Tuesday, December 29, 2009

Muhasabah diri di Tahun Hijrah yg baru 1431/Retrospec in the eve of new Hijri year...

Dear all...

Happy New Hijri Year 1431, let us together make a re-look at whatever past due and strengthen our commitment to ensure improvement of ourselves is made from time to time at all times.

Salam Maal Hijrah untuk semua, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk melihat dan muhasabah diri tentang apa jua yg telah tertangguh dan ditinggalkan dan berazam untuk melaksanakan proses penambahbaikan kepada diri dari masa ke semasa pada setiap ketika. Jangan senang dan ampuh dengan apa yang diperoleh malah mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan apa yg tidak dianugerahkan kerana didalamnya terdapat kebaikan dan hikmah yang tidak ternilai.

Friday, December 4, 2009

Why now?? Kenapa sekarang?...

At the end of the day, as it is normally happening thus far..it is the RAKYAT that have to suffer and cover the losses made due to policies wrongly implemented and introduced, projects poorly managed and implemented, development made unscrupulously..please refer to all cases reported where poor constructions and buildings were done. Then, there is no options on the part of the policy makers except to introduce GST, government service tax?? Okay keep on saying it GST, fine!! But will all the people understand what is GST? Why don't just say it as 'CUKAI BARANG' or tax on products and services??

Never mind if it is done properly with RAKYAT in the mind...never mind if it is done to help the POOR..is it so?? Provide adequate reports and information to RAKYAT how GST will work...provide all the information on the mechanism of the GST....what is the trade off. RAKYAT wants to know when GST is introduced, what benefits will it bring to RAKYAT, because RAKYAT has already taken up the burden of high price of consumer products.......please be considerate...please consider the RAKYAT..

One would not know the suffering of RAKYAT if the leader is comfortably sitting in his lavish office, driving luxury and comfortable car and so on...get down to RAKYAT...live like RAKYAT, like common people, eat cheap rice, eat at roadside stall not at the hotel, or luxury restaurant, stay at common house like ordinary RAKYAT...don't live like king.  Then leader will understand the suffering of RAKYAT. Otherwise, leader's understanding of the suffering of RAKYAT is mere lip service....

Wednesday, November 18, 2009

Sedarkah kita....

Ulasan ini akan pasti menyinggung ramai pembaca..jika terasa cilinya...

Jika makanan baik dan berkhasiat...maka kemungkinan badan akan sihat...pasti berlaku. Itulah perumpamaan jika bahan baca itu bernilai tinggi, kualitinya membangun minda...kemungkinan besar minda yang lahir ialah minda yang hebat.....benar bukan?

Cuba perhati di kedai kedai dan toko toko buku....atau kedai pojok yang menjual majalah majalah yang pelbagai.

Lihat siapa yang membeli dan bahan bacaan apa yang dibeli lalu dibaca??
Lihat juga, peringkat umur berapa yg membeli bahan bacaan seumpamanya dan mengapa?
Kemudian buat andaian mahupun analisa...mengapa begitu?

Jika karya karya besar atau karya yg baik...maka insyaallah, susuk itu akan punyai pemikiran yg matang dan luas lantas diterjemah dlm tindakan yg matang.

Jika susuk itu membeli bahan picisan, bahan gosip..maka akan terserlah dalam perbualan, percakapan dan pemikiran....sikapnya hasil dari bahan yg dibacanya..hatta terhadap perkara perkara yg diminati....

Untung atau rugi bukan wang atau kos...tapi untung ilmu mahupun idea dan pemikiran???

Kita selalu rugi.....Melayu kita selalu rugi....suka bahan picisan..suka bahan lambakan murahan....yg baik dan bagus2 semua ditinggalkan

Seumpama membeli durian, pilih yg sudah boleh dibuat tempoyak....manakala yg isinya baik dan bagus, tidak diendah atau dibeli atas alasan harganya mahal..jadi beli sahaja yg paling murah, yg dilambak, longgok.......jadilah kita serupa itu juga...punya fikiran jenis longgok dan lambak...sekali harung, sekali borong, tak mahu fikir satu satu...nak selesai semua secara borong...jadi kita malas fikir....kita tidak suka masalah, kita tidak suka 'problem'...

Benarlah ungkapan Birch, benarlah tulisan Frank Swettenham..dalam catatan diari mereka..tentang orang Melayu...benar kita suka diulit kesenangan, kita suka sangat....suka 'banget' dibodek, dipuji......

Melayu oh Melayu...bangsaku!!!

Perlukah kita tuduh menuduh..maki memaki.....

Aku memang menyangka cuma belum menemui sehingga akhir akhir ini...telah ku temui..betapa buruknya ungkapan...betapa jeleknya ucapan dan kata kata. Semuanya dek kerana satu pihak menyalahkan dan memaki serta menuduh satu pihak yang lain dan pihak yang lain turut sama membalas dengan cara yg sama....

Terus terang aku katakan...ianya sebab politik....kerajaan dan pembangkang.

Kutemui....kerana aku membaca beberapa ulasan blog-blog dan catatan catatan komen dalam facebook sejak akhir akhir ini...

Tak penting siapa yang memulai....tapi dua dua pihak dengan pendekatan sebegitu..memang tidak boleh dipakai. Tak boleh dijadikan contoh langsung. Bezanya di satu pihak...kaedah makian agak bersopan, sementara di pihak yg satu lagi 'brutal' and 'heaven'...harap jgn disangka yg mana satu...tak penting juga.

Sakit kepala mengikuti cemuhan yg tiada nilai walau sebesar habuk pun..nilai yg ada ialah imej 'kotor' pemikiran dan mental...mental tandus gersang umpama gurun yg hanya ada pasir berterbangan...

Jadi...fikirkanlah sendiri....nilailah sendiri....kita pun menyandarkan harapan kepada mereka semua ini....hahahaha

Kita yg tertipu lagi......

Saturday, November 7, 2009

media baru...merentas pertimbangan akal kita

Media baru...banyak telah diperkatakan. Ia merentas sempadan, mengubah pemikiran, mendekatkan yang jauh, merentas sempadan bangsa, politik, ekonomi dan sosial. Ia amat berpengaruh, amat diminati, amat dinamik dan pantas, amat bebas, tiada terikat kepada apa apa sekalipun justeru ia sentiasa mengundang kontroversi.

Ia medan penyaluran maklumat yang paling cepat, paling pantas, paling berpengaruh dalam masyarakat walau dimana jua sekalipun terutamanya kepada golongan muda. Impak yang dibawa oleh media baru ini sangat meluas dalam komposisi mesyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia ini. Ini membawa cabaran baru, dinamisme baru dalam faktor sosio-budaya masyarakat di Malaysia. Ia wujud dalam blog blog peribadi, laman laman web umum mahupun khusus.

Cabaran paling besar dalam yang merentas pertimbangan akal kita ialah kebenaran dan fakta. Sukar untuk dinyatakan mahupun untuk dibuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu fakta yang dilontarkan itu. Berbanding dengan media konvensional, ia mempunyai nilai 'accountability', walau ada juga kes kes salah lapor dan kesilapan fakta dalam media konvensional. Begitupun, sesuatu yang dipandang berasas dalam media baru seperti blog blog individu tertentu, yang dilihat amat berpengaruh, ialah kerana persepsi yang terbina berdasarkan berita mahupun ulasan yang dibuat. PERSEPSI yang mendorong kepada wujudnya penyebaran maklumat yang pantas kepada semua orang yang sentiasa melayari internet atau yang menjadi penduduk alam siber ini.

Apa yang penting bagi para bloggers ini ialah untuk mewujudkan satu suasana yang logikal dan rasional terhadap analisa sesuatu isu samada politik, ekonomi dan sosial mahupun sekadar nukilan nukilan biasa peristiwa yang dilalui oleh seseorang individu. Kebolehupayaan untuk menganalisa sesuatu isu tanpa ada rasa kekangan dari sesuatu apapun adalah satu daya tarikan yang kuat kepada meluasnya minat dikalangan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat melalui ruang siber. Ini ditambah pula dengan wujudnya teknologi RSS feeds, news feed, twitter dan lain lain lagi yang dari masa ke semasa memberi maklum balas secara otomatik terhadap berita atau maklumat yang dilanggan kepada individu.

Thursday, October 29, 2009

Binalah kualiti.....bukan kuantiti

Syukur alhamdulillah...segalanya adalah rahmat dan anugerah dari Illahi. Lihatlah sekeliling, betapa banyaknya masjid yang terbina utk kemudahan umat Islam mengerjakan solat dan samada solat 5 waktu mahupun solat Jumaat. Pelbagai bentuk dan senibina, berbagai konsep yg tekah dibawa untuk membina semua masjid masjid ini. Namun, isu utama disini ialah, berapa ramaikah dikalangan kita yang memenuhi masjid masjid di setiap ketika. Adakah kita berkunjung ke masjid hanya pada waktu yang tertentu semata mata? Adakah kita hanya ke masjid pada waktu solat Jumaat manakala tidak langsung menjengah ke masjid pada waktu waktu yang lain. Adakah kita ke masjid hanya kerana ingin menziarahi masjid tersebut kerana kagum dengan senibina dan konsep yang ada di masjid masjid tertentu?

Cubalah kita buat sedikit pemerhatian pada ketika solat lima waktu, berapa ramaikah jemaah yang mengerjakan solat berjemaah di masjid? Sedih sebenarnya untuk diperkatakan bahawa, masjid kita gah tersergam dengan senibina ketimuran mahupun konsep moden di merata rata tempat namun jemaah yang menghadirinya amat kurang sekali untuk solat berjemaah 5 waktu. Mengapa terjadi sedemikian? Janganlah kita terlalu mengutamakan kuantiti tetapi meninggalkan langsung aspek kualiti.

Jika mahu dijadikan pengukur tahap kualiti umat Islam di negara ini, cukuplah jika kita lihat berapa ramai yang mengunjungi masjid di setiap ketika dan kesempatan untuk solat berjemaah 5 waktu. Sebagai contoh, berapa kerat diantara kita yang ke masjid untuk solat Zuhur dibandingkan dengan berapa ramai yang masih bersantai di restoran dan kedai kedai makan pada ketika yang sama? Berapa ramai pula yg berbondong bondong ke masjid pada waktu maghrib dibandingkan dengan waktu Subuh? Dan pada waktu yang sama, berapa ramai pula yang berada ditengah tengah pasar malam mahupun di gedung gedung membeli belah berbanding dengan yang pergi ke surau mahupun masjid? Itulah sandaran kualiti umat Islam di negara ini. 

Tuntutan ke masjid bukanlah tuntutan yang utama namun solat berjemaah di masjid itu yang paling utama. Jika mengunjungi masjid semata mata namun tidak turut sekali mengerjakan solat berjemaah bersama imam dan jemaah yang lain, itu ialah perbuatan yang sia sia. Ada banyak faktor yang menggalak kita semua ke masjid dan begitu jua ada terlalu banyak faktor yang menghalang kita untuk ke masjid. Justeru, marilah kita sama sama renungi dan muhasabah diri terhadap perkara ini.

Solat berjemaah di masjid dengan lipatan 27 kali ganda pahala dengan pahala iktikaf adalah adalah suatu tuntutan dan tawaran yang dijanjikan oleh Allah swt. Harus difahami bahawa ia adalah suatu janji yang benar dari Allah swt, manakala tawaran keseronokan dan kelalaian dunia pula adalah suatu nikmat yg menyelubungi hati dan jiwa setiap dari kita. Ia bersifat sementara namun nyata, manakala janji Allah itu kekal. Itulah beza antara tawaran Allah swt dengan tawaran dunia. Secara psikologinya, manusia lebih tertarik dengan kenikmatan serta keseronokkan dunia berbanding dengan nikmat ibadah. Mengapa sedemikian? Salah satu punca utamanya ialah jiwa dan hati kita sudah mati. Jiwa dan hati kita sudah keras.Apabila jiwa dan hati kita keras maka, kenikmatan ibadah itu akan beransur hilang. Apabila kenikmatan beribadah itu hilang maka yang akan mengisi jiwa dan hati kita ialah keseronokan dunia atau cinta dunia yang didorong oleh nafsu. Tiada lagi keihklasan beribadah kerana Allah, maka yang timbul ialah mengerjakan tuntutan agama itu sebagai rutin semata mata, atau kerana malu dipandang oleh masyarakat atau keluarga, atau kerana sudah jadi budaya dan amalan harian atau kerana ingin menjaga maruah dan nama baik diri sendiri. Inilah yang sebenarnya yang merajai hati dan jiwa kita. Perasaan inilah yang sedang kita alami pada ketika. 

Buatlah semakan diri sendiri, tanyalah diri sendiri; 
  1. Berapa kerap aku ke masjid? Berapa kerap aku tidak ke masjid?
  2. Berapa kerap aku solat berjemaah? Berapa kerap aku solat seorang diri?
  3. Bila aku ke masjid? Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak? atau Subuh sahaja atau Zuhur sahaja atau waktu 'favorite' Maghrib sahaja? atau hanya ketika Solat Jumaat sahaja?
  4. Mengapa aku ke masjid? Apakah niat ku ke masjid-bertemu rakan, solat semata mata, menghadiri majlis atau apa sahaja alasan?
  5. Adakah aku seronok ke masjid?
  6. Adakah aku suka ke masjid? Mengapa tidak?
  7. Adakah aku tahu keutamaan dan pahala ke masjid berjemaah?
Tanyalah seberapa banyak soalan sekalipun namun perkara utamanya ialah NIAT. Niatlah dengan betul iaitu ke masjid kerana mengharap keredhaan Illahi, pergilah ke masjid kerana Allah, bukan kerana sesiapa, bukan kerana menjaga maruah diri, bukan kerana malu dengan anak anak, keluarga, ibubapa, mertua, masyarakat dan jiran tetangga, serta bukan ke masjid atas kepentingan peribadi, untuk mencari pengaruh dan sebagainya. Juga bukanlah ke masjid kerana mahu bertanding di pilihanraya yang bakal menjelang, supaya dikenali oleh masyarakat. Pergilah ke masjid kerana Allah, bukan kerana dituntut atau kerana tawaran apa apa sekalipun. Jadikanlah ia suatu aktiviti dan amalan yang seronok untuk kita lakukan kerana kitalah yang meramaikan jemaah. Segalanya bermula dari diri sendiri bukan orang lain.

Bersambung......28 Okt 09, jam 1.45am.

Sunday, October 18, 2009

Greatest gift......

We human loves to receive gift...anyone dislikes gift? we appreciate the gift received from anybody, from friends, relatives, children and wife. we even keep it safely. More so when we receive gift from the Almighty Allah. His greatest gift...ISLAM. It is the greatest gift of all because it saves us from the hell fire. This gift is not an ordinary gift as it is also a blessing from Allah since we are now the Ummah of the Prophet Muhammad. This is truly perfected in the verse of Allah in al-Maidah: 3;

'Today, I have perfected your Din (way of life) for you, and I have completed my blessing upon you, and I have willed that Islam be the way for you'

Therefore, don't you think that we must appreciate the gift from Allah; ISLAM? Of course, we must be very grateful and must show our gratefulness by rendering HIS due..otherwise, we are ungrateful to His gift. Since Allah has enlightened our life with blessing of Iman and Islam in our heart, and becoming the Ummah of Prophet Muhammad saw, there is no other way except showing our gratitude to Him. It must begins with us, ourselves becoming totally committed followers of the Prophet Muhammad saw. We must become true Muslim, and not the ordinary perception as today where, we take what we want to do from the teachings of Islam and left out other teachings that we do not want to do. Dear brothers and sisters, please do not fool yourselves by taking what you like and omitting what you do not like in Islam. Please enter Islam totally and never becomes like others who take Islam for granted.

Why we always take Islam for granted? because most of us today especially in Malaysia, is a Muslim by virtue of being born in a Muslim family, our father and mother are Muslim, our fore fathers and fore mothers are Muslim, our relatives are Muslim. It is true enough to say that, we are not become Muslim just because we are born in a Muslim family? because we are sons and grandson of a Muslim. What happen if we are born in a Muslim family but never practice the teaching of Islam, are we Muslim? or we are just Muslim by names?

Are we not simply the same with other non-Muslim, born in a family and never practice the teaching of Islam, we do not perform prayer, never perform alms-giving, never perform fasting in the month of Ramadhan, never perform Hajj... don't you think that we are just like other non-Muslim, we are like Buddhist, Hindus, Christian, Jews and others.....think about it!  We are not truly a Muslim by virtue of being born in a Muslim family, or belong to some races...because a truly Muslim is not recognized by his background, by his birthright, by his race, country, place rather it is recognized based on his belief or Iman to Allah and his Prophet Muhammad saw. This belief leads individual Muslims to perform whatever the teachings of Islam. And this is the only things differentiating us Muslims from non-Muslims.

Think straight....for change

In the Quran, Allah said;

"Verily never will Allah change the condition of a people until they change what is in themselves" Ar Ra'd: 11

The verse above is the revelation from Allah, indicating the law of change in the life of a mankind. Based on the law of change, our life, our conditions, our wealth, our hardships, will never change unless we ourselves do make the changes. Then things will get better. It is true enough that everything has already stated earlier by Allah through the principle of 'Taqdir' however, one must remember that in the making of something, in the process of one thing to happen, Allah has always made the 'cause' of thing to occur before something can happen. As human being, we must understand this law of change in order for us to overcome the feeling of anxiety, uneasiness, fear, worry or hardships. One will never escape from those feelings unless one is still remaining in the same old condition like before, one is not willing to change, one remain in the same pattern of thinking and behavior as well as attitude. One needs to find, in his capacity a way out of the old conditions, of fear and worry, of poverty aand hardship. But how to go about it?

In order to pursue change, and make change a oneself journey, first change your thinking...think straight, think positive, move your thought all the time from negative element and fill it with positive element, make your thinking a dynamic activity by being creative to solve problems and find solutions. Never fill your thought with sad things, sad stories, negative thoughts or bad thoughts about other people or about your own life. Fill your thought with positive element by enjoying your life...put the feeling of happiness about life, enjoy your life and live life to the fullest. Whenever you feel that you have such a heavy burden in life, put a stop and think back...say it hard to your self, say it many times 'I have to enjoy my life, in order to enjoy my life I have to perform these, my jobs and responsibility, and by doing this I am enjoying my life'.

Thursday, October 15, 2009

Will there be real change..or mere rhetoric.

UMNO must do real change, real transformation and real reform. Failure to address pending issues will only degenerate UMNO as a party of burden to Malays. UMNO must address hard on corrupt practices, corruption and money politics. At the same time, UMNO must look into unresolved issues that concern a lot with rakyat.

UMNO must be fair and looked fair by others; members and rakyat. UMNO must act strongly on the malaise of the Malays as well as other races. This is to be balanced. As such, for example, if UMNO is serious enough, to address social ills, then UMNO must recommend strong policy changes on the source of the ills; drugs, negative cultures etc. And if UMNO is really on the issue of Bahasa Melayu, it must make it hard enough, it must have firm stands on the issue and urge Govt to stick to Bahasa Melayu policy,not mere lip services.

Wednesday, October 14, 2009

When intellectual perishes, the fools will become leaders....

I have quite sometimes tried to say and give some thoughts on the above statement made by Prof. Syed Naquib Al Attas in his course against corruption. His statement have had some impacts on the current political scenario of today in Malaysia..the Bagan Pinang by elections have shed some surprising results and implications. The convicted candidate of corruption have won by substantial majority against the PAS candidate. Even though he have served the punishment or whatsoever, this has yet to give clear indication to the practices of corruption in UMNO for the people and UMNO members. Thanks to the grass root support of the people of Bagan Pinang. Congratulations to the candidate.

I am pretty much worried of the future of UMNO since the Bagan Pinang by elections have implied the impending problems of corruption in UMNO. I am not questioning of the win but the impact that brought together with the win.

Firstly, the continuing efforts to curb and diminish corrupt practices in UMNO and in Government have been put to a halt because of the selection of ex-convict corrupt leader. The win also put in place the indifference of the Government policies and initiatives towards corruption and corrupt practices. It implies that people have the forgiving thinking of the corrupt practices in UMNO. People easily forgive and forget to the extend that they put the trust back to such leaders.

There a lot of questions in mind. What happen to the strong voices against corruption in UMNO. What happen to the concerted efforts made to revamp UMNO in order to demolish corrupt practices. More so in the Government administration? Is it merely a lip service all this while? Is it only for the sake of protecting own position? How do we expect to win back the heart of those people and rakyat. More damages are done than the win itself. The win only put UMNO in a short term complacency but long term societal mess and hiccups.

Integrity and accountability of the leaders are put into questions by the people. It is true enough to say that, there is an emerging deterioration of thought and intellectual in the Malay society and UMNO members. UMNO must be bold enough and brave enough to drive change and this change must take place. The change that is felt by the people and rakyat, then only UMNO will win back the support that it has enjoyed over the years. The change that is true enough...if not I am pretty much worried that in the next general election UMNO will go for worst than the existing result.

Ada nilai dalam persahabatan....

Kita sering ketemu,kita sering bicara,kita sering senda gurau, kita sering ingat mengingati,kita sering terimbau kenangan lalu, malah kita sering terluka dek bicara mahupun kelakuan sesama sendiri. Itulah yg kita lalui dlm persahabatan,perhubungan malah pergaulan. Ada yg menghormati batas,ada yg keterlaluan,ada yg tidak peduli apa apa. Disebalik segalanya, kita teruskan persahabatan, kita penuhi cerita alam, dari kota London hingga ke Kuala Lumpur, dari utara hingga ke selatan, dari hati nurani hingga yg menggamit akal diri, kita warnai perhubungan..kita tetap ketemu setiap kali, kita tetap bicara tentang segala galanya.


Itulah manusia, kita diseru utk 'Litaarafuu bainakum' saling kenal mengenal sesama kita..itulah seruan kerana didalamnya ada nilai dan hikmah tersembunyi,ada pengajaran yg sangat bererti. Memahami seruan ini kita akan mengenal diri, mengenal sikap, memberi teladan malah menerima pengajaran. Melaluinya jua, kita menyampaikan dakwah, pengajaran dan segala pengertian dalam kehidupan yang fana ini. Itulah sebenarnya antara hakikat kita dijadikan, hakikat kita diciptakan, dengan berbilang bangsa, berbilang bahasa, budaya dan keturunan, lelaki dan perempuan, bahkan ciptaan ciptaan Illahi yang lainnya, setiap satu berpasang pasangan malah yg paling kompleks sekali ialah berbilang sikap dan perangai serta tingkah laku. Apakah makna semua ini? Paling utama ialah menyedari bahawa ada Sang Pencipta disebalik segalanya. Ada Penentu Takdir yg mengawasi setiap perkara yang berlaku, dari perkara perkara yg sekecil kecilnya hinggalah perkara yg serumit rumitnya.


Justeru, kita disaran menghulur tangan persahabatan bukan bermusuhan, kita disaran untuk memikir dan memahami bukan menjerumus diri dalam konflik sesama, kita disaran berlaku adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukan bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan diri. Yang paling utama, kita disaran memaafkan sesama kerana itu ialah kunci kekalnya hubungan dan persahabatan. Itulah pengertian nilai pada persahabatan dan nilai pada perhubungan. Bak kata si pendendang lagu Casey...andainya ada diantara kita nanti...berpatah arah serta memungkiri janji...jangan ada benci....suka dan duka dilalui...menjadi kenangan disudut hati....sakit menyakiti, luka melukai...memusnahkan diri...


Hulurkan salam, murnikan hubungan, bukan pulau memulau, benci membenci, sakit menyakiti sesama...malah maaflah sesama untuk segala kekurangan, kelemahan diri, kata bicara, tingkah laku dan jadilah sesama kita jaguh dalam mempertahankan sesuatu perhubungan dan persahabatan dan bukannya juara pemutus kasih sayang, pemutus perhubungan dan persahabatan. Itulah yg disaran, itulah yg dianjurkan oleh Junjungan Rasulullah saw, kerana Nabi tidak pernah memutus hubungan, malah mendekatkan yg jauh, menjernihkan yg keruh. Justeru, mengapa kita bertindak sebaliknya, atas nama apa sekalipun, atas perbuatan apa sekalipun, atas budaya malah adat apa sekalipun manusia sebagai individu tidak berhak sama sekali, tidak sesekali berhak untuk memutuskan hubungan.


Hanyalah dalam rukun perhubungan itu, bersandarkan prinsip Islam yg sebenar kita dibenar untuk membenci PERBUATAN yg dilarang/perbuatan yg haram dan salah disisi agama semata mata dan bukan membenci individu si pelaku. Kita tidak berhak membenci sipelaku, malah memutuskan hubungan dengan sipelaku, malah kita disaran untuk menghulur tali perhubungan dengan sesama kita. Ingatlah 'Hablumminallah, wahablumminannaass'...jagalah hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.

Saturday, October 10, 2009

Seek knowledge..upgrade yourself....consistently.

If a person don't really seek knowledge of understanding the CREATOR, therefore, in this world he is a failure. To know Allah is through acquiring knowledge about this universe and ask ourself basic question: Who created this? world? human being? and everything.....

So when the knowledge acquired is so little, then so little we know our Creator...when it is so, then how do you expect to come closer to our Creator.

Change..berubah....semudah dikata sahaja As easy as it is said.

Dare to change..then u change..if u do not dare to change...don't complain if things remain the same...never ask people to change, you, yourself must change first, never expect others to change, you, must change first...if not things remain the same.