Assalam all....
"Jika kau samseng.....Allah lagi samseng"
...itulah antara ungkapan suatu ketika dulu pernah mewarnai dan menggegar dunia politik tanahair. Apapun coretan ini tidak menyentuh soal politik. Ulasan ini bersifat analitikal.
AKU: ......aku memahami kenyataan itu dalam sudut berbeza kerana paksi ku bukan politik atau memihak mana mana kumpulan...yg ku fahami ialah betapa konsep Allah itu yang melebihi segalanya berdasarkan kenyataan itu.....aku mengerti bahawa Allah tidak samseng. Tergambar dalam fikiranku bahawa kita tidak boleh mendabik dada...kerana ada kuasa lain yang lebiyh dan melebihi dan akan terus melebihi segala galanya..itulah aqidah dan Tauhid. Tukarkan kenyataan itu dengan.....jika kau baik...Allah lagi baik, atau jika kau dermawan....Allah lagi dermawan. Lihatlah bahawa kenyataan itu tetap membawa arah yg sama. Aku jelas bahawa Allah tidak samseng tetapi kita tidak boleh samasekali mengeluarkan kenyataan bahawa "aku samseng" jika kita benar benar beriman (tidak pula mengatakan bahawa jika mengungkap sedemikian tandanya tidak beriman-jangan salah faham!!!).Lihat betapa kita begitu mudah terpesong dan terkesima dengan kenyataan sembrono...masalahnya ialah PERSPEKTIF!!!
KAU: jika kau jenis yg mahu mengambil kesempatan dan sentiasa 'opportunist'...pasti KAU terluah bahawa aku mengatakan bahawa Allah samseng, lalu aku akan digam dan dituduh kufur, telah menyalahi aqidah Islam.
MEREKA: mereka yg tidak tahu hujung pangkal, akan terikut ikut samada menuruti penjelasan AKU atau bingkas menuruti pemahaman atau perspektif KAU. Tambahan pula MEREKA itu kurang jelas maksud, mahupun kebolehan untuk 'digest' maksud yang tersirna dari ungkapan. Lalu MEREKA akan berpuak puak kerana menuruti mana mana PERSPEKTIF atau faham dan terus terusan menuduh satu sama lain sebagai rosak akidah dan sebagainya. MEREKA perlu lebih berilmu untuk turut sama dalam pentas pemikiran dan penilaian. Apapun, natijahnya apabila MEREKA gagal untuk mendalami maksud terpendam dalam kenyataan itu....rosaklah masyarakat dan perpaduan Islam.
Mengapa sedemikian? kerana masalah PERSPEKTIF? Nilai pemikiran yang berbeza....membuatkan natijah dari kenyataan itu disalah faham lalu merosak masyarakat. Akhirnya, kita kan sering bertelagah pendapat, AKU lain, KAU lain, MEREKA tersepit ditengah tengah dek kerana tidak memahami buah perbincangan dan perbezaan pendapat KITA.
No comments:
Post a Comment