Salam semua...
Coretan ini dinukil sebagai maklumbalas terhadap kebejatan kenyataan yg dibuat di dada akhbar mahupun blog. Pernah dalam catatan di blog ini perkara yg sama aku timbulkan. Isunya ialah, kecaman@komen@kenyataan yg dibuat terhadap mana mana individu secara terbuka atau sebagai mengulas atau apapun yg dijadikan nilai berita. Apa masalahnya? Masalahnya ialah lunturnya etika, hilangnya tatasusila, leburnya adab dan kesopanan didalam memberi kenyataan lantas melahirkan kekeliruan dan kebejatan dalam masyarakat, natijahnya, rosaknya pemikiran dan ketenangan 'fikiran'.
Lihatlah, apa isu yg tidak keluar dalam berita(samada media massa, berita tv, blog dan coretan peribadi), apa berita yg bukan berita tetapi dijadikan nilai berita. Pasangan cerai atau baru melalui proses cerai mendapat liputan meluas terutamanya cerita artis 'Melayu' pula tu seolah olah yang menjuarai cerai berai ini ialah org Melayu..aduhai!!! Sakit kepala dibuatnya....itu belum lagi komen komen lain bersifat menghina dan menafikan seolah olah tiada langsung secebis kebaikan pada diri seorang individu tersebut terutamanya yang bersifat politik...jika benar politik itu kotor, jangan lah kita menambah kekotoran sedia ada, jadilah kita org yg cuba membersihkan kekotoran walau mungkin diketahui hakikat bahawa kekotoran itu tidak mungkin bersih. Berpeganglah pada prinsip bahawa kita ini mempunyai peranan dakwah, peranan menasihati, peranan mengajak kebaikan dan meninggalkan kemungkaran kepada saudara mara, keluarga, orang lain dan juga masyarakat.
Jika tiada prinsip sedemikian atau tidak mampu berlaku sedemikian, jgn terlibat langsung, hentikan tohmahan, elakkan dari memberi komen dan menjadikan sesuatu itu bahan berita walhal kandungannnya langsung tiada nilai berita...ingatlah, bahawa apa yg kita khabarkan (mungkin fitnah atau mengandungi fitnah) lalu dibaca oleh orang lain, ditokok tambah kemudiannya dan menjadi perkhabaran baru (fitnah yg asalnya 1 sudah bertambah menjadi 2, atau 3 atau lebih banyak) dan akhirnya menjadi berantaian...dalam keadaan sedemikian, dosa yg datang bersamanya juga bersifat berantaian..akhirnya bertambah dan semakin bertambah dosa yg terpalit dan perlu ditanggung oleh semua dalam rantaian tersebut terutamanya pemula berita. Inilah yg diungkap oleh Rasulullah saw bahawa diakhir zaman nanti fitnah menjadi sangat berleluasa dek kerana cepatnya berita tersebar lalu rosaklah pemikiran masyarakat. Para pengulas 'berlesen mahupun tidak' mengulas seenaknya tanpa batas dan had walhal maklumat yg diperoleh oleh pengulas itu amat sedikit utk membolehkan ia diulas dengan jujur dan bermakna..maka bertambah lagi lah dosa umat Islam dikalangan umat islam. Keadaan ini seumpama.....memberi khabar (berupa fitnah) dan mengajak semua orang berbuat DOSA atas khabar yg disampaikan lalu menyebarkan dan berkongsi DOSA tersebut beramai ramai di seantero jagat.
Terkadang kita tersilap juga mentafsirkan sesuatu berita yg pada anggapan kita bukan fitnah walhal sebenarnya adalah fitnah..ini sering juga berlaku..justeru kita mesti bersikap menyemak dulu perkhabaran sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap perkhabaran..ini jelas dinyatakan dalam al-Quran..jika datang kepada kamu suatu perkhabaran oleh seseorang yg fasik (dlm keadaan ini berita yg tidak jelas asal usulnya dianggap berita yg fasik ataupun yg membawa khabar itu seorang yg fasik) maka hendaklah 'fatabaiyanuu' diselidiki dahulu. Jgn buat kesimpulan sembrono. Kena ada 'filtering system' dalam diri. Jangan begitu teruja utk membuat komen dan tindakbalas.
No comments:
Post a Comment