Monday, August 9, 2010

Sejenak kita toleh kembali kesilapan diri jika ada....

Setiap ketika, bila mana jari jemari ini menekan setiap patah huruf, mengungkap rasa, menagih simpati, mendesak mahupun mengecam atau mengutuk sesiapa sahaja dalam platform dunia baru seumpama 'facebook', di blog-blog mahupun memberi komen atas kupasan prang lain atau mengupas isu mengikut layanan perasaan sendiri. Setiap kali itulah jari jemari yg sama akan ditanya, disoal kemudian hari nanti jika ada cercaan, makian, kutukan tidak bertapis, ajakan mahupun kempen yg menjerumus kemaksiatan, kritikan mahupun cercaan berbalas terhadap orang lain, samada individu itu mengetahui atau tidak cercaan terhadapnya, kutukan kepada dirinya atau sikapnya. Fikirkan berapa banyak patah perkataan yg telah kita tulis. Belum tentu kita punya kesempatan dan ruang masa untuk menemui dan memohon kemaafan kepada sidia yang telah kita hamburkan kejian dan segalanya. Tidakkah kita sedar perkara sedemikian? Tidak kita mengerti bahawa pada waktu yang sama tulisan/nukilan kita dibaca dan ditambah perencahh dan perisa oleh orang lain, lalu fitnah, kabar berita, keburukan semakin luas tersebar...tidakkah dosa berangkaian ini amat besar utk seseorang memikulnya namun hari ini, kita masih bersikap 'selamba' seperti tiada apa yg berlaku dan merasa bersalah terhadap apa yg telah kita tuliskan tanpa kekangan nilai moral, nilai kemanusiaan dan nilai iman? Aduhai..inilah yang bakal menggugah keharmonian msyarakat..inilah fitnah akhir zaman..inilah yang diperkatakan firnah diakahir zaman lebih berleluasa tanpa mengenal sempadan. Masyaallah..marila muhasabah diri dan fikirkan walau siapa anda, marilah kita renungkan....SALAM RAMADHAN AL MUBARAK.

No comments: