Thursday, February 10, 2011

Sesama...

Assalam all....


Ku kutip kenyataan dari teman di FB "seorg bekas exco Selangor telah diminta utk membela diri di mahkamah berhubung kes rasuah, ni exco aku kenal ni dulu, selalu jumpa....korupsi rupernya, habis ler harta rakyat di rembat....bn umno ni kerojernya rasuah jer..."


Benar ia hanya kenyataan atau response kpd paparan dan berita di media, akan tetapi ulasan yg diberi harus adil kpd seseorang individu.(maaf sy bukan membela siperasuah jika benar beliau melakukannya, sy cuma mengulas soal kematangan dan cara berfikir kita semua sebagai rakyat).....


Dimana silap? Silapnya kenyataan diatas ialah apabila teman itu membuat 'generalization' bahawa sebab 'nila setitik habis susu sebelanga'. Jika kita bersikap objektif kita tidak akan sewenangnya membuat kesimpulan umum....bagaimana pula reaksi kita jika pihak satu lagi menerima nasib yg serupa....ditambah pula dengan imej Islam dan parti Islam, lalu pada waktu dan ketika yg lain kesimpulan umum jua dilakukan....rasanya impaknya lebih tercemar terutama imej Islam.


Ringkasnya, jgn membuat kesimpulan dengan mudah....sesama kita. Ia merosakkan dan memesongkan. contohnya (biasa kita lihat dan tahu) ada sekeluarga yg baik urusan agamanya, baik akhlaknya, baik pergaulannya, akan tetapi, tiba tiba ada seorang anak/ahli keluarga itu ditangkap kerana dadah.....Nah, persoalannya ADAKAH KELUARGA ITU SEMUA PENAGIH DADAH? ADAKAH KELUARGA ITU SEMUA JADI "BURUK" DLM PANDANGAN DAN PENILAIAN KITA? Sudah tentu tidak adil untuk memberi penillaian sedemikian rupa. Jika keluarga itu dianggap buruk dengan sebab kes dadah anaknya, itu memberi makna bahawa:
1. Kita tak peduli kpd nasib keluarga itu?
2. kita tidak cukup matang membuat penilaian?
3. Kita memang suka sensasi kan berita?
4. Kita jenis suka 'mengusung berita/cerita' ke sana sini?
5. Kita hanya pedulikan berita itu dan tidak membantu sama sekali untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh keluarga itu.
6. Kita memang masyarakat 'kaki label' (yg ni memang kita sangat mahir)!

No comments: