Tuesday, January 29, 2013

Kalau tak memberi...

Salam ukhuwwah..

Dalam hidup ini...cuba renungkan sesekali....kalau kita tidak memberi untuk orang lain atau untuk makhluknya yang lain bagaimana DIA mungkin dia akan memberi kepada KITA? Walaupun hakikatnya ialah, DIA Maha Pemurah...DIA tetap akan memberi kepada kita...akan tetapi jika kita tidak sahut seruanNYA untuk menginfakkan harta@khidmat@pertolongan ke jalanNYA...bagaimana mungkin DIA memberi kepada kita?

Itu soalan saya buat kalian!

Terpulang apa yang kita hendak beri kepada dunia dan isinya, sesama kita. Sama ada nak beri sekecil kecil senyuman mahupun sebesar besar budi. Soal besar atau kecilnya sesuatu pemberian bukan ukuran kerana ia sangat subjektif. Ada yang kita rasa besar pemberian itu akan tetapi dihadapan Allah ia sangat kecil. Ada yang kecil pemberian akan tetapi dihadapan Allah ia sangat besar. Pemberian tidak diukur dengan berapa jumlah ringgit atau nilai sesuatu barang.


Prinsip mudah ialah:

  • pemberian itu mesti kerana Allah (niat kerana Allah)
  • mesti ikhlas 
  • mesti sesuatu yang paling kita sayang (bukan benda buruk atau benda yang kita tidak perlukan lalu kita berikan kepada orang lain atas dasar kita sudah tidak mahukan benda tersebut)....
  • mesti bukan dengan tujuan lain atau niat lain, tentunya jika ia dengan apa jua tujuan atau alasan sekalipun maka pemberian itu sudah menjadi tidak bernilai samada untuk tujuan pemasaran (marketing), tujuan menunjuk nunjuk atau tujuan PR (public relation)
  • ia dilakukan dengan sembunyi sembunyi...seolah olah gambaran yang diberi melalui hadis Nabi saw ialah, tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tidak tahu pemberian tersebut...
Pemberian juga sangat berkait rapat dengan sedekah...sedekah itu adalah suatu perbuatan yang mulia. Ia juga 'menarik' rezeki...bersedekahlah sentiasa agar kita murah rezeki. Bersedekahlah dikala kita susah, kerana saat itu ia lebih bermakna disisi Allah. Bersedekahlah juga saat kita senang kerana ia bukti bahawa kita insan yang bersyukur atas anugerah!

Ingatlah bahawa, apa yang kita ada, apa yang kita miliki pada hari ini BUKAN MILIK KITA SEBENARNYA....ia adalah anugerah dariNYA...justeru, jangan jadi insan yang 'perasan' bahawa apa yang ada itu milik diri sendiri. Ia adalah pemberian dariNYA. Ia suatu amanah dan pinjaman dariNYA. Jika kita RASA bahawa sesuatu itu adalah MILIK kita...ketahuilah saat itu bahawa kita telah berjalan ke jurang TAKBUR DAN BONGKAK disisiNYA....perkara yang sama berlaku kepada QARUN dizaman Nabi Musa a.s.  

Beza antara orang yang bertaqwa dengan kurang atau tidak bertaqwa ialah RASA MEMILIKI...tiada apa pun di dunia ini adalah MILIK kita, samada harta, pengetahuan, wang ringgit, malah isteri dan anak anak itu pun bukan milik kita. Buangkan RASA MEMILIKI itu kerana hakikatnya ialah KITA TIDAK MEMILIKI APA APAPUN.....

Jika kita selalu dan menyegerakan sedekah atau pemberian seikhlas dan semampu yang mungkin....tidakkah mungkin bahawa Allah juga akan menyegerakan anugerahNya buat kita?? Bersangka baiklah dengan Allah, redha lah dengan sedekah atau pemberian kita!~ ameen!

Thursday, January 10, 2013

Kisahkah diri dan keluarga...!

Salam ukhuwwah....

Sedikit bual bicara dengan Sang Teman......

Sang Teman: Jika kau perhati, mengapa kondisi masyarkaat kita gawat sekarang ini?

Aku: Gawat bagaimana? Apa yang engkau maksudkan?

Sang Teman: Oh...berbagai isu...yang begini dan begitu!

Aku: Itu biasa...tiada yang pelik dengannya....


Sang Teman: Aku serabut la! Macam macam yang memeningkan aku!

Aku: Hehehehe....sabar! Utamakan apa yang lebih utama!


Sang Teman: Apa dia? Apa yang engkau maksudkan?

Aku: Kembali kepada yang asas...fikirkan yang asas....Jagalah dirimu dan keluargamu dari apa neraka! At Tahriim Ayat 6.....Itu maksudku! 



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)

Sang Teman: Hah! Begitu sahaja?? Betul ke?

Aku: Ya betul....kita duk serabut macam macam memikirkan hal yang luas skopnya tapi kita lupa diri dan keluarga kita yang sepatutnya kita jaga dan pelihara!.....cuba engkau fikir....! Sudah selesaikah tanggungjawab kita dengan isteri dan anak anak....selesaikah pendidikan mereka, nafkah mereka, sudah selesaikah pembangunan insaniah mereka, solat mereka, puasa mereka, zakat mereka, kenalkah mereka dengan Rabb! Engkau dah fahamkan mereka dengan Allah? Sudahkah mereka menjaga hubungan dengan Allah? Jika belum selesai...engkau tak payah susah susah sakit kepala dengan masalah di luar! Itu yang paling utama beb! Tu dalam Quran bro! Bukan aku yang cakap...cuba engkau bayangkan...kalau semua orang melunaskan tanggungjawab  "Quu anfusakum wa ahliikum naara" ini dengan sebaiknya....jika setiap keluarga benar benar berada dalam jalan yang lurus, dan jika setiap suami atau ketua keluarga benar benar menjalankan tanggungjawabnya....agak agak engkau, tidakkah masyarakat secara automatiknya menjadi baik??


Sang Teman: Betul la cakap engkau bro!

Aku: Jika semua orang amal dengan sungguh sungguh prinsip ini....aku fikir kita tidak akan melihat kegawatan dan kebejatan berleluasa! Kita tak perlu nak salahkan orang sana sini...tunjuk salah orang itu ini....kita jaga jer diri dan keluarga dengan sebaiknya mengikut prinsip dan lunas lunas Islam seperti yang ada dalam alQuran dan Sunnah Nabi saw...tidakkah sebahagian besar masalah akan selesai! Tak kira la isu apa sekalipun! Maaflah bro...aku sendiri pun banyak perkara lagi yang belum tertunai....amanah ni besar! Jenuh nak jawab kalau DIA tanya nanti!


Sang Teman: Terimakasih beb....banyak benda aku kena fikir sekarang! Aku kena semak banyak perkara nih!

Itulah sebahagian dari perbualan yang panjang aku dengan Sang Teman....konsepnya mudah tapi amat sukar untuk dilakukan jika tiada kesedaran dan kesungguhan. Aku membayangkan jika setiap dari KITA benar benar melaksanakan prinsip "Quu anfusakum wa ahliikum naara".....aku fikir, masyarakat akan jadi makmur, aman dan tenteram! Apa yang terjadi hari ini ialah, kita lupakan soal pembangunan diri dan keluarga, lalu kita sibuk dengan hal luaran yang akhirnya tanpa kita sedar, kita telah tercicir banyak perkara yang disekeliling kita! Saat itu kita sesali diri....ruginya!

Prinsip ini sebenarnya memandu kita.....jangan sibuk hal orang, fikirkan hal sendiri dan keluarga, lakukan dan tunaikan tanggungjawab sendiri dan keluarga! Selesaikan semua! Terlalu banyak sebenarnya tanggungjawab diri dan keluarga yang belum tertunai walau kita anggap ia telah tertunai! Sibukkan diri dengan menJAGA DIRI dan KELUARGA....jika kita sibuk jaga diri dan keluarga dari api neraka...agak agaknya lah, sempat atau tidak kita fikirkan masalah dunia??? Tentunya tidak! Prinsip ini bukan prinsip dan seruan untuk mementingkan diri dan keluarga! Tidak sama sekali! Ia adalah pembentukan dan pembangunan DIRI dan KELUARGA....kita ketua keluarga, kita wajib tunaikan hak hak diri dan keluarga!

Apakah hak hak diri dan keluarga? Apakah amanah amanah itu? Mudah sahaja......apa yang disuruh dan apa yang dilarang dan segala isi alQuran dan Hadis Nabi saw itulah amanah dan tanggungjawab. Jika merasa ia cukup besar....cuba fikirkan skop yang berkisar ke arah DIRI sendiri dan KELUARGA......kita perlu dan mesti kisahkan diri dan keluarga samada diri dan keluarga dah selamat ke belum dari api neraka.....selesaikan bab yang ini dahulu! Inilah yang sepatutnya menjadi inspirasi hidup! Jaga diri dan keluarga, kelak masyarakat, ummah dan negara secara keseluruhannya akan terpelihara!

Meladeni HATI

Salam ukhuwwah....


Cuba sebentar muhasabah senarai semak ini.....moga moga simptom simptom ini segera dikenal pasti agar tidak melarat dan menjadi penyakit yang sukar diubati.

Kalian resah, gundah gulana, tidak tenteram, fikiran serabut, hati merasa seolah olah ada yang tidak kena.....emosi menjadi gersang, hati dan fikiran gersang dan kosong??

Kalian marah marah, hubungan dingin sesama rakan taulan apatah lagi suami isteri mahupun dengan anak anak. Kesilapan menjadi tumpuan berbanding kebaikan dan perkara perkara yang baik. Pantang silap sedikit, kalian melenting?

Hidup seolah olah kosong, tidak tahu apa yang mahu dilakukan? Tercari cari apa tapi tidak tahu apa? Kegembiraan dan kebahagiaan seolah olah telah luput.....malas dan putus asa menjadi igauan dalam fikiran dan hati. Apa apa yang dikerjakan seharian seolah olah tidak bererti. Kalian menyampah dengan situasi seharian, jemu di sana sini. Hati menjerit mahu keluar dari semua ini!

Kehidupan pula dirasakan amat susah.....segala galanya susah. Dahulu perkara yang kita suka sudah menjadi sesuatu yang kita benci!

Jika ini berlaku.....bersegeralah beristigfar banyak banyak....bersegeralah mengambil wuduk dan membaca Quran....warattilir Quraan na tartiila!

Ada penyakit sedang melanda, ada virus yang sedang menyerang...dimana? HATI KITA! Kalian perlukan Kompas Jiwa.....lakukan langkah langkah ini seperti yang disarankan oleh Ibrahim al-Khawwaas ra:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.


1. Bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

2. Menghindari perut dari terlalu kenyang atau dengan berpuasa.

3. Bangun (qiamullail) di waktu malam.

4. Banyak beristighfar di sepertiga malam

5. Sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.





Ingatlah....Nabi saw pernah bersabda "Izaa solahat, solahal jasadu kulluh wa izaa fasadat, fasadal jasadu kulluh....wa hiya QALB-HATI! Jika baik@sihat maka sihatlah badan keseluruhannya, dan jika sakit@buruk maka sakitlah tubuh badan keseluruhannya, itulah QALBU atau HATI!

Tuesday, January 8, 2013

Silap memberi keutamaan!

Salam ukhuwwah...


Sesiapa yang mendengar apa yang dikatakan oleh Ustaz Don malam tadi...pasti terdengar ungkapan....

"Kita selalu utamakan apa yang kita fikir berbanding mengutamakan apa yang Nabi saw suruh atau sarankan"....aku sangat setuju! Dalam kehidupan ini...kita akui atau biasa mengungkap bahawa kita kata kita sayang dan cintakan Nabi saw, tapi dalam perkara perkara asas Islam sekalipun kita gagal untuk meraikan saranan Nabi saw!

Apa dia antara saranan dan sunnah Nabi yang asas?


1-Nabi suruh kita menutup kepala bila masuk tandas, tapi kita gagal untuk ambil berat! Mudah bukan?

2-Nabi saw suruh kita memperlahankan suara bukan meninggikan suara@membaca dengan suara yang tinggi@kuat bila mana di masjid@surau apabila ada orang masih solat atau belum menghabiskan rakaatnya...tapi Imam akan wirid dengan kuat, tidak cukup itu, malah dengan pembesar suara lagi! Ada pula suara kata "...kita baca wirid ramai ramai, dengan suara yang jelas dan kuat supaya mudah makmum hafal dan ingat bacaan bacaan wirid selepas solat, sekurang kurangnya mereka boleh beramal dengannya" Masalahnya...sejak dari kecil sampai besar kita baca wirid dalam skrip yang sama, masihkah tidak hafal lagi? Aduhai?? Tidakkah membaca wirid dengan kuat@suara tinggi itu lebih mengganggu solat saudara kita yang belum selesai mengerjakan solatnya! Fikiran siapa yang kita utamakan? Saranan Nabi saw atau fikiran kita??

3-Nabi saw suruh kita pilih jodoh atas dasar agama, dan membuat keraian dalam keadaan cukup sederhana, tapi kita kenduri bukan main sakan lagi! Lalu kita ungkap kata kata "kenduri kahwin bukan selalu....inilah momen penting dalam hidup....biarlah ia menjadi yang pertama dan paling diingati..." Walhal membuat kenduri besar besaran bukanlah dan tidak pernah menjadi faktor utama kebahagiaan rumahtangga....apa yang kita cari? Kebahagiaan atau kenangan kehebatan khenduri kahwin??

4-Nabi saw suruh kita pendekkan khutbah Jumaat dan memanjangkan solat Jumaat dengan membaca surah yang agak panjang...tapi kita hari ini terbalik! Sudahlah khutbah itu selalunya tidak memenuhi keperluan setempat dan kelompok kariah di sesebuah masjid atau surau, malah terlalu umum dan hanya seruan seruan umum! Sepatutnya khutbah terus khusus kepada menangani keperluan, atau meneyelesaikan@memberi saranan saranan serta solusi permasalahan atau pembangunan setempat yang memberi kesan khusus kepada kelompok kariah dari pelbagai lapisan! Apabila khutbah menjadi umum dan diselaraskan secara umum, ia bukan tidak bagus akan tetapi ada isu isu setempat yang tidak selaras seperti di tempat tempat lain...maka perlu ada dinamika khutbah yang secara spontan disusun demi mengatasi dan memberi pendedahan kepada kelompok masyarakat setempat!


Dan ada banyak lagi perkara asas agama yang perlu kita beri tumpuan khusus dan kita laksanakan akan tetapi kita abaikan! Inilah Islam dan inilah dakwah! Dakwah bukan bermusim, dakwah adalah amanah sepanjang hayat! Ayuh! Bangun! Moga moga Allah memberi kita kekuatan dan hidayahNya buat kita semua! Amiin!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Kalian mendahului aku!

Salam ukhuwwah....


Alhamdulillah jika kalian mendahului aku dalam berlumba lumba berbuat amal,
...........berlumba lumba merapatkan silaturrahim,
...........berlumba lumba bersangka baik sesama,
...........berlumba lumba menutup aib dan kekurangan orang


alhamdulillah kerana kalian mendahului aku dek luasnya pengalaman dan pengajaran dalam hidup lalu aku selusuri cebisan pengalaman kalian agar menjadi kompas hidupku sendiri....
juga kerana kalian mendahului aku dalam menyeru kepada kebaikan.....

Nauzubillah....aku berlindung dari tertimpanya keburukan buat diriku dan kalian yang mengundang azab dan urka Illahi...antaranya jika ada antara kita yang mendahului dalam .....

........meninggalkan solat
........berlibur dan berhibur sia sia
........mengaibkan orang lain, memfitnah orang lain, mendedahkan aib orang lain atas niat, atau prinsip atau dasar apa sekalipun....
........memburukkan rakan dan sahabat, jiran tetangga dan orang lain
........memutuskan hubungan sesama insan
........berlaku kejam dan zalim
........bermusuh musuhan
........bertelingkah dan berdebat dalam perkara sia sia
........mengambil riba dan merasuah
........menyebarkan fitnah dan perkara buruk dilaman sosial atau blog

Dan aku pasti menjadi orang yang paling gembira jika kalian mendahului aku dalam menyebarkan kebaikan ke serata alam ini......tentunya dunia akan menjadi lebih baik dengan amal kebajikan yang kalian lakukan!



Saturday, January 5, 2013

Senyumlah....dunia kan jadi lebih indah!

Salam ukhuwwah...

Ia kecil tapi sukar...aku sendiri belum tentu mampu melakukan dengan sebaiknya! Akan tetapi aku ingin berkongsi dengan kalian kebaikan. 

Senyum adalah ibadah, menjalani sesuatu dengan senyum selain bermanfaat baik buat hubungan dengan orang lain dan juga persekitaran, kerana senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia. Selain itu senyum juga elemen positif buat kesihatan tubuh kita. 

1. Senyum membuat Anda lebih menarik ...

Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang. Orang yg selalu merungut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan ...

Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum mampu memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah menjadi lebih baik dan positif.

3. Senyum menular ...

Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum menghilangkan stres ...

Stres terlihat di wajah. Senyuman mampu menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imuniti ...

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksima saat seseorang merasa rileks. Menurut penelitian, selesema  dan batuk mampu hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah ...

Tidak percaya? Cuba Anda catat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin ...

Senyum ibarat ubat alami. Senyum mampu menghasilkan endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin. Ketiganya adalah hormon yg mampu mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda ...

Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan 'face lift'. Ia adalah suatu jaminan bahawa banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan berjaya ...


Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri, terkenal, dan kelihatan hebat. Senyumlah saat rapat atau bertemu dengan klien. 

10. Senyum membuat orang berpikir positif ...
Cuba lakukan ini : fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim signal "hidup adalah baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

... TERSENYUMLAH DAN DUNIA AKAN TAMPAK LEBIH INDAH BUAT KITA SEMUA...


....SMILE.....AND THE WORLD SMILE WITH YOU....!!!!