Assalam semua...
Bicara suatu malam bersama sang teman...dalam santai kami mengimbau dan berdiskusi. berbicara soal ummah,soal diri dan soal masyarakat dan kejiranan..bukan membuka pekung didada, bukan jua mengungkap fitnah dan keburukan..akan tetapi bicara yg kuanggap intelektual dalam pesona isu semasa. Ia terbit pabila ku bersantai bersama keluarga, makan malam bersama diluar sejak sekian lama dek kerana perut yg berkeroncong tidak memungkinkan isteri utk 'bersilat' di dapur...lalu ku putuskan makan diluar, restoran Thai didepan masjid, menjamu pesanan yg santai...(menjaga kos tinggi, harga yg semakin meningkat naik)...
Lalu kedengaran ditelinga, bait bait ceramah maghrib sang ustaz di masjid berdekatan....."bagus ceramah ini" ujar isteriku, "siapa ye yang berceramah" ujarnya lagi...aku menggumam "tidak pasti siapa...ayang" ujarku.Kedengaran jelas, penuh bertenaga "Rasulullah saw, pernah ditawarkan harta dan pangkat ketika mula2 dakwah di Mekah dulu, seumpama hari ini pejuang dan pemimpin Islam ditawarkan projek dan komisen....akan tetapi jawab Rasulullah saw..walau matahari diletakkan olehmu ditangan kananku, dan bulan ditangan kiriku..tidak aku sesekali meninggalkan perjuangan dakwah ku ini..berlaina pula dgn keadaan kita hari ini" kata si penceramah. Tambahnya lagi, "tidak cukup itu..ditawarkan perempuan..seumpama GRO, mahupun gadis genit pada zaman ini kpd Baginda Rasulullah saw..namun baginda tetap menolaknya...turunlah ayat Al Kaafiruun...engkau dgn agama engkau wahai org kafir, tidak aku sembah apa yg engkau sembah, tidak engkau sembah apa yang aku sembah, bagimu agamamu, bagiku agamaku..." Sungguh bersemangat sekali penceramah ini getus hatiku..kami teralun dek ceramah yg diberikan."hari ini, perjuangan dakwah sudah lemah...kita gagal menegakkan Islam kerana kita terpedaya dgn janji manis projek, komisen, harta, pangkat dan wanita...samalah jua keadaannya di zaman Jahiliyyah dulu....hari ini hukum Islam tidak tertegak, peraturan dan undang2 hudud tidak dilaksana...porak porandalah masyarakat...gejala sosial berleluasa...angkara kita sendiri...kita sudah merdeka 50 tahun lebih..ada tok batin di ceruk sana sini yg rukun iman dan islam pun tak tahu lagi, hanya sekadar mengucap sahaja...ini keadaan yg teruk" ujar si penceramah.
Itulah sebahagian cebisan ceramah malam tadi...aku termenung dan berfikir..."ada sesuatu yg tidak kena dengan ceramah ini".....inilah yg kubicarakan dengan sang teman yg dengan gagah turut memberi pendapat sealiran dengan aku..."baguih mamat nih..dah faham konsep Islam dan dakwah..."ujarku bila sang teman turut mengulas dan memberi pendapat sambil menunjukkan kes dan suasana yg berlaku di Sabah....Inilah perkara yg ingin kuulas berdasarkan kefahaman ku yg dangkal dalam entri di blog kali ini.
Bukan mudah kerja dakwah...jika tidak menghayati dan memahami konsep dakwah..maka kerja dakwah yg dilihat mudah itu sebenarnya boleh membawa kpd pemesongan pemahaman, kebenaran yg ingin diungkap, boleh menjadi kekeliruan yang berpanjangan. Begitulah juga pendapatku tentang kuliah maghrib yg ke dengari dari si penceramah itu tadi....aku tidaklah sebijak dan selantang seperti si penceramah itu..tp aku hanya sekadar mengulas dan memberi analisa sedikit..aku hormati si penceramah dan komitmennya dalam memberikan kuliah dan ceramah, lagipun aku tidak tahu siapa dia, sekadar dengar suara. Maaf tidak aku bermaksud utk menjatuhkan maruah, nilai diri mahupun menafikan apa yg dikatakan cuma sekadar menyentuh bahagian yg kurasakan kurang tepat...atau mungkin aku yg tersalah menganalisa.
Berdasarkan ungkapan si penceramah itu..akurasakan kurang tepat untuk membandingkan secara terus kes Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya dalam konteks dakwah Rasulullah saw kepada kaumnya dengan konteks hari ini di Malaysia.Apa masalahnya? Apa isunya? Bahagian ini yg agak kritikal..kita punya pemimpin Islam di Malaysia samada di pihak kerajaan atau pembangkang...tidak sama dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya..mereka ternyata kafir dan musyrik. Pemimpin Islam kita telah sedia ada Islam, tentunya dalam konteks ini, pendekatan dakwah juga patut berbeza.
Mengapa? para pendakwah perlu berdakwah kepada individu yg sedia ada Islam dalam pendekatan yg berbeza dan berbagai cara. Samada pemimpin kerajaan atau bukan kerajaan, rakyat dan pelbagai golongan lain. Dalam konteks mereka, Islam gagal untuk atau kurang dihayati sepenuhnya sehingga banyak perkara tidak dilaksanakan ataupun tidak dihayati atau dilaksanakan sepenuhnya....atau banyak perkara2 yg menjadi keutamaan tidak dilaksanakan atau telah dilaksanakan atau masih dalam perlaksanaan cuma tidak sepenuhnya...semua ini bergantung kepada banyak faktor.Apapun, isu pokoknya, apakah peranan yg kita mainkan sebagai seorang Muslim..perlukah kita terus terusan 'menghentam' mereka yg tidak sealiran dengan kita walaupun mereka saudara seagama..apakah usaha inisiatif kita untuk membetulkan mereka dengan cara berhemah dan berhikmah. Berjayakah kritikan pedas terus terusan yg kita buat kepada mereka? berubahkan mereka?apakah kita berhenti sekerat jalan apabila menemui jalan buntu?lalu kita memilih jalan 'membantai' apabila pilihan lain tiada? harus diingat dakwah sangat berkait dengan kesabaran..jika tidak sabar....jangan pandai bicara dan omongan, mengkritik itu tidak betul ini tidak betul, ini salah, itu salah, itu haran ini haram walhal usaha kita hanya sekadar bersuara...jangan diharap hasil yg segera kerana dakwah tidak sebegitu sifatnya.
Dakwah ialah suatu proses, samada panjang atau pendek ia bergantung kepada keberkesanan dan kaedah serta kreativiti pendakwah. Pada waktu yg sama dakwah juga membentuk jatidiri pendakwah dan org yg didakwah, membentuk pandangan dan pendirian yg bersifat universal, membentuk kaedah dan cara baru. Tidakkah Islam itu sendiri sifatnya universal?? Mana mungkin dakwah berjaya jika pendekatan hentam menghentam, kritik mengkritik secara sembrono dilakukan (maaf sy tidak menujukan ini kpd sang penceramah-sy tujukan kpd diri sy sendiri dan kita semua).
Fahami ini dalam konteks dakwah bukan dalam konteks tugasan tuan Imam.....
Contohnya.....Adakah hari ini kita lihat tuan Imam berdiri menunggu jemaah di depan pintu masjid setiap waktu dan mengalu alukan mereka yg hadir ke masjid seraya mengucapkan tahniah sebagai motivasi kepada mereka, lalu mendoakan mereka agar mempunyai komitmen berterusan ke masjid dan menggalakkan mereka yg tidak hadir ke masjid dengan mendekati mereka, bergaul dgn mereka dan perlahan lahan menggalakkan mereka ke masjid? Adakah kita lihat golongan pendakwah mendekati mat rempit, mendekati dan memahami mereka lalu perlahan mengajak mereka ke masjid ataupun bercampur gaul dgn sesiapa sahaja lalu mendidik dan mengajak secara halus agar kembali kepada Islam dengan sebenar benarnya. Jika ya, benar, bagaimanakah pendekatannya?
Ataupun tuan Imam mengambil jalan mudah dengan mengkritik mereka samada secara berdepan mahupun dikala bertemu rakan rakan rapat lalu membicarakan si fulan sifulan tak pergi masjid, tak pernah ke masjid, pergi masjid masa solat raya aidilfitri atau solat hari raya korban atau solat jumaat sahaja....itu dalam konteks tuan Imam, bagaimana pula dalam konteks KITA sendiri....adakah kita bersikap bahawa ini tugas tuan Imam...ini tugas JKKK masjid dan surau, ini tugas YB, ADUN atas alasan mereka dapat gaji, mereka yg kita pilih dan undi, jadi merekalah yg melakukannya...bagaimana KITA. Adakah kita berkata dan melakukannya?atau kita sekadar berkata kata sahaja dan menjadi pengkritik bebas...lalu menunjuk sifulan salah sifulan buat tak betul.....adakah kita beralasan..dulu aku dah buat....sekarang ini orang lain la pulak buat..giliran orang lain la pulak, takkan aku jer.
Harus diingat, kerja dakwah tidak pernah berhenti...kerja dakwah hasilnya sedikit, masanya lama jika dilakukan berseorangan, maka mari gembeling tenaga, bersama sama, buat mana yang mampu diperingkat diri sendiri dahulu, isteri dan anak2 kemudian keluarga, jiran tetangga, kemudian masyarakat dan akhirnya negara. Pernah seorang kepala Yahudi berkata kepada kaumnya "berhati hatilah kamu kepada umat Islam apabila mereka berduyun duyun ke masjid utk solat jemaah SUBUH, ketahuilah saat itu dan ketika itu...Islam telah mulai kuat, Islam telah mulai bangkit"..Justeru....jangan hanya pandai omongan, kritik sana sini tapi kita hanya sekadar berkata kata tapi tidak berbuat apa apa dan menyerahkan itu kepada orang lain.
Berbalik kepada si penceramah tadi....ingin juga saya bertanyakan soalan....tok batin yg sudah sekian lama Islam tapi tak tahu rukun iman rukun islam tu(tak tahu dimana atau kelompok mana org Asli ini)...tidakkah itu tugas kita semua, tanggungjawab kita semua, tidakkah itu juga tugas si penceramah itu tadi sebab dia yg tahu dan punyai maklumat kisah tok batin dan komuniti orang Asli tadi, bukan hanya sekadar mencedok cerita daripada orang lain lalu memberi contoh walhal dia sendiri tidak berbuat apa2.....apakah yg kita lakukan untuk membantu mereka? jangan ketika dan saat ini kita menuding jari kepada Jab Agama Islam kononnya mereka tidak menjalankan tugas? betul ke? jgn jadikan isu ini sebagai bahan murahan ceramah agar kita boleh hentam sesiapa sahaja...tanya diri dulu apa yg kita lakukan.....cukup sabarkah kita utk duduk dengan komuniti orang Asli selama bertahun tahun, menyebarkan, mengajar Islam kepada mereka seperti mana dilakukan oleh mubaligh Kristian di Sabah, ada yang hidup dengan org Dusun dan Murut sehingga menjangkau 15 tahun hanya kerana menjalankan misi dakwah Kristian mereka...persoalannya dimana KITA?
Ingatlah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib berdakwah menyebarkan syiar Islam. Maknanya kita semua mempunyai peranan dalam sisi dakwah, samada peranan itu kecil atau besar, banyak atau sedikit, namun kita tetap berperanan. Intinya ialah, kita perlu menjadi manusia muslim yg berfaedah kpd diri, keluarga, masyarakat dan negara bergantung kepada kemampuan dan keupayaan kita. Itu tidak dapat dinafikan.
Hakikatnya, kehidupan kita sebagai individu, sebagai suami, bapa dan ketua keluarga juga merupakan sisi dakwah yg amat kritikal dan penting. Mudahnya, jadilah suri contoh teladan yg baik kpd anak anak, isteri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, rakan sekerja...itu sudah cukup sebagai dakwah. Contoh teladan yg bagaimana? itulah yg kita sering keliru...jadilah seorang Muslim yang baik..mengamalkan yg disuruh dan meninggalkan yg dilarang..dari perkara sekecil kecilnya kepada perkara yang sebesar besarnya..dari akhlak, sahsiah, sikap dan peribadi kepada perlaksanaan hubungan kemasyarakatan.
Masalah yg mendepani kita hari ini ialah, perkara asas pun tidak selesai bagaimana mahu bicara perkara yg lebih besar dan bersifat kenegaraan. Itulah antara permasalahan komuniti Islam di negara ini.
No comments:
Post a Comment