Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Tanah gersang dan tanah subur!


Salam ukhuwwah!

Pohon kan tumbuh subur dengan izinNYA ditanah subur berbanding di tanah gersang! Tanah akan terus subur jika terus dibajai dengan baja yang akan menyuburkan tanah, dan jika ia terus di airi! Hingga suatu ketika diungkap bahawa 'dunia ini hanyalah ladang (tempat bercucuk tanam) akhirat'....itulah hakikat, dan itulah makna kehidupan!

Perhatikan...mengapa matahari kelihatan jauh dan kecil berbanding bumi? Kita sedang melihat matahari dari bumi menyebabkan kita tidak sedar betapa kecilnya bumi yang kita pijak ini berbanding matahari! Fahami kenyataan dan fakta ini, kerana dengannya kita akan memahami rasional mengapa dunia ini selalunya lebih dilihat sangat bermakna berbanding akhirat! Ini kerana kita tidak sedar betapa akhirat itu lebih bermakna, lebih baik, lebih bererti dari kehidupan dunia ini! Mengapa? Mengapa dunia lebih dilihat amat bermakna? Manakala akhirat dilihat kurang menarik dan tiada makna?

Ini kerana faktor IMAN dan sangat dangkal ilmu serta tidak memahami konsep kehidupan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 5, 2013

Senyumlah....dunia kan jadi lebih indah!

Salam ukhuwwah...

Ia kecil tapi sukar...aku sendiri belum tentu mampu melakukan dengan sebaiknya! Akan tetapi aku ingin berkongsi dengan kalian kebaikan. 

Senyum adalah ibadah, menjalani sesuatu dengan senyum selain bermanfaat baik buat hubungan dengan orang lain dan juga persekitaran, kerana senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia. Selain itu senyum juga elemen positif buat kesihatan tubuh kita. 

1. Senyum membuat Anda lebih menarik ...

Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang. Orang yg selalu merungut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan ...

Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum mampu memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah menjadi lebih baik dan positif.

3. Senyum menular ...

Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum menghilangkan stres ...

Stres terlihat di wajah. Senyuman mampu menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imuniti ...

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksima saat seseorang merasa rileks. Menurut penelitian, selesema  dan batuk mampu hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah ...

Tidak percaya? Cuba Anda catat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin ...

Senyum ibarat ubat alami. Senyum mampu menghasilkan endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin. Ketiganya adalah hormon yg mampu mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda ...

Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan 'face lift'. Ia adalah suatu jaminan bahawa banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan berjaya ...


Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri, terkenal, dan kelihatan hebat. Senyumlah saat rapat atau bertemu dengan klien. 

10. Senyum membuat orang berpikir positif ...
Cuba lakukan ini : fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim signal "hidup adalah baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

... TERSENYUMLAH DAN DUNIA AKAN TAMPAK LEBIH INDAH BUAT KITA SEMUA...


....SMILE.....AND THE WORLD SMILE WITH YOU....!!!!

Wednesday, June 20, 2012

Nasib diri!

Salam ukhuwwah....

Kita solat setiap hari...kita temui DIA, kita hadap wajah penuh dosa ini kepadaNYA, DIA suka sesiapa yang berdosa kembali kepadaNYA, mengakui dan taubat kepadaNYA...ia tidak mudah! Akan tetapi ia lebih mudah berbanding kita bersalah lalu mengakui kesalahan dihadapan manusia lain! Belum tentu kesalahan yang diakui itu akan dimaafkan oleh insan lain...belum tentu kita akan diterima kembali, malah sudah tentu kebiasaannya kita akan dikeji, dipandang hina oleh insan lain, malah dicemuh dan dimaki hamun! Itu kita dengan insan lain, tetapi lain ceritanya kita dengan DIA....kerana DIA adalah yang tersangat mengasihi, menyayangi hambaNYA....

Malah jangan sangka bahawa solat atau amal kebaikan yang kita lakukan selama ini yang kita sentiasa lakukan itu diterima lalu kita boleh bersikap 'complacent' yang kita akan bahagia di sisiNYA...jangan mudah merasa selesa! Ia belum tentu lagi! Kita tidak tahu amal yang mana yang akan menyelamatkan diri dari siksa api neraka.....adalah solat kita, adakah sedekah jariah, adakah zakat kita, adakah kebaikan kita terhadap ibubapa...kita tidak tahu! Justeru, jangan merasa cukup dengan amal, kerana hanya amal yang benar benar ikhlas sahaja yang akan diterimaNYA, dan keikhlasan itu hanya DIA sahaja yang menilai, walau suatu saat kita rasa kita ikhlas, itu belum tentu lagi! Apa maknanya?


Maknanya ialah, hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut....sentiasa bimbang dan takut bahawa amal kebaikan yang kita lakukan ini belum cukup untuk membebaskan kita dari api neraka! Lalu saat takbir diangkat, saat solat dimulakan, bayangkan perasaan ini, bayangkan ketakutan ini, bayangkan ketidakpastian ini....bayangkan hukuman berat yang pasti tidak mampu mana mana manusia untuk menghadapinya bakal menimpa diri! Kenangkan nasib diri saat itu, agar hadir rasa tawadhuk dan rendah diri, agar kembali kita kepada fitrah sebagai hambaNYA agar datang khusyuk kepadaNYA...latih la diri untuk mengenang nasib diri! Jangan mudah selesa, jangan bersikap selesa, jangan rasa sudah cukup banyak amal kebajikan dan kebaikan yang dilakukan...kelak sesal itu yang kita akan dapati!


Sentiasalah kenang nasib diri! Pabila begitu, tiada lagi rasa mahu ambil tahu tentang orang lain, tentang keburukan orang lain, melainkan mengenang kesilapan, keburukan sendiri...kenanglah nasib diri, lalu kita kan fokus sentiasa terhadap kehidupan dan amal sendiri.....kerana kita tidak tahu bila kita kan dijemput pergi! (saat ini, diayat dan kalimah ini, telefon saya berdering dan saya menerima perkhabaran bapa saudara yang paling saya rapat dan kasihi telah pergi menemui Illahi)....


Ya Rabb...engkau redhai bapa saudaraku, terimalah dia, ampunilah dia dan tempatkan dia dikalangan hambaMu yang soleh!

Sunday, October 2, 2011

Biasa dan membiasakan!

Assalam semua...


"Alah bisa tegal biasa"....."sikit sikit lama lama jadi bukit" antara bidalan yg dikenal dalam dunia bahasa dan budaya Melayu...membawa makna agak berbeza antara keduanya namun prinsip utama yg tersirat ialah biasakan diri utk membiasakan. Bersikap konsisten, yang juga diajar dalam sunnah beragama iaitu ber'istiqamah'.  Terus terusan melakukan, itulah yang terbaik. Ia konsisten dengan sabda Nabi saw dalam interpretasi maksud lebi kurang sebegini 'amalan yang sedikit jika dilakukan secara berterusan lebih baik dan disukai oleh Allah swt berbanding melakukan amalan yg berat dan besar hanya sekadar bermusim'.


Mengapa? Melakukan kebaikan adalah proses yang dinamik, dan ia perlu berterusan, jika benar benar baik, maka tentunya susuk yang melakukan itu akan sentiasa melakukannya bila bila masa, jika ia ikut 'mood' atau bermusim, ia bukanlah natijah keimanan yang sebenar kerana sedemikian itu ia seolah olah berlaku disebabkan faktor LUARAN berbanding DALAMAN. Ia dilihat tiada ketulusan dan keikhlasan. Jika ia istiqamah melakukan sesuatu kebaikan dan amalan, ia adalah pancaran jiwa dan keimanan. Namun begitu,  ia perlu peningkatan. Amalan sedia ada dilakukan selama puluhan tahun, ia boleh menjadi suatu rutin pula. Maka tahap peningkatan sedikit demi sedikit amat diperlukan kerana dinamisme IMAN itu ialah ia meningkat dan menurun, ia tidak duduk tetap pada satu satu kadar pada setiap masa, dan bagi membolehkan IMAN itu sentiasa dalam tingkatan yang MENINGGI, susuk itu harus melakukan amalan sedia ada secara istiqamah lalu menambah sedikit demi sedikit Tidakkah ada ungkapan bahawa "hari ini perlu lebih baik dari semalam" dalam usaha seseorang itu berMUHASABAH diri! Jika hari ini tidak lebih baik dari semalam, maka tingkatan IMAN itu dianggap sudah menurun. Berhati hati dengan keadaan IMAN yang menurun! Kerana turunnya tahap keimanan akan memberi impak kepada perlakuan. Benteng diri menjadi menipis, lalu susuk itu mudah terdedah kepada 'hasutan' dunia, lalu mudah sahaja melakukan kemungkaran. Jika ia anggota badan, maka mulut mudah sahaja memaki dan mengumpat, berbahasa kasar, dan lucah, intipati dosa semuanya, jika ia telinga, maka ia mudah mendengari perkara dan bunyi-bunyian 'aasi' atau maksiat dan juga 'lagho' iaitu perkara sia sia dan melalaikan. Jika ia kaki, maka beratlah kaki untuk menapak ke surau dan masjid malah bertambah ringan ke tempat tempat maksiat.


Cuba perhatikan dalam kehidupan seharian kita, jika kita bingkas bangun dari tidur apabila azan berkumandang di subuh hari, dengan mudah tanpa ada keluh kesah, tanpa ada rasa malas mahupun 'berat' di tubuh, bergembiralah bahawa 'hati' kalian itu hidup dengan nur cahaya dan petunjuk Illahi. Iman didada itu berada pada tahap yang sepatutnya pada ketika itu, maka jika sebaliknya, maka ketahuilah, ia menipis, jiwa gersang nur Illahi samada dari proses zikrullah yang berkurangan, amalan yang kurang mahupun makanan yang 'syubhah' atau diragui.....insyaallah, marilah kita sama sama biasakan diri dan membiasakan melakukan proses menjernihkan jiwa dan menigkatkan keimanan, kelak jiwa dan hati kan tenang serta tenteram, lalu terpancar kebahagiaan pada rasa dan kehidupan, kebahagiaan pada hubungan sesama dan seronoknya beribadah. 


Justeru, marilah kita biasa dan membiasakan yang sedemikian!!! Mulakan segala proses 'biasa dan membiasakan' itu dengan memperkukuh SOLAT kalian, samada yang wajib mahupun yang sunat. Nikmati ia sebagai suatu anugerah dan bukan keterpaksaaan. Pasti pertolongan Allah kan mendatangi, petunjuk dan hidayahNYA kan menerangi, rahmat dan perlindunganNYA kan menaungi hidup. Ameen insyaallah!!