Salam....
Tentunya ada sudah baca kenyataan saya tentang perkara ini..."ingatlah, bahawa apa yg kita khabarkan (mungkin fitnah atau mengandungi fitnah) lalu dibaca oleh orang lain, ditokok tambah kemudiannya dan menjadi perkhabaran baru (fitnah yg asalnya 1 sudah bertambah menjadi 2, atau 3 atau lebih banyak) dan akhirnya menjadi berantaian...dalam keadaan sedemikian, dosa yg datang bersamanya juga bersifat berantaian..akhirnya bertambah dan semakin bertambah dosa yg terpalit dan perlu ditanggung oleh semua dalam rantaian tersebut terutamanya pemula berita."
Cuba buat pendekatan yg sama, menyusur tetapi dalam kandungan yang berbeza..disebalik kenyataan dan berita yg merapu..marilah beramai bina berita yg bermanfaat lalu kita sebarkan seluasnya..agar yg datang bersamanya ialah 'RANTAIAN PAHALA' yang sentiasa mendatangi kita...sekurang kurangnya bila nanti ditanya oleh Sang Pencipta, bila disoal oleh Yg Maha Tahu....kita boleh menjawab bahawa melalui ICT, melalui blog, facebook, twitter dan laman sesawang yg lain kita telah sebarkan kebaikan dan membawa berita yg baik dan positif utk diri, sahabat, keluarga, rakan taulan dan umat manusia seluruhnya.... rasanya, tidak perlu terlalu jauh melihat ke akhirat, hatta sekarang pun kita akan lihat kesan limpahan positif yg terbina kepada masyarakat dan ummah dalm pemikiran dan cara berfikir dan memahami kehidupan....tentunya akan dapat kita lihat dan kecapi kesannya.
No comments:
Post a Comment