by Alwi Mohd Yunus on Saturday, October 16, 2010 at 1:56pm
Bajet 11 telah sedikit sebanyak memberi impak pemikiran kpd mindaku. beberapa pakej rangsangan yg diberikan berupa ole ole dan juga peruntukan demi kesejahteraan rakyat telah membuat ku mengumam tentang sesuatu. Ini bukan mengecam mahupun menidakkan apa yg terkandung dalam Bajet 11. Ini cuma pandangan peribadiku dari sudut yg berbeza.
Apa sebenarnya yg rakyat mahu? Siapa mereka dan apakan kemahuan mereka di semua peringkat? Secara umumnya aku rasa lanjutan dari bicara sesama golongan marhen seperti ku jua...bicara ku sesama org kampung ku sendiri dan juga teman teman seangkatan. Ada perkara pokok yg aku rasa agak kurang diberikan fokus dalam Bajet 11..tak tahulah, mungkin aku terlepas pandang kerana aku tak berapa 'reti' bab ekonomi..namun punya hati besar ingin turut sama memberi komen bab bab ekonomi nih, walau ilmu tak 'de' la seberapa...tapi aku juga bukan bodoh untuk tidak mengerti langsung ataupun untuk tidak bersikap kritikal terhadap apa jua yg dibentangkan.
Aku rasa rakyat peduli semua perkara yg dibentang dalam Bajet 11 dan juga turut peduli tentang 'harga barangan' yg kelihatan tidak diberi penumpuan kecuali duti jualan yg tidak dikenakan ketas 300 jenis barangan. Kelakar juga sebab org kampung tak peduli soal pewarna rambut, beg tangan mahupun apa sahaja yg tersenarai dalam 300 barangan yg aku sendiri pun tidak mendapati sehingga sekarang senarai penuhnya..Mungkin sedikit masa lagi akan diumumkan senarai 300 barangan tersebut. Oh ye..apa yg kebanyakan orang mahukan. Sebenarnya aku rasa berdasarkan penilaian dan maklumbalas yg diterima, kebanyakan orang sangat peduli soal harga barangan asasi rakyat...beras, gula tepung dan lain lain lagi. Bagaimana kerajaan berusaha untuk menurunkan harga barangan tersebut? tidak dinyatakan sama sekali..aku pernah menyentuh perkara ini dalam blogku.
Ya benar...kita ingin tahu macam mana nak urus soal 'suapan'..bagaimana nk kurangkan kos dan harga barangan makanan tersebut. semua mahal sekarang ni..pergi pasar malam pun mahal, kedai runcit lagi le mahal, supermarket seruper gak ngan hypermarket..apatah lagi pasar borong. Cuma di pasar borong agak murah sedikit la. Jenuh gak la nk gi pasar borong..jauh beb!
Kalau la harga susu dipasaran diturunkan.....kan ke bagus..gula turun 20 sen..tepung 20sen..dan macam2 lagi. Ini bab kebajikan rakyat juga..kebajikan yg bersifat harian, sesuatu yg perlu di 'consume' secara harian. Kalau habis kat dapur memang kena beli, ada duit ke tak de duit ke memang kena 'start' kereta atau motosikal pergi kedai beli, tgh malam ker, pagi hari lagi ker, sebelum sembahyang jumaat ke...on the way nk gi kenduri kahwin ker atau dalam keadana mana sekalipun, memang kena beli..sebab itu produk 'consumer'. Iskkk jenuh ler kita.
Ni nak banding ni (walaupun orang tua nasihat jgn suka banding banding) buruk perangai katanya......aku peduli gak nasihat org tua2..cuma dlm konteks ni..perlu diketengahkan soal perbandingan itu supaya lebih terbuka sedikit pemikiran...kalau idak manjang jer bersyukur MEMBABI BUTA..padahalnya keadaan yang berlaku amat tidak realistik....apapun samada realistik ke idak, anda buat penilaian sendiri...sebagai contoh susu segar di UK yg diedar dalam botol dan dihantar dari pintu rumah ke pintu rumah..harga sebotol hanya 19pence...kalau di darab ngan 'let's say' dengan kadar tukaran wang semasa dlm sekitar rm0.95 sen....sebotol tu lebih kurang dlm 850ml. murah ke idak? lu pikir la sendiri bak kata si pelawak Nabil. Tu kat UK...rasanya Australia pun serupa juga. sebab tu ramai hijrah kat sana sebab 'cost of living relatively maintain at low price'...walau tak semua benda murah kat sana tapi secara keseluruhan dasar 'welfare' negara tersebut agak bagus untuk kita buat dan laksanakan di sini.
No comments:
Post a Comment