Tuesday, June 8, 2010

Monolog seorang insan

Coretan ini hanya perkongsian pengalaman dan pemikiran....mungkin berguna buat anda dan mungkin tidak..mungkin ianya benar dan mungkin memang ia sesat....jika ia sesat, maafkan penulkis kerana cuba untuk mengheret pembaca ke daerah kesesatan, Ya Allah, ampuni dosaku...dan jika ia benar, alhamdulillah atas kurnia Illahi kerana telah memberi kepada penulis secebis ilmu dari gedung ilmu yang maha luas yang menjadi milikNYA.

Aku hanya insan kerdil..aku hanya hamba yang entah mengapa Allah beri peluang dan ruang masa yang tentunya amat singkat untuk ku wujud didunia ini, untukku menerokai isi dunia ini, untukku menjalani kehidupan ini...aku hanya boleh meneka dan cuba memahami mengapa aku wujud di atas muka bumi ini. Tekaan dan kefahaman itu hanya mampu aku cungkil dari kalimah kalimah wahyuNya yang maha suci. Ya benar, jawapan yang paling baik mampu ku temukan yang berkait rapat dengan kehidupan ku ini ialah firmanNya 'tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kpd ku...' Nah itulah sebab aku wujud di dunia ini...aku tidak punya jawapan lain. Lalu hati kecilku memberontak..mengapa sedemikian?? ahh...nafsuku telah membelenggu diriku sehingga aku cuba menafikan apa yang nyata dihadapan ku...wahai diri, tidakkah wahyu Allah itu benar?? tidakkah apa yang Allah ungkapkan itu benar? mengapa harus gundah, mengapa harus merasa keliru, mengapa harus ada perasaan untuk menafikan bahawa tujuan hidupmu di atas muka bumi ini ialah untuk beribadah kepada Sang Pencipta??
Tidakkah ruhmu juga telah bersumpah sebelum hadirnya jasadmu di atas dunia ini "alastu birabbikum...qaluu balaa syahidnaa.."tidakkah Aku ini tuhan kamu semua...maka para ruh pun menjawab.."Ya Benar dan Kami menyaksikannya..." Ahh...diri ini..mengapa aku tidak mengingati barang sedikit pun peristiwa penyaksian ini...ohh..aku telah bersumpah dan berbaiah dihadapan Allah azzawajalla...Oh aku telah mengikat janji dengan Penciptaku...mengapa aku tidak mengingati walau sedikitpun perjanjian itu....ohh diri...lalu aku mendapati peristiwa ini dalam Kitabmu yang agung...aku sebenarnya telah berjanji setia, lalu di sepanjang kehidupan ini...tanpa sedar, aku telah menjalani hidup ini dengan perjanjian sedemikian...aduh....aku telah jauh..aku telah banyak memungkiri janji ku..pengakuan bahawa Allah itu ialah tuhanku bermakna..aku berjanji dan berbaiah utnuk menuruti segala perintahNya...aduuhh...banyak sekali perintah dan laranganNya telah ku langgari..aku terlalu banyak berpoya poya, berpesta pesta...melupakan maksud dan tujuan aku hidup, menafikan tujuan sebenar aku hidup..lalu aku berbuat segala kerosakan di atas muka bumi...sedangkan amanahMu tidak ku tunaikan...

Diri lalu menjawab dan berkira kira...tidakkah kau telah melakukan mengikut daya mu..tidakkah kau telah kerjakan mengikut usahamu untuk menuruti segala yang telah diperintahNya....ya sememangnya diri yang disertai akal itu pandai sahaja untuk berkira kira dan melakukan aksi penafian dan pembelaan diri...'escapism' itu yang ku ketahui dari ilmu psikologi kemanusiaan...namun adakah benar sedemikian..cukupkah apa yang aku lakukan...mampukah apa yang aku lakukan selama ini menjadi benteng api neraka tika ku di alam akhirat nanti..ooohh...aku sendiri tidak pasti? aku tidak yakin yang ianya mencukupi...kerana aku sendiri tahu nilai ibadah dan apa sahaja yang aku kerjakan..ada yang aku kerjakan kerana untuk mengerjakan imbuhan dunia ini..ada yang kau kerjakan kerana aku hendak ia dipuji oleh rakan sepejabatku...ada yang aku kerjakan kerana aku mahu kelihatan hebat dan berjasa..ada yang aku kerjakan kerana ada maksud yang terselindung disebaliknya..ada yang aku kerjakan kerana aku ingin mendapat pangkat, kenaikan gaji, pujian dan harta yang melimpah limpah..justeru yang manakah yang aku kerjakan hanya semata mata keranaNya..dimana? ibadah yang mana satukah ia...? aku sendiri tidak pasti yang mana aku benar benar ikhlas kerana mu Ya Allah....ampuni aku..ampuni segala salah langkah ku..ampuni segala gerak hatiku yang salah...ampuni segala tanggapan ku yang salah..ampuni segala niatku yang salah....

Aku tidak punya jawapan lain, mungkin jawapan muncul dalam ilham dan butiran pemikiran ku, namun itu tidak pasti benar. Ya aku hanya mampu berpandukan kepada wahyuNya, sunnah Nabi Nya...tiada yg lain dari itu...hanya sekadar itu. Aku yang perlu menggali, aku yang perlu menyelongkar maksud yang tersurat dan tersirat. Benar, aku sering juga hilang fokus, hilang pertimbangan..lalu ku mencari jawapan dicelah celah kehidupan ini...cuba mencari jawapan yang pasti..namun tiada suatu apapun yang pasti, segalanya berkemungkinan. Mengapa sedemikian? Mengapa begitu? Aduhai KEHIDUPAN..sesungguhnya, benarlah ungkapan bahawa kepastian hanya menjadi milik mu Ya Allah.....

No comments: