Thursday, June 7, 2012

Jauhi zhann!

Salam ukhuwwah!


"Ijtanibuu kathiiran minnaz zhann!" Jauhi kebanyakan@kesemua syak wasangka! Itulah seruan Allah kepada kita melalui wahyunya yang pastinya didalamnya tiada keraguan sedikitpun didalamnya! Maka apabila seruan sebegini dibuat ia merupakan 'tips' yang paling besar buat individu Muslim yang perlu bersikap dan berperanan sebagai pendakwah dengan kemurnian akhlak....itulah sebabnya dinyatakan 'tidak aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menegakkan kemuliaan akhlak'...itulah nilai pejuang Islam, nilai akhlak yang perlu dijunjung tinggi!


Rujuklah Surah alHujraat ayat 11-12 atau Surah 49:11-12 dan sebahagian besar peringatan dalam Surah al Hujraat ini adalah tentang 'muamalah' atau hubungan sesama manusia....malah ia adalah hak seseorang terhadap seseorang yang lain, terutamanya SAUDARA SEAGAMA! Jangan bersikap 'tajassus' dan 'tahassus' mencari cari dan mengumpat kesalahan orang lain!


Tidaklah nukilan ini ingin mencari kesalahan mahupun mengumpat sesiapa akan tetapi ingin mengingatkan diri dan teman teman yang saya kasihi bahawa dalam beberapa tahap kehidupan kita sebagai Mukmin dan Muslim kita TERLUPA beberapa prinsip amalan Islam yang mulia dalam mengekalkan keharmonian sesama; samada suami isteri, adik beradik, jiran tetangga, teman sepejabat, kawan kawan, saudara mara dan sebagainya!


Apakah prinsip prinsip itu? Antara yang paling utama telah dinyatakan dalam tulisan awal ini! Jangan punya sikap "Tahassus dan tajassus" kerana inilah antara penyakit dan penghalang perpaduan Islam dan ummah! Ruginya kita umat Islam kerana dalam keadaan kita punya pelbagai 'access' kepada ilmu, terdedah kepada program dan kelas ilmu dewasa ini, perkara asas dalam perhubungan ini tidak kita amalkan! Pantang larang dan suruhan dalam mengekalkan keharmonian tidak dijaga!


Ia merosakkan masyarakat!Ia merosakkan diri terlebih dahulu kerana diri lah yang memulai perangai dan sikap sebegini lalu bila perangai ini ditonjolkan dalam keluarga, ia menjangkiti ahli keluarga yang lain, boleh jadi isteri@suami@anak anak@adik beradik@saudara mara....lalu ia merebak dengan pesat kepada seluruh masyarakat! Amatlah susah memperbaiki kebejatan ini jika ia telah berakar umbi dalam masyarakat! Sebagai contoh, jika sudah sebati bersikap kebendaan, maka seluruh masyarakat juga akan bersikap sedemikian...memperbaikinya amat sukar! Jika sudah suka budaya hedonisme@hiburan, alangkah sukarnya mengikis karat karat hiburan! Jika sudah 'sedap' dan 'suka' sebagai contoh menonton cerita Hindustan@Indonesia@Korea@Melayu@apa apa sekalipun yang penuh unsur dan sikap negatif@sikap berfoya foya@lalai@mendayu2 lalu tiba tiba kita alih saluran untuk menonton program program ilmu umpama Wacana@Bicara@Forum Hal Ehwal Islam@Kuliyyah dan sebagainya...sebentar sahaja mata kuyu@ muncul amukan atau teriakan tanda tidak suka program pengisian rohani dan jiwa yang penuh erti!


Lihatlah bagaimana minda telah terbentuk dek kerana nilai nilai yang salah yang memenuhi minda dan jiwa?


Lalu datang seruan dan usaha untuk memperbaiki walhal diri sendiri yang mendedahkan sejak awal lagi akan nilai nilai negatif sebegini! Ia sukar kerana segalanya bermula di rumah dengan bentuk pendidikan yang diterima, kerana pendidikan akan memberi input nilai terhadap nilai akhlak yang menjadi tunjang dan asas kepada keharmonian perhubungan sesama! Inilah yang kita hadapi hari ini! Usaha pembaikan tetap perlu diteruskan secara berpanjangan! Namun janganlah kita menjadi antara orang yang menambah BARAH yang berlaku dalam masyarakat dengan tohmahan, cemuhan dan kutukan walau bagaimana benar sekalipun situasi, cerita dan hakikatnya! Ia amat jelas dilarang disisi agama!
Mengapa api perlu dilawan dengan api, mengapa orang melontar batu, kita membalas dengan lontaran batu juga! Aku insaf, dan aku mohon maaf kepada kalian jika aku pernah bersikap sedemikian terhadap kalian! Allahummagfirlii, wagfirlahum!


****Hari Keempat: sedang mencuba kaedah rawatan mengikut sunnah, ikuti coretan saya kemudian nanti!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: