Friday, June 11, 2010

Berkesankah dengan menyalak sana sini...???

Dari sudut hati ini...aku merasa sangat pedih dan luluh melihat kekejaman Israel kpd saudar saudara seagama kita di Palestin. Ditambah dengan beberapa insiden baru baru ini. Tentera Yahudi dengan sewenang wenangnya, dengan kejamnya telah melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan termasuklah membunuh sukarelawan sukarelawan yg cuba membantu menyalur bantuan kemanusiaan ubat ubatan dan makanan kepada penduduk di GAZA Palestin..malah mereka digelar pengganas oleh rejim Yahudi laknatullah. Ini bukan pertama kali, ini sudah sekian kali dan berkali kali. Bukan itu sahaja, kekejaman mereka telah tersohor di merata dunia sejak dahulu lagi. Kepedihan ini turut aku kongsikan di sini lantas membuat aku terduduk dan berfikir sejenak...berfikir dengan sedalam dalamnya.

Beberapa persoalan timbul selepas insiden berdarah di kapal Marmara serta insiden yg melibatkan kapal Rachel Corrie. Dimana OIC? dimana PBB? dan akhirnya di mana kita semua selama ini. Kita benci tindakan Yahudi, tapi kita sokong produknya secara tidak langsung mahupun langsung. Kita benci kekejaman yg dilakukan terhadap Israel namun kita masih melanggani produk produk mereka. Kita yg sebenarnya menyokong mereka secara langsung tapi secara tidak langsung kita telah tidak menyedarinya. Kita sokong mereka dengan membekalkan mereka kemampuan untuk melaksanakannnya. Kita dayus, kita mengungkap dibibir tetapi tidak melakukannya dengan perbuatan. Kita hanya menyalak semata mata...

Kita bakar bendera Israel sebagai simbolik kemarahan, kita pijak gambar dan poster pemimpin Yahudi serta melalak dengan takbir penuh iltizam, untuk menaikkan semangat perjuangan atau jihad menentang Israel dan Yahudi. Tapi kita lupa seketika bahawa perjuangan menentang Israel perlu dilakukan dengan kemas, tersusun, sistematik dan penuh strategi. Adakah kita bersedia untuk perjuangan yang sebegitu? Jika diperhati dan diteliti, kita sebenarnya tiada persiapan langsung. Kita hanya retorik semata mata. Perbuatan kita seharian tidak menggambarkan realiti jeritan, pekikan dan lolongan yang disahut dan disambut oleh rakan rakan seperjuangan yang lain diketika demonstrasi diadakan. Mengapa sedemikian??

Terlalu banyak faktor yang menjadi penyebab kegagalan kita untuk melaksanakan dan menyusun strategi berkesan melawan Yahudi dan Israel. Ini kerana kita telah tewas di MINDA kita. Pengaruh Yahudi telah menyelirat jauh dalam akal, perbuatan kita seharian. Sehingga kita langsung tidak perasan, tidak sedar keadaan dimana kita sokong dia secara TIDAK LANGSUNG dan kita menyuarakan kemarahan secara LANGSUNG.

Tidakkah kita sedar, perjuangan menentang Israel dan Yahudi dewasa ini bukan semata mata cukup dengan mengangkat senjata, juga bukan semata mata berada di meja rundingan. Cukuplah apa yang berlaku ke atas OIC yang masih terkapai kapai mencari penyatuan tindakan dan kesatuan pemikiran dikalangan negara anggota, cukuplah permainan 'badut' diperingkat PBB dan Majlis Keselamatan PBB. Cukuplah yang itu, jangan diharap orang lain akan membantu kita dan perjuangan kita. Kita sendiri perlu mengorak langkah untuk melaksanakan agenda perjuangan tersebut.

Sebenarnya, perjuangan menentang Israel, dalam konteks individu Islam boleh dilaksanakan secara peribadi melalui perubahan sikap dan minda kita, perubahan cara dan gaya hidup. Ada sebahagian kita yang tidak mampu untuk pergi sendiri ke Gaza, atau Palestin untuk turut sama mengangkat senjata. Namun, kita masih mampu untuk melaksanakan agenda perjuangan menentang Israel dengan cara lain, iaitu pemboikotan ekonomi.

Secara tidak sedar kita sokong Israel dengan membeli produknya, melalui apa apa yang ditawarkan syarikat syarikat Yahudi atau syarikat sekutu Yahudi, dari makanan, pakaian, kosmetik, hiburan dan bermacam macam lagi. Kita beli McDonald mahupun KFC dengan tujuan untuk meraikan dan 'belanja' anak anak kita sempena musim cuti sekolah, kononnya untuk sekali sekala, ataupun permintaan dari anak anak sendiri tapi itulah hasil keuntungan sekutu sekutu Yahudi di seluruh dunia. Tahukah apa yang berlaku? Kita budayakan kehidupan anak anak kita dengan makanan segera yang tentunya tidak sihat dari segi kesihatan, kita budayakan Coca Cola dalam kehidupan seharian anak anak kita, kita budayakan filem dan tayangan video saban minggu atau bulan atau hari kepada anak anak kita, kita merayakan produk kosmetik dan wangian jenama jenama antarabangsa milik syaraikat Yahudi, dan sebenarnya kita membina KESETIAAN generasi akan datang dengan produk produk sedemikian kepada anak anak kita. Maka akhirnya mereka menjadi PELANGGAN TETAP kepada syarikat syarikat milik Yahudi dan Israel hingga zaman berzaman.Begitu mudah agenda 'marketing' syarikat ini dengan membina suatu generasi yang TAAT dan PATUH kepada produk produk Yahudi. Lantas generasi akan datang akan lupa malah yang mereka kenali ialah Coca Cola, Pepsi, McDonald, KFC, Starbucks, dan berbagai barangan lagi yang meliputi seluruh kehidupan kita. Itu belum lagi dengan apa yang saya kenali sebagai 'ketagihan hiburan'.

Saya tidak bermaksud untuk menafikan segala apa yang sudah ada di depan mata. Ia sukar namun ia tetap boleh dilakukan. Bukan suatu perubahan mendadak namun cukup dengan mengelakkan semampu yang boleh dari melanggani produk produk milik syarikat Yahudi walau produk tersebut telah di 'HALAL' Jakim, terutamanya produk makanan. Itu belum lagi sistem kewangan yang berlandaskan RIBA, dimana kita sudah punya pilihan untuk memilih dan melaksanakan SISTEM KEWANGAN ISLAM.

Sebenarnya kita punya PILIHAN yang banyak. Kita yang memilih dan menentukan segala pilihan kita. Sudah sampai masanya kita menyemak dan meneliti, produk apa yg biasa kita beli dan langgani dimana syarikat tersebut dimilik dan ada kaitan dengan Yahudi dan Israel. Internet sudah ada didepan mata. Gunalah ia untuk membawa kebaikan kepada kehidupan kita sebagai seorang Islam. Bukan menggunakan internet untuk membudayakan budaya 'hedonisme' dalam kehidupan seharian. Teruskanlah perjuangan walau sebesar mana sumbangan kita ia tetap suatu perjuangan. Bukankah kita disaran melakukan apa yang termampu dalam perjuangan kita dan sumbangan kita kepada Islam pertolongan kita terhadap saudara seagama kita di Palestin dan Gaza, justeru lakukanlah apa yang termampu, ubahlah MINDA dan kehidupan kita. Lihatlah, nilailah, pandanglah kembali kebelakang tentang apa yg telah kita lakukan dalam kehidupan yang telah menjadi BUDAYA, jika ia selaras dengan Islam, maka teruskan, jika tidak ubahlah ia, Islamkan lah ia agar kita menjadi sebaik baik Mukmin. Insyaallah.

Jangan juga lupa bahawa mengajak seluruh keluarga bersembahyang jemaah samada di rumah dan masjid atau surau di setiap ketika dan hadirnya waktu solat merupakan suatu perjuangan jua kerana ia permulaan kepada PENYATUAN UMMAH.

No comments: