Sunday, June 24, 2012

Pulanglah!

Salam ukhuwwah...


Aku amat terkesan dengan ungkapan ungkapan murni lagu ini...sesekali lewat kehidupan, aku akan sendirian menyanyikan rangkap rangkap lagu ini. Terkadang ingin terhibur juga dengan rangsangan rangsangan yang menuju kepada Illahi. Ini kunci kepada kebahagiaan! Iaitu dengan memahami bahawa sumber kebahagiaan yang perlu dicari ialah Allah Taala semata mata...bukan perkara lain atau benda lain! 


Apa apa sahaja yang bersifat baharu dan sementara tidak mampu memberi kebahagiaan yang abadi buat diri dan jiwa manusia! Ini hakikat yang aku fahami sejak sekian lama! Jika bahagia dicari dengan kebendaan, ia sebentar sahaja 'seronok'nya dalam umur manusia....malah jauh dari itu, ia hanya seronok dan tidak mampu memberi kebahagiaan kepada diri malah jika silap percaturan, ia lebih membawa sengsara dalam hidup! Kita selalu tidak sedar tentang ini.....kita seolah olah mencari titik temu walhal ia sememangnya ada didepan mata! Hanya Allah sumber bahagia...tiada yang lainnya! Masyaallah!



Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

No comments: