Salam kasih sayang....
Kita keliru dalam memahami bahawa pelajaran, ilmu dan pendidikan adalah suatu proses mendidik diri dan insan untuk menjadi insan kamil....ia bukanlah bermotifkan siapa yg pandai dan bijak. Justeru perlu diukur keberkesanannya dalam aspek yang lebih meluas. Tiada gunanya melahirkan golongan bijak pandai tetapi merosak masyarakat dek tiadanya akhlak yg dibawa bersama dalam proses pendidikan keilmuan tersebut. Bijak tetapi rosak moral, tiada akhlak terpuji sebenarnya langsung tidak memberi manfaat kpd diri dan masyarakat malah agama mahupun negara. Rugilah kita melahirkan bijak pandai tetapi meruntuh nilai moral masyarakat.
Oleh itu, demi memastikan bahawa proses keilmuan itu dilaksanakan dengan lebih bermakna demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia, wajib kita fahami bahawa tujuan pendidikan itu. Fahami motif dan objektif pendidikan. Fahami bahawa kecemerlangan pendidikan perlu seimbang segi aspek rohani dan jasmani, keperluan emosi dan rohani, bukannya menumpu kepada kejayaan bersifat duniawi semata mata.
No comments:
Post a Comment