Monday, February 25, 2013

Siapa sangka....

Salam ukhuwwah!



Siapa sangka ia akan jadi sebegini dan sebegitu? Tiada siapa menyangka kerana persepsi yang terbina membolehkan sangkaan sangkaan bagaikan terhalang! Namun itulah sebaiknya....kerana menyangka apa apapun, sangka buruk atau syak wasangka adalah sangat dilarang sama sekali disisi agama! Dalam kehidupan kita bermasyarakat, tentunya banyak sekali berlaku sangkaan sangkaan yang tersasar! Ini kerana sangkaan sangkaan itu merupakan 'bisikan bisikan syaitan' agar bersikap negatif terhadap orang lain disekeliling kita! Itulah yang membuatku berhati hati selama ini! 



Sudah banyak yang berlaku dan sudah banyak pengajaran yang ku kutip....bahawa aku tiada boleh menyangka yang bukan bukan, yang buruk buruk, yang negatif terhadap orang lain bahkan terhadap isteri dan anak anak, adik beradik dan saudara mara serta saudara seagama!

Benar! Kita perlu berhati hati dan waspada sentiasa akan tetapi mengelakkan diri dari bersangka buruk atau 'suu'k uz-dzaann' itu adalah lebih bermakna kerana ia manifestasi iman, manifestasi redha, pasrah dan utamanya ialah kebergantungan diri terhadap Illahi! Jika sentiasa bersangka buruk, ia menuruti jejak bisikan syaitan...ia memagar usaha bersatu padu, usaha berteguh persaudaraan dan sebagainya. Bahayanya ialah, bermula dari sikap sangka buruk itulah yang membawa kepada fitnah dan menjurus kan tindakan serta perilaku yang tidak munasabah dari seseorang Muslim terhadap saudaranya iaitu seorang Muslim yang lain walhal mereka adalah saudara seagama!

Tiada alasan apapun disisi agama yang membenarkan perbuatan dan sikap 'buruk sangka'...mudah sahaja untuk menghentikannya! Hindari melihat dari perspektif negatif terhadap perbuatan dan perilaku orang lain....banyakkan berzikir dan istigfar kepada Allah dan lihat segalanya dalam perspektif positif....kalian akan lebih bahagia dalam kehidupan, lebih banyak 'tenaga' fikiran, fizikal dan fokus! Jangan bazirkan masa, bazir tenaga malah bazir fikiran untuk kehilangan pahala dan hanya mengutip dosa dengan bersangka buruk, membuat tanggapan tanggapan yang liar lalu menghuru harakan diri, keluarga dan masyarakat malah ummah dengan gosip, berita yang belum tentu benar dan mengandungi fitnah! Siapa sangka, berita yang kita kongsi atau "share" atau "Like" atau "retweet" di laman FB, Twitter atau blog atau laman sosial yang lain sebenarnya penuh fitnah lalu kita adalah sebahagian dari pemegang saham FITNAH tersebut!.....melainkan maklumat yang berkaitan ilmu, ajakan dakwah, perkongsian positif! Siapa sangka, jika kita kongsi maklumat dan ajakan ajakan penuh ilmu, ia kelak menjadi bekal berpanjangan buat kita di akhirat kelak!~

Hentikanlah dari memakan 'daging busuk' saudaranya sendiri dengan sangkaan sangkaan negatif dan buruk, tambahan pula di saat saat dan ketika ini (25 Februari 2013)! Moga moga Allah memberi hidayah buat kita semua agar sentiasa bersangka baik terhadap satu sama lain lalu Ummah ini kan lebih bersatu! Amiin Ya Rabb!!

Catatan pada 6.45am, seusai Subuh hari Isnin ini.....alhamdulillah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



No comments: