Media baru...banyak telah diperkatakan. Ia merentas sempadan, mengubah pemikiran, mendekatkan yang jauh, merentas sempadan bangsa, politik, ekonomi dan sosial. Ia amat berpengaruh, amat diminati, amat dinamik dan pantas, amat bebas, tiada terikat kepada apa apa sekalipun justeru ia sentiasa mengundang kontroversi.
Ia medan penyaluran maklumat yang paling cepat, paling pantas, paling berpengaruh dalam masyarakat walau dimana jua sekalipun terutamanya kepada golongan muda. Impak yang dibawa oleh media baru ini sangat meluas dalam komposisi mesyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia ini. Ini membawa cabaran baru, dinamisme baru dalam faktor sosio-budaya masyarakat di Malaysia. Ia wujud dalam blog blog peribadi, laman laman web umum mahupun khusus.
Cabaran paling besar dalam yang merentas pertimbangan akal kita ialah kebenaran dan fakta. Sukar untuk dinyatakan mahupun untuk dibuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu fakta yang dilontarkan itu. Berbanding dengan media konvensional, ia mempunyai nilai 'accountability', walau ada juga kes kes salah lapor dan kesilapan fakta dalam media konvensional. Begitupun, sesuatu yang dipandang berasas dalam media baru seperti blog blog individu tertentu, yang dilihat amat berpengaruh, ialah kerana persepsi yang terbina berdasarkan berita mahupun ulasan yang dibuat. PERSEPSI yang mendorong kepada wujudnya penyebaran maklumat yang pantas kepada semua orang yang sentiasa melayari internet atau yang menjadi penduduk alam siber ini.
Apa yang penting bagi para bloggers ini ialah untuk mewujudkan satu suasana yang logikal dan rasional terhadap analisa sesuatu isu samada politik, ekonomi dan sosial mahupun sekadar nukilan nukilan biasa peristiwa yang dilalui oleh seseorang individu. Kebolehupayaan untuk menganalisa sesuatu isu tanpa ada rasa kekangan dari sesuatu apapun adalah satu daya tarikan yang kuat kepada meluasnya minat dikalangan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat melalui ruang siber. Ini ditambah pula dengan wujudnya teknologi RSS feeds, news feed, twitter dan lain lain lagi yang dari masa ke semasa memberi maklum balas secara otomatik terhadap berita atau maklumat yang dilanggan kepada individu.
No comments:
Post a Comment