Tuesday, February 1, 2011

bagus kalau para tok Imam kita wat begini....

Assalam all...


hanya nukilan buat suri tauladan...jika ia bermakna buat anda.


Adakah hari ini kita lihat tuan Imam berdiri menunggu jemaah di depan pintu masjid setiap waktu dan mengalu alukan mereka yg hadir ke masjid seraya mengucapkan tahniah sebagai motivasi kepada mereka, lalu mendoakan mereka agar mempunyai komitmen berterusan ke masjid dan menggalakkan mereka yg tidak hadir ke masjid dengan mendekati mereka, bergaul dgn mereka dan perlahan lahan menggalakkan mereka ke masjid? Adakah kita lihat golongan pendakwah mendekati mat rempit, mendekati dan memahami mereka lalu perlahan mengajak mereka ke masjid ataupun bercampur gaul dgn sesiapa sahaja lalu mendidik dan mengajak secara halus agar kembali kepada Islam dengan sebenar benarnya. Jika ya, benar, bagaimanakah pendekatannya?

Ataupun tuan Imam mengambil jalan mudah dengan mengkritik mereka samada secara berdepan mahupun dikala bertemu rakan rakan rapat lalu membicarakan si fulan sifulan tak pergi masjid, tak pernah ke masjid, pergi masjid masa solat raya aidilfitri atau solat hari raya korban atau solat jumaat sahaja....itu dalam konteks tuan Imam, bagaimana pula dalam konteks KITA sendiri....adakah kita bersikap bahawa ini tugas tuan Imam...ini tugas JKKK masjid dan surau, ini tugas YB, ADUN atas alasan mereka dapat gaji, mereka yg kita pilih dan undi, jadi merekalah yg melakukannya...bagaimana KITA. Adakah kita berkata dan melakukannya?atau kita sekadar berkata kata sahaja dan menjadi pengkritik bebas...lalu menunjuk sifulan salah sifulan buat tak betul.....adakah kita beralasan..dulu aku dah buat....sekarang ini orang lain la pulak buat..giliran orang lain la pulak, takkan aku jer.

2 comments:

Unknown said...

encik hj oma ada duduk depan pintu apa. tapi itu pun belum pasti samada mengucap tahniah/salam atau nak kawal bebudak dari masuk.

Alwi Mohd Yunus said...

hahaha....he is doing it for whatever reason only he knows best....biasanya berkawal utk budak2 supaya jangan main2