Salam ukhuwwah...
Sering aku berbicara dengan para pelajar yang kukasihi setiap kali kuliah bermula....sebagai bingkisan pesan buat mereka sebelum kandungan subjek yang akan ku sampaikan bermula....aku akan cuba bantu mereka untuk 'reformat atau resetting minda mereka' dengan mengajukan satu soalan sebelum kuliah sebenar bermula iaitu "Siapa yang memilih mahu untung dan siapa yang memilih mahu rugi? sila angkat tangan! Pasti kesemua mereka (dalam kebiasaan yang aku temui akan memilih untung....tidak pernah setakat ini ada yang memilih rugi!)
Lalu ku katakan kepada mereka, rentetan dari soalan ku tadi dengan mengatakan "jika kalian mahu benar benar untung, untung yang berpanjangan....untung fizikal dan rohani, untung minda dan akal, untung dunia dan akhirat, untung masa dan tenaga, untung fikiran, untung tidak perlu tertekan atau stress, untung tidak perlu sia sia....maka kalian lakukan ini.....jangan habiskan tenaga dan fikiran dengan iri hati kepada orang lain....kalian rugi masa, tenaga serta fikiran jika sentiasa menghitung hitung kekurangan diri dan menghitung hitung serta dengki dan iri hati dengan keuntungan dan keberuntungan orang lain...yang akhirnya tidak ke mana pun...." aku menyambung lagi "lebih baik gunakan masa, tenaga dan fikiran itu untuk memperbaiki diri, menampung kelemahan diri dan mengguna kelebihan dan kekuatan sedia ada buat kebaikan sejagat.....itu lebih bermakna....itu akan menarik 'jiwa yang bahagia'....kalian akan dapati hidup yang lebih tenteram, hati yang lebih tenang...lalu ketenteraman dan ketenangan ini akan menatijahkan fokus dan suasana mesra terhadap pelajaran kalian....mesra rakan, mesra persahabatan, mesra rezeki, mesra pergaulan, mesra kehidupan....mesra kejayaan dan mesra pahala yang berlipat ganda" Ameen!
Aku katakan dengan penuh jaminan bahawa, "jika kalian melakukan ini, kalian akan berjaya dunia dan akhirat...kalian akan lebih sihat, kalian akan lebih bahagia, kalian akan lebih cantik akhlak, kalian lebih awet muda, kalian akan lebih cerdas dan kalian akan punya banyak pahala....malah kalian akan punya ramai rakan dan sahabat....bahkan kalian akan lebih berjaya dan murah rezeki"
Tidakkah kita tanpa sedar telah mengurangi pahala sendiri yang dilakukan sehari hari dengan merasa iri hati dengan orang lain...lalu dengan rasa iri hati itu terbit kata kata, cacian, kecaman dan bahasa yang kesat dan menyakitkan hati...malah jika kata kata yang sama dilemparkan kepada kalian sendiri, kalian akan terasa malah mungkin merasa amat marah!
Oleh itu, buangkan penyakit iri hati dari dalam diri, malah sebaliknya gantikan ia dengan membina empayar diri yang utuh, kental dan gemilang....binalah Khalifah Jiwa dalam diri...pasti hidup akan diberkati.
Ingatlah peristiwa bahawa Iblis dan syaitan itu menjadi kufur yang dilaknat adalah kerana merasa iri hati dan dengki dengan ADAM a.s. kerana merasakan diri lebih mulia, lebih baik dan lebih bagus dari ADAM a.s.
No comments:
Post a Comment