http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rintihanpesakit/Article/
Salam semua....
Sedari atau tidak, kita sedang dan telah menuju ke zaman dimana yg miskin seolah olah dilarang sakit kerana mereka tidak punya cukup wang utk membayar caj perkhidmatan hospital yg tinggi utk mendapatkan khidmat professional yg terbaik.
Sedari atau tidak, yang kaya boleh sahaja mahu sakit apapun kerana mereka punya segala keupayaan utk mendapatkan khidmat yg terbaik dimana mana hospital sekalipun.
Sedari atau tidak, perkataan sakit sudah menjadi suatu komoditi yang menguntungkan.
Malah doa, aktiviti bertahlil dan ber yasin sudah menjadi sangat komersil kerana bayarannya sangat menguntungkan.
Dahulu yg semuanya percuma sudah menjadi suatu hasilan yang sangat menguntungkan bahkan sangat menjerihkan utk menggunakannya biarpun sangat sedikit, seperti yang sangat berleluasa; AIR, lalu dilontarkan dan diberi segala macam justifikasi normal mahupun tidak untuk membolehkan segala keuntungan dikaut darinya kpd jelata.
Itu belum lagi yang kaya kan terus kaya kerana mereka wujud dalam sistem yang membolehkan mereka terus menjana keuntungan dan mengaut kekayaan manakala yang miskin kan terus miskin kerana terhadnya mereka terhadap 'access' untuk membina kekayaan. Hanya yang benar2 ampuh sahaja kan boleh keluar dari 'lingkaran syaitan kapitalis' lalu membina kehidupan yang menyenangkan.
Sedari atau tidak, sopan santun, adab susila, maruah, kehormatan, malu dan ahlak sudah menjadi begitu murah dan menjadi tidak ternilai langsung malah menjadi bahan mainan dan dagangan.
Sedarilah ia..kembalilah kita ke jalanNya, moga moga ada sedikit ruang utk kita perbaiki diri dan keluarga juga masyarakat agar mudah mudahan kita semua kan punya sedikit nilai kemanusiaan dalam kehidupan....kerana pastinya dunia ini bukan pengakhiran malah bersifat sangat sementara, bahkan akhirat lah yang hakiki..dimana manusia kan dihidupkan kembali selepas mati, malah kan hidup buat selama lamanya.
Pada saat dan ketika itu, tiada makna kpd umur, tiada makna pada kecantikan dan nafsu, kerana semuanya kekal abadi dan untuk membolehkan kita menikmati kesenangan sebegitu diakhirat kelak, bukanlah jalannya dengan 'berjual beli' hak diakhirat dengan menumpuk kekayaan dunia....hanya satu sahaja pilihan yang ada...iman dan taqwa..masyaallah
No comments:
Post a Comment