Wednesday, June 20, 2012

Nasib diri!

Salam ukhuwwah....

Kita solat setiap hari...kita temui DIA, kita hadap wajah penuh dosa ini kepadaNYA, DIA suka sesiapa yang berdosa kembali kepadaNYA, mengakui dan taubat kepadaNYA...ia tidak mudah! Akan tetapi ia lebih mudah berbanding kita bersalah lalu mengakui kesalahan dihadapan manusia lain! Belum tentu kesalahan yang diakui itu akan dimaafkan oleh insan lain...belum tentu kita akan diterima kembali, malah sudah tentu kebiasaannya kita akan dikeji, dipandang hina oleh insan lain, malah dicemuh dan dimaki hamun! Itu kita dengan insan lain, tetapi lain ceritanya kita dengan DIA....kerana DIA adalah yang tersangat mengasihi, menyayangi hambaNYA....

Malah jangan sangka bahawa solat atau amal kebaikan yang kita lakukan selama ini yang kita sentiasa lakukan itu diterima lalu kita boleh bersikap 'complacent' yang kita akan bahagia di sisiNYA...jangan mudah merasa selesa! Ia belum tentu lagi! Kita tidak tahu amal yang mana yang akan menyelamatkan diri dari siksa api neraka.....adalah solat kita, adakah sedekah jariah, adakah zakat kita, adakah kebaikan kita terhadap ibubapa...kita tidak tahu! Justeru, jangan merasa cukup dengan amal, kerana hanya amal yang benar benar ikhlas sahaja yang akan diterimaNYA, dan keikhlasan itu hanya DIA sahaja yang menilai, walau suatu saat kita rasa kita ikhlas, itu belum tentu lagi! Apa maknanya?


Maknanya ialah, hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut....sentiasa bimbang dan takut bahawa amal kebaikan yang kita lakukan ini belum cukup untuk membebaskan kita dari api neraka! Lalu saat takbir diangkat, saat solat dimulakan, bayangkan perasaan ini, bayangkan ketakutan ini, bayangkan ketidakpastian ini....bayangkan hukuman berat yang pasti tidak mampu mana mana manusia untuk menghadapinya bakal menimpa diri! Kenangkan nasib diri saat itu, agar hadir rasa tawadhuk dan rendah diri, agar kembali kita kepada fitrah sebagai hambaNYA agar datang khusyuk kepadaNYA...latih la diri untuk mengenang nasib diri! Jangan mudah selesa, jangan bersikap selesa, jangan rasa sudah cukup banyak amal kebajikan dan kebaikan yang dilakukan...kelak sesal itu yang kita akan dapati!


Sentiasalah kenang nasib diri! Pabila begitu, tiada lagi rasa mahu ambil tahu tentang orang lain, tentang keburukan orang lain, melainkan mengenang kesilapan, keburukan sendiri...kenanglah nasib diri, lalu kita kan fokus sentiasa terhadap kehidupan dan amal sendiri.....kerana kita tidak tahu bila kita kan dijemput pergi! (saat ini, diayat dan kalimah ini, telefon saya berdering dan saya menerima perkhabaran bapa saudara yang paling saya rapat dan kasihi telah pergi menemui Illahi)....


Ya Rabb...engkau redhai bapa saudaraku, terimalah dia, ampunilah dia dan tempatkan dia dikalangan hambaMu yang soleh!

No comments: