, McDonald, KFC, Starbucks, dan berbagai barangan lagi yang meliputi seluruh kehidupan kita. Itu belum lagi dengan apa yang saya kenali sebagai 'ketagihan hiburan'.

Saya tidak bermaksud untuk menafikan segala apa yang sudah ada di depan mata. Ia sukar namun ia tetap boleh dilakukan. Bukan suatu perubahan mendadak namun cukup dengan mengelakkan semampu yang boleh dari melanggani produk produk milik syarikat Yahudi walau produk tersebut telah di 'HALAL' Jakim, terutamanya produk makanan. Itu belum lagi sistem kewangan yang berlandaskan RIBA, dimana kita sudah punya pilihan untuk memilih dan melaksanakan SISTEM KEWANGAN ISLAM.

Sebenarnya kita punya PILIHAN yang banyak. Kita yang memilih dan menentukan segala pilihan kita. Sudah sampai masanya kita menyemak dan meneliti, produk apa yg biasa kita beli dan langgani dimana syarikat tersebut dimilik dan ada kaitan dengan Yahudi dan Israel. Internet sudah ada didepan mata. Gunalah ia untuk membawa kebaikan kepada kehidupan kita sebagai seorang Islam. Bukan menggunakan internet untuk membudayakan budaya 'hedonisme' dalam kehidupan seharian. Teruskanlah perjuangan walau sebesar mana sumbangan kita ia tetap suatu perjuangan. Bukankah kita disaran melakukan apa yang termampu dalam perjuangan kita dan sumbangan kita kepada Islam pertolongan kita terhadap saudara seagama kita di Palestin dan Gaza, justeru lakukanlah apa yang termampu, ubahlah MINDA dan kehidupan kita. Lihatlah, nilailah, pandanglah kembali kebelakang tentang apa yg telah kita lakukan dalam kehidupan yang telah menjadi BUDAYA, jika ia selaras dengan Islam, maka teruskan, jika tidak ubahlah ia, Islamkan lah ia agar kita menjadi sebaik baik Mukmin. Insyaallah.

Jangan juga lupa bahawa mengajak seluruh keluarga bersembahyang jemaah samada di rumah dan masjid atau surau di setiap ketika dan hadirnya waktu solat merupakan suatu perjuangan jua kerana ia permulaan kepada PENYATUAN UMMAH.

Tuesday, June 8, 2010

Monolog seorang insan

Coretan ini hanya perkongsian pengalaman dan pemikiran....mungkin berguna buat anda dan mungkin tidak..mungkin ianya benar dan mungkin memang ia sesat....jika ia sesat, maafkan penulkis kerana cuba untuk mengheret pembaca ke daerah kesesatan, Ya Allah, ampuni dosaku...dan jika ia benar, alhamdulillah atas kurnia Illahi kerana telah memberi kepada penulis secebis ilmu dari gedung ilmu yang maha luas yang menjadi milikNYA.

Aku hanya insan kerdil..aku hanya hamba yang entah mengapa Allah beri peluang dan ruang masa yang tentunya amat singkat untuk ku wujud didunia ini, untukku menerokai isi dunia ini, untukku menjalani kehidupan ini...aku hanya boleh meneka dan cuba memahami mengapa aku wujud di atas muka bumi ini. Tekaan dan kefahaman itu hanya mampu aku cungkil dari kalimah kalimah wahyuNya yang maha suci. Ya benar, jawapan yang paling baik mampu ku temukan yang berkait rapat dengan kehidupan ku ini ialah firmanNya 'tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kpd ku...' Nah itulah sebab aku wujud di dunia ini...aku tidak punya jawapan lain. Lalu hati kecilku memberontak..mengapa sedemikian?? ahh...nafsuku telah membelenggu diriku sehingga aku cuba menafikan apa yang nyata dihadapan ku...wahai diri, tidakkah wahyu Allah itu benar?? tidakkah apa yang Allah ungkapkan itu benar? mengapa harus gundah, mengapa harus merasa keliru, mengapa harus ada perasaan untuk menafikan bahawa tujuan hidupmu di atas muka bumi ini ialah untuk beribadah kepada Sang Pencipta??
Tidakkah ruhmu juga telah bersumpah sebelum hadirnya jasadmu di atas dunia ini "alastu birabbikum...qaluu balaa syahidnaa.."tidakkah Aku ini tuhan kamu semua...maka para ruh pun menjawab.."Ya Benar dan Kami menyaksikannya..." Ahh...diri ini..mengapa aku tidak mengingati barang sedikit pun peristiwa penyaksian ini...ohh..aku telah bersumpah dan berbaiah dihadapan Allah azzawajalla...Oh aku telah mengikat janji dengan Penciptaku...mengapa aku tidak mengingati walau sedikitpun perjanjian itu....ohh diri...lalu aku mendapati peristiwa ini dalam Kitabmu yang agung...aku sebenarnya telah berjanji setia, lalu di sepanjang kehidupan ini...tanpa sedar, aku telah menjalani hidup ini dengan perjanjian sedemikian...aduh....aku telah jauh..aku telah banyak memungkiri janji ku..pengakuan bahawa Allah itu ialah tuhanku bermakna..aku berjanji dan berbaiah utnuk menuruti segala perintahNya...aduuhh...banyak sekali perintah dan laranganNya telah ku langgari..aku terlalu banyak berpoya poya, berpesta pesta...melupakan maksud dan tujuan aku hidup, menafikan tujuan sebenar aku hidup..lalu aku berbuat segala kerosakan di atas muka bumi...sedangkan amanahMu tidak ku tunaikan...

Diri lalu menjawab dan berkira kira...tidakkah kau telah melakukan mengikut daya mu..tidakkah kau telah kerjakan mengikut usahamu untuk menuruti segala yang telah diperintahNya....ya sememangnya diri yang disertai akal itu pandai sahaja untuk berkira kira dan melakukan aksi penafian dan pembelaan diri...'escapism' itu yang ku ketahui dari ilmu psikologi kemanusiaan...namun adakah benar sedemikian..cukupkah apa yang aku lakukan...mampukah apa yang aku lakukan selama ini menjadi benteng api neraka tika ku di alam akhirat nanti..ooohh...aku sendiri tidak pasti? aku tidak yakin yang ianya mencukupi...kerana aku sendiri tahu nilai ibadah dan apa sahaja yang aku kerjakan..ada yang aku kerjakan kerana untuk mengerjakan imbuhan dunia ini..ada yang kau kerjakan kerana aku hendak ia dipuji oleh rakan sepejabatku...ada yang aku kerjakan kerana aku mahu kelihatan hebat dan berjasa..ada yang aku kerjakan kerana ada maksud yang terselindung disebaliknya..ada yang aku kerjakan kerana aku ingin mendapat pangkat, kenaikan gaji, pujian dan harta yang melimpah limpah..justeru yang manakah yang aku kerjakan hanya semata mata keranaNya..dimana? ibadah yang mana satukah ia...? aku sendiri tidak pasti yang mana aku benar benar ikhlas kerana mu Ya Allah....ampuni aku..ampuni segala salah langkah ku..ampuni segala gerak hatiku yang salah...ampuni segala tanggapan ku yang salah..ampuni segala niatku yang salah....

Aku tidak punya jawapan lain, mungkin jawapan muncul dalam ilham dan butiran pemikiran ku, namun itu tidak pasti benar. Ya aku hanya mampu berpandukan kepada wahyuNya, sunnah Nabi Nya...tiada yg lain dari itu...hanya sekadar itu. Aku yang perlu menggali, aku yang perlu menyelongkar maksud yang tersurat dan tersirat. Benar, aku sering juga hilang fokus, hilang pertimbangan..lalu ku mencari jawapan dicelah celah kehidupan ini...cuba mencari jawapan yang pasti..namun tiada suatu apapun yang pasti, segalanya berkemungkinan. Mengapa sedemikian? Mengapa begitu? Aduhai KEHIDUPAN..sesungguhnya, benarlah ungkapan bahawa kepastian hanya menjadi milik mu Ya Allah.....