Friday, February 11, 2011

Penghulu hari yang mengujakan...

Assalam all....


Tanggal ini ialah 11022011...sanagat2 menarik. Penghulu segala hari. Apapun jika dikira kira..sudah berpuluh Jumaat dilalui. Hampir disekitar 1612 Jumaat seusiaku yang bermakna 1612 khutbah kudengari mahupun yang berlalu pergi dek tertidur ketika khatib membacanya...itu belum ditolak bahagian ponteng2 jumaat dulu dulu.


Apapun, pemerhatianku amat sedikit sekali para khatib yang berjaya membawa khutbah dengan begitu berkesan terhadap diri...biasanya 'monotonous', malah ada juga terlebih 'ummph', ada yg kudengari jeritan semata mata, ada yang mengulangi teks yang sama sejak bertahun dulu dan bermacam ragam lagi...


Jarang teks yang dibaca benar benar menepati situasi setempat, koreksi permasalahan setempat, utk para jemaah setempat...biasanya bersifat umum iaitu teks yg disiapkan terdahulu oleh pihak jabatan agama. Tiada masalah utk teks dari jabatan agama, cumanya ia tidak menggegar keperluan masyarakat setempat. Ia jarang menusuk hati nurani masyarakat setempat sebab inti cerita ialah kisah ditempat lain. Teks yang dibaca dan disusun sedemikian rupa hanya memancarkan gaya yang 'formal' dan tidak bersahaja. Lalu keterujaan menjadi dangkal. Minat menjadi lebur, lalu jemaah tertunduk lesu dibuai gemersik bahasa.Yang difikirkan "bilakah si khatib ini mahu habis, aku mahu segera pergi".


Mengapa tidak khutbah itu berbentuk tidak terlalu formal, bersahaja, lebih spesifik, bersifat penyelesaian kepada masalah setempat dan bukan mengulangi apa yg biasa kedengaran kecuali firman Allah....Jika tiba musim peperiksaan, apa salahnya nasihatkan anak anak utk tidak membuang masa, lebih membuat latihan lalu nyatakan peranan ibu bapa dalam memastikan anak anak belajar, berikan panduan dan tips sesuai dengan masyarakat setempat, tentunya panduan dan tips itu tidak akan sama untuk mesyarakat di bandar dan luar bandar. Kalau masyarakat petani lain kaedahnya, profesional lain caranya....ia berperingkat dan mengikut tahap masyarakat...walau tidak dinafikan kaedah belajar secara relatifnya tetap serupa dimana mana sekalipun.






  

No comments: