Tuesday, April 3, 2012

Cukupkah setakat itu...

Salam ukhuwwah....islamic wallpaper

Kita cakap berdegar degar....kita bicara gegak gempita. Tapi adakah setakat itu? Dimana pelaksanaan? Jangan cakap orang tidak betul, ini tidak betul, itu tidak betul.....buat dulu usaha perlaksanaan kendiri! Adakah telah selesai? Ia tentang apa? Ia tentang apa sahaja....tentang kehidupan. Tentang segala galanya! Ia merujuk kepada kita sebagai seorang Islam. Cuba kita tengok 'checklist' ini......(maaf, saya juga melihat akan kekurangan dan kelemahan diri yang belum saya penuhi, checklist ini sekadar peringatan buat diri dan kalian)....Kita kata kita beriman, tapi cukupkah sekadar kata kata? Cukupkah ilmu tentang Islam yang kita anuti ini?

1. Kita telah bersyahadah, namun adakah kita sebenarnya memahami apa yang di'syahadah'kan itu? Adakah sudah dituruti semua perintahNYA, sudah ikuti semua sunnah NabiNYA?

2. Kita baca alQuran untuk tahu apa perintahNYA...tapi kita fahamkah apa apa yang kita baca...atau sekadar pandai baca penuh tajwid tapi tak tahu apa maksud dari bacaan kita! Dari kecil kita diajar baca alQuran sehingga umur 40 tahun (umur saya).....adakah sekadar bacaan! Berapa kali kita menangisi diri dek kerana bacaan yang kita fahami itu menyentuh hati kerana kebenaran yang dibawanya.....contoh, alRahman: 25 (Semua yang ada dibumi itu akan binasa)....namun, kita sekadar baca tanpa mampu untuk membuat kaitan dan memahami maksud ayat ke 25 dalam Surah alRahman ini...bahawa segalanya akan binasa....lalu ini lah yang menjadi punca masalah mengapa KESEDARAN lambat menyerap dalam hati, lambat mendatangi kehidupan. KESEDARAN itu akan melahirkan KEINSAFAN, namun ia tidak hadir saat kita membaca alQuran kerana kita tidak faham. Kita sekadar baca sahaja! alQuran bukan wahyu dan kitab untuk bacaan, tapi ia untuk difahami dan dilakukan! Inilah silapnya kita. Sepatutnya apabila membaca ayat ke 25 itu, suatu perasaan sesal patut wujud kerana apa yang kita duk 'kejar' dalam dunia ini, apa yang kita duk cari, hanya akan binasa kecuali jika ia dicari, diguna kerana Allah.....pabila faham, sepatutnya kita tahu bahawa dunia ini sementara....dunia ini tidak kekal. Apa yang ada di dunia ini tidak membawa manfaat kecuali di dunia semata mata dan kecuali ia diguna kerana Allah! Itu baharu satu ayat dalam beribu ribu ayat dalam alQuran. Itu baharu dalam alQuran, belum lagi jika kita teliti dalam Hadis Nabi saw! Banyak perkara kita terlepas pandang, tidak ambil berat dek kerana kita bersyahadah tetapi hanya dimulut sahaja! Bayangkan, umat Islam diberi 'tips' dan cara hebat dari Illahi tentang bagaimana perlu menjalani kehidupan di dunia ini....tapi kita tak amik endah! Kita tidak serius memahami! Bayangkan, jika setiap diri di bumi Malaysia ini memahami sekurang kurangnya prinsip asas kepada kehidupan....ada sekitar 10 - 15 juta orang Islam di bumi Malaysia ini....bayangkan bagaimana natijahnya kepada UMMAH!

Sukar senario ini akan berlaku jika bila dah pencen baru terhegeh hegeh belek alQuran...(apapun ia tetap bagus juga daripada langsung tidak berbuat apa apa)....bila dah susah, hidup dah sempit baru sibuk nak sedar dan insaf, bila masa senang, masjid dan surau hanya dilewati saat masuknya waktu solat, sebelum  itu, bahkan solat pun tidak diambil endah. Islam bukan diamalkan ketika nak nikah kahwin sahaja, ketika berlaku kematian, atau ketika ketika tertentu sahaja...Islam adalah kehidupan seluruhnya. Mana boleh kita mengucap syahadah, tapi kita pakai Islam untuk keadaan dan tempat tempat tertentu sahaja. Mana boleh ambil sikit sana, tolak sini. Islam ini syumul iaitu seluruh kehidupan!

Justeru, cukupkah setakat itu? Ia sebenarnya tak cukup. Kita kata 'okay la, buat mana yang boleh'...ini ungkapan mungkar! Kita dah mengakui Allah, dan Nabi saw....kita kena ikut dan patuh! Mana boleh kita guna ungkapan 'buat mana yang boleh'.....sudah tentu apa yang Allah perintahkan itu adalah perintah yang boleh dilakukan, tidak mustahil, begitu juga dengan laranganNya.

Cukupkah kita kata kepada orang lain tapi diri sendiri tidak tentu lagi?
Cukupkan kita ungkap ini tidak betul, itu tidak betul, tapi diri sendiri tidak selesai?
Cukupkah kita ucap tapi kita tidak buat? Bahkan hanya menunjuk jari kepada orang lain?

No comments: