Monday, April 16, 2012

Syukurlah!

Salam ukhuwwah...



Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

(Surah Luqman : 12)


Maksudnya :
……“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’matKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Marilah bersyukur.....

Ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Rabb atas:
  • udara yg dengannya ku bernafas saat aku celik dan tidur
  • minuman yg ku hirup, makanan yang ku hadap
  • kesihatan yang kau kurniakan, kesakitan yang kau anugerah
  • kesenangan yang kau beri, kesusahan yang kau timpakan
  • kelapangan yag kau beri, kesibukan yang kau ketahui
  • umur yang dinikmati, hidup yang diberkati
  • atas semua dan segala nikmat yang kau kurniakan sehari hari....tidak terhitung banyaknya.

No comments: