Saturday, April 21, 2012

Terkadang aku terbawa bawa!

Salam ukhuwwah...


Rintik rintik hujan mengiringi musafir ku ke kg halaman pagi ini. Ibu lesu disebelah ku keletihan. Aku menghantar ibu kembali ke kampung setelah seminggu ibu berada di rumah adikku. Aku mendapat seorang lagi 'anak buah' perempuan yang comel dan cantik. Ibu sekadar menemani sambil menikmati keseronokan menimang cucunya yang baru!


Alhamdulillah, selamat sampai di kampung! Aku syukur kepadaMU Ya Rabb...setelah itu aku bergegas keluar untuk meronda ronda sekeliling kampung! Itulah kegemaran ku setiap kali balik ke kampung! Mengimbau dan menikmati kampungku! Sambil melihat lihat perubahan yang berlaku! Baru baru ini, atas daya usaha aku dan beberapa orang dari teman teman sekampung, aku menyediakan laporan lengkap bergambar tentang keadaan jalan kampung yang sudah rosak kepada pihak JKR dan pihak berwajib yang lain! Alhamdulillah, usaha itu menampakkan perubahan yang ketara, bukan hanya di kampungku sendiri, malah di kampung kampung seluruh Bagan Datok ini....jalan jalan kampung ada yang telah berturap tar baru, ada yang sedang diperbaiki dan menunggu diturap. Itulah usaha kecil kami semua dikalangan Kelab Anak Rantau Bagan Datok atau lebih dikenal KERABAD....


Jeti Bagan DatohAtas prinsip lebih memberi dari menerima, dan juga prinsip ingin berbakti dan menyumbang kembali kepada kampung halaman...KERABAD ini tertubuh sebagai sebuah NGO...melalui rangkaian Facebook, KERABAD sudah berjaya mengumpul hampir 4000 orang ahli...adalah diharapkan melalui kuasa jaringan dan kelebihan kepakaran pelbagai, maka sesuatu usaha menambah baik kampung halaman dalam segenap aspek dapat dilakukan oleh para anak rantau Bagan Datok! Tiada niat lain melainkan ingin melihat Bg. Datok terus maju dan makmur! Ramai anak BD yang telah berjaya di luar. Ramai yang merantau! Ada yang jadi menteri, ada yang jadi pemerintah tertinggi dalam angkatan tentera, ada jutawan, ada profesional, ada usahawan, ada jurutera, ada pengarah, ada pakar IT, ada guru, alim ulamak malah para daei yang berjaya serta berbagai lagi bidang dan kepakaran yang pelbagai!


Alangkah bagusnya jika sedikit percikan usaha dan kerjasama dapat dijalin bersama, lalu menatijahkan suatu perlaksanaan program mahupun inisiatif yang memberi faedah samada ekonomi, sosio, politik yang berbentuk fizikal, spiritual mahupun intelek. Alangkah bagusnya jika semua kepakaran ini dapat bergabung atas satu matlamat dan tekad untuk membangunkan ummah demi kebaikan semua! Itulah antara visi dan harapan serta landasan tertubuhnya KERABAD....




Usaha pembaikan jalan jalan kampung, pembersihan parit dan masalah masalah yang menyebabkan jalan cepat rosak dengan faktor kenderaan lebih muatan yang menggunakan jalan di Bagan Datok telah diajukan kepada pihak wajib menggunakan laporan bergambar  adalah antara beberapa usaha kecil KERABAD, selain dari usaha usaha lain yang telah berjaya....namun ia tidak datang dengan mudah! Entah kenapa banyak kecaman, hinaan dan sindiran malah cemuhan kata kata kesat terhadap KERABAD walau telah berkali kali dijelaskan matlamat, objektif serta fungsi KERABAD sebagai NGO! Inilah yang membuat aku sejak akhir akhir ini agak terkesima dan merasa sesuatu perlu dilakukan....keadaan sangat keterlaluan!


Tiada apresiasi terhadap usaha yang telah dilakukan! Itulah yang aku kesali! Malah isu isu yang ditimbulkan walau ia betul namun fakta yang diputarbelitkan, penambahan cerita yang melampau, serta pandangan sempit, perbandingan yang amat tidak adil telah membuat diriku jelik sedikit! Aku fikir sesuatu perlu dilakukan! I hate the sin not the sinner...itu prinsipku! Aku tidak membenci individu, aku membenci kelakuan yang biadap, cemuhan yang melewati batas sempadan adab dan lunas lunas agama! Aku fikir aku perlu sedikit memberi cabaran kepada mereka yang sedemikian...memang mudah bercakap, tak mudah melakukan...aku mengajak mereka dan memberi cabaran "mari kita sama sama ambil tanggungjawab dan berusaha untuk menyelesaikan isu dan masalah yang dinyatakan dengan keupayaan sendiri tanpa perlu menuding jari kepada orang lain"....dalam hal ini, hari ini aku agak bersikap sinis...'Kalian semua cakap jer pandai, akan tetapi bila diatur program gotong royong, hanya beberapa kerat yang turun....walhal tempohari ada kata kata masjid tak terurus, tanah kubur semak dan sebagainya...yang bercakap berdegar degar itulah yang tak datang...wawaran melalui FB telah dibuat awal agar melapangkan waktu pada tarikh ini!' Itulah antara inti 'posting' ku di FB ku hari ini!


Lalu aku ditegur oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan dari jauh! 'Jangan terbawa bawa...bersikap profesional dan matang...serta beberapa nasihat yang lain!' Aku berterimakasih kepadanya atas nasihat yang bermakna...ia mengingatkan aku agar tidak terbawa bawa! Aku perlu bersikap professional! Betul katanya....tidak mudah memuaskan hati semua orang! Aku perlu seimbang intelek dan seimbang emosi! Tidak mudah juga untuk memahamkan orang lain. Fikrah tidak sama sukar sekali untuk berpadu! Kematangan setiap individu berbeza! Aku tidak perlu terbawa bawa! Masyallah! Aku mendapat pengajaran yang amat bermakna hari ini! Amiin Ya Rabb!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: