Salam ukhuwwah...
Ada beberapa insiden sehari dua ini yang membuatku termenung! Kala ada pakatan atau usahasama, jika tiada 'give n take' pasti langkah sumbang akhirnya! Samada kerjasama itu berkelompok atau antara dua pihak. Perlu ada RASA sentiasa memahami, sama sama ada RASA untuk merasa dan menikmati hasilan kemudian nanti! Jika tiada RASA itu, akan timbul perkara yang todak menyenangkan! Akan wujud 'sok sek' sesama! Sukarnya memahami dan difahami kerana masing masing lahir dari cetakan berbeza!
Bersetuju untuk suatu keputusan atau 'coming to terms' bukanlah perkara mudah, sebab itulah perlu ada musyawwarah atau diskusi! Prinsip prinsip diskusi perlu juga dipatuhi agar akhlak dan adab diskusi tidak dilewati! Terkadang asas kepada prinsip prinsip diskusi ini sendiri tidak dipatuhi, lalu walau musyawwarah terlaksana, namun akhir keputusan masih tidak memuaskan atau ada pihak yang merasa dizalimi atau tidak puashati! Dari diskusi yang terlaksana kita boleh 'bersetuju untuk bersetuju'.....namun jika tiada keikhlasan dalam prinsip 'bersetuju untuk bersetuju' juga akan menimbulkan masalah lain kemudian nanti akibat kekangan dan faktor faktor yang mengikat!
Terkadang dalam keadaan lain kita terpaksa 'bersetuju untuk tidak bersetuju'! Dalam keadaan ini, prinsip untuk menghormati pilihan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' juga perlu dipatuhi! Biarlah ia habis dimeja perundingan dan tidak terbawa bawa diluar meja diskusi dan perundingan! Kelak ia akan meruntuhkan keharmonian perhubungan!
Justeru, sebelum bersetuju untuk bersetuju, hendaklah kedua pihak atau kelompok yang terlibat dalam diskusi telah berjaya dan diberi peluang untuk membicarakan mahupun mengutarakan justifikasi masing masing! Perlu ada situasi menang menang dan menatijahkan keputusan yang menang menang juga. Jangan dikekang dan dikunci mulut untuk bersuara! Semua pihak perlu berlapang dada, bersikap terbuka. Tiada nilai peribadi atau kepentingan tersembunyi dalam melahirkan sesuatu justifikasi, kelak jika ada, maka keputusan yang diambil walau ia atas dasar bersetuju untuk bersetuju masih tidak dapat meleraikan persoalan, malah menimbulkan perasaan tidak senang hati. Benar, ia memang sukar dan rumit! Namun, ambillah neraca timbangan yang ditentukan dalam alQuran dan asSunnah....bersikap adil dan saksama! Berterus terang sesama, ia lebih mudah!
Jika terdapat perselisihan, hendaklah sentiasa menjadikan neraca timbangan sesuatu nilai itu berdasarkan al Quran dan As Sunnah. Ia bukan sahaja tertakluk dalam bab bab agama sahaja, malah ia juga berkaitan dengan seluruh kehidupan insan, dalam soal kehidupan seharian, soal pelajaran, soal karier, soal pengurusan organisasi, soal bermasyarakat dan sebagainya! Prinsip dan nilai agama tidak terhad hanya kepada soal agama semata mata. Ia melangkaui seluruh kehidupan. Apa yang menjadi perbalahan semasa pada hari ini ialah apabila prinsip dan nilai nilai Islam yang bersumberkan kepada wahyu yang datang dari Sang Penguasa diketepikan dalam melakukan dan melaksanakan sesuatu dalam kehidupan! Samada ia diketepikan secara langsung, tidak langsung, sebahagiannya, atau keseluruhannya!
Apabila gaya, nilai, prinsip, kaedah, cara, metod yang berpaksikan duniawi semata mata diambil kira dalam perkiraan keputusan, natijahnya ialah; sudah pasti ada kepincangan dimana mana secara jangka pendek ataupun jangka panjang! Apabila prinsip duniawi lebih diutamakan, prinsip universal dan ukhrawi ditinggalkan, pasti ada yang tidak selesai, pasti ada kelompongan dalam sesuatu usaha atau pekerjaan itu! Mengapa! Ini kerana prinsip duniawi tidak dapat memenuhi aspirasi kekal kehidupan, prinsip duniawi terhad dan tiada kelangsungan yang menjangkau perolehan bersifat ukhrawi! Manakala prinsip ukhrawi pula lebih kekal, lebih menjangkau bukan sekadar pencapaian di dunia malah faedah di akhirat! Sebab itulah, apabila nilai duniawi yang mendasari, selalunya ia terhasil dari teori dan pemikiran manusia sendiri tanpa ada gabungjalin dengan prinsip ukhrawi, ia "berkecai" ditengah jalan! Tiada keseimbangan yang berlaku. Bila tidak seimbang, maka pincanglah ia!
Nilai nilai murni, nilai nilai Islam bersifat SEIMBANG. Keseimbangan inilah yang menentukan keharmonian perjalanan kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat! Memahami dan melaksanakan keseimbangan ini sangat penting bagi setiap diri yang mukmin! Moga moga kita semua kan berjaya menyeimbangi keperluan dunia dan ukhrawi agar perjalanan hidup kan terus harmoni, telus dan ikhlas, lalu diri kan BAHAGIA di dunia dan akhirat! Amiiin!
No comments:
Post a Comment